Inilah dia gambaran artis city skyline Bandaraya Johor Bahru yang BARU. Ia sangat mengujakan dan kita akan lihat menara pejabat tertinggi di Malaysia itu tertegak hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja lagi dari sekarang.
Gambaran pembangunan 3000 unit kediaman mewah beserta dua menara yang mengatasi ketinggian KLCC ini hanyalah satu dari tiga projek pembangunan mega disepanjang persisir selat berdekatan bandaraya Johor Bahru. Bagi saya sebagai warga bandaraya ini, ia seperti memberi nafas baru kepada JB kerana kawasan bandar baru seperti Bukit Indah, Kulaijaya, Kota Iskandar telah meninggalkan JB sepi seperti bandar yang mati. Warga JB tahu betapa sedihnya melihat keadaan DangaBay, SC Lot One, Jotic, Menara Pacific, Danga City Mall ada yang telah berpuluh tahun menjadi gajah putih, premis yang sunyi sepi tanpa pengunjung, malah ibu saya pernah terjatuh di eskalator Danga City Mall kerana kedaifan pengurusan penyelenggaraan kompleks itu.
Saya sendiri sering ke Singapura begitu juga rakan-rakan sekerja yang lain kerana mencari kelainan menikmati keindahan bandaraya metropolitan bertaraf dunia. JB seolah-olah terperangkap di zaman lampau era 80 an yang mana tidak banyak perubahan pada lanskap bandarayanya. Kepesatan ekonomi Johor sepatutnya merubah wajah JB. Dengan pertambahan jumlah golongan profesional yang berpendapatan tinggi, maka citarasa mereka pun turut sama berubah. Restoran dan kediaman mewah tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ternyata kewujudan mereka bukan lagi semata-mata untuk memenuhi keperluan warga Singapura.
Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan kebimbangannya terhadap nasib penduduk asal JB yang bakal dipinggirkan dengan kebanjiran warga asing setelah projek ala New York City ini siap dibina. Tak perlu rasanya diragukan dengan nasib penduduk JB. Menteri Besar sendiri menunjukan komitmen yang konsisten untuk menyediakan kediaman mampu milik dikawasan bandar. Malah, kawasan perindustrian Larkin bakal dipindahkan bagi memberi laluan untuk projek kediaman rakyat.
Soal kebanjiran warga asing kita masih boleh kawal kerana bukan mudah untuk kita berikan status kerakyatannya. Cukup sekadar penduduk tetap, expatriate-expatriate ini tidak semestinya memerlukan segala bantuan dan kelebihan sebagai warganegara. Kehadiran mereka membolehkan lebih banyak aktiviti komersial dapat dikembangkan yang kebanyakkannya diuruskan oleh anak tempatan. Sektor pelancongan dan hartanah juga akan meningkat sama kesannya ketika KLCC siap dibina dahulu. Belum lagi dikirakan pertambahan hasil kutipan cukai oleh kerajaan negeri dan persekutuan, sudah pasti kemewahan hasil cukai ini dapat dikembalikan kepada rakyat berbanding mengekalkan kawasan tanah usang yang hanya meriah ketika karnival jom heboh diadakan.
Tapak bagi pembangunan yang dijual kepada Guangzhou R&F ini asalnya hanyalah komplek kastam lama laluan kuarantin bagi kenderaan berat ke Singapura. Kini operasi kastam telah pun dipindahkan ke Kompleks Imigresen dan Kuarantin yang baru terletak di tapak Bukit Cagar. Usah persoalkan bayaran 4 Billion yang diterima Sultan kerana baru pagi ini Tun M mengumumkan penjualan tapak kilang Proton di Shah Alam yang bakal mencecah RM 6 Billion. Sepertimana Tun inginkan kelebihan modal untuk meningkatkan daya saing Proton, begitu juga dengan Sultan yang menggajikan ribuan pekerja tempatan melalui syarikat milik Baginda. Johor Corp perlukan lebih banyak modal untuk meluaskan ekuiti pelaburannya dan semalam baru sahaja diumumkan bahawa mereka telahpun menguasai 51% pegangan saham QSR Brand yang membolehkan Johor Corp menentukan hala tuju syarikat tersebut.
Ada juga suara sumbang menyindir Tuanku Sultan kononnya sanggup mengadaikan tanah johor kepada orang asing dan semakin galak membolot projek-projek di Johor. Rakyat johor sepatutnya rasa beruntung kerana mempunyai Sultan yang bijak menggunakan kedudukannya untuk mengumpul dana sendiri. Sudah tentulah Kesultanan Johor dengan kedudukan ekonominya yang amat kukuh tidak memeranjatkan rakyat jelata apabila Tuanku Ismail mengumumkan segala allowance yang diberi oleh kerajaan negeri telah disumbangkan kepada yayasan kebajikan yang ditubuhkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, tidak bermakna kita tidak perlu bimbang langsung dengan pembangunan yang pesat ini. Suatu ketika dahulu sebuah restoran milik anak tempatan di KLCC terpaksa memindahkan operasinya dari premis itu berikutan kenaikan sewa bulanan yang tidak munasabah. Kerajaan perlu memastikan pelindungan sewajarnya kepada hak anak tempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi di wilayah JBB ini selain usaha berterusan meningkatkan pendapatan rakyat agar mereka jua turut berkemampuan memiliki kediaman berprofil tinggi ini.
untungnya rakyat Johor .. hmm tak seperti negeri saya sendiri iaitu negeri sembilan yang hanya mengharapkan negeri jiran2.. Hmm.. shopping mall dan bangunan semua tak ada dekat negeri sembilan ni. cuma projek perumahan sahaja yg giat dijalankan.. rasa bosan sebenarnya. banyak rintihan anak2 muda untuk keluar dan peluang pekerjaan yg tiada di negeri sendiri.. Saya harap negeri sembilan boleh berdaya saing dan lebih maju dari negeri melaka atau JB.
ReplyDelete