Tuesday, July 8, 2014

Hebatnya pensyarah UIA bernama Maszlee..





Kalau dulu Aziz Bari sanggup lawan Sultan kerana pertahankan gereja, Maszlee tampil lebih hebat kerana mengulas 2 isu yang berbeza untuk dua hari berturut-turut. Isu melekehkan peringatan Timbalan Perdana Menteri berkenaan ulangan peristiwa 13 May dan hari ini menyindir Menteri Wilayah kerana mahu denda orang beri sedekah. Esok entah apa pula. Coverage untuk Maszlee sudah menyamai Tun M semasa menjadi Perdana Menteri. Makin galaklah dia mengulas segala macam isu kerana tahu statusnya ada nilai komersial paling tidak pun tercalon jadi YB. Apalah sangat upah jadi hamba kerajaan. Memang hebat mengutip peluang sampai tak sedar jadi ikon Salleh Kamil yang mati dibunuh Sarjan Hassan. Kalau tercetusnya 13 May nanti pandai-pandailah kau cari tempat perlindungan. 

Belum reda kecaman dan tuduhan campurtangan oleh media pembangkang terhadap kerajaan dalam pemecatan Redzuan dari UMcedel, kini Rector UIA mungkin terpaksa solat istikharah apa pula yang perlu lakukan kepada Maszlee. Sebagai bekas pelajar UIA saya sangat masak dengan kegiatan secara bebas individu yang disanjung-sanjung kononnya mempamerkan keberanian apabila menyebarkan ideologi pembangkang. Baik pensyarah mahupun pelajar, kalau mahu jadi popular perlu membuat aksi tumbuk kelangit sambil melaungkan kecaman, kejian, kutukan dan sindiran terhadap kerajaan. 

Apa sebenarnya yang berlaku dalam UIA adalah satu pengabaian terhadap anak-anak muda yang paling berpontensi dalam mempengaruhi masyarakat. UIA terlebih dahulu perlu dibersihkan  dari pensyarahnya yang saban hari mempengaruhi pelajar-pelajar. Aktiviti harian brothers & sisters perlu dipantau dari sebarang pengaruh agen parti politik. 

Masa senggang kehidupan kampus perlu dipenuhi dengan pengisian yang memurnikan ahlak dan perbincangan ilmiah yang menajamkan fikiran. Bukan dengan ceramah ledakkan amarah tidak tentu haluan. Anak muda amat tinggi semangat juangnya, menyala-nyala tenaga dalam tubuhnya sepatutnya disalurkan kepada perkara-perkara yang menyemai benih cintakan negara dan menjadi pembela kepada agama, nusa dan bangsa. 

http://zulhairifetani.blogspot.com/2014/07/hebatnya-penyarah-uia-bernama-maszlee.html?m=1

No comments:

Post a Comment