Apabila kita bangkit membela atas penghinaan dan penginayaan. Mereka bantutkan tindakbalas kita dengan kekeliruan perkataan "PERKAUMAN". Apa yang mereka mahu katakan terhadap kita itu bukan isu. Apa yang mereka mulakan itu yang patut diperhitungkan dahulu.
Kita tidak sanggup jadi bangsa yang dayus membiarkan apa saja orang lain memperlakukan se enak-enaknya terhadap bangsa kita. Menjadi manusia yang peduli atas nasib bangsanya sendiri adalah satu fitrah yang manfaatnya mengukuhkan kedudukan diri kita sendiri.
Mereka tahu selama ini mereka lebih berani dan lebih berjaya kerana PERKAUMAN. Atas sebab itulah untuk mengatasi Melayu, mereka mahu Melayu lihat PERKAUMAN itu sebagai satu perkara yang kotor dan menjijikkan. Dan akhirnya hanya mereka sahaja yang terus mempunyai kelebihan kerana lebih PERKAUMAN.
PERKAUMAN itu adalah rahsia survival mana-mana bangsa di dunia. PERKAUMAN memberi manfaat secara pukal kepada anggotanya dari segi ekonomi dan politik. Tanpa PERKAUMAN, sesuatu bangsa itu bukan sahaja selalu tewas. Malah akan pupus dibuli oleh bangsa lain yang lebih kuat dan kental PERKAUMANNYA.
#SIMKWANGYUNGSIM
No comments:
Post a Comment