Monday, March 24, 2014

MH370 berKUBUR di Lautan Hindi.. Tetapi atas alasan apa?




Tidak dapat dibayangkan perasaan hancur luluh seorang ibu yang mengharapkan anaknya pulang kepangkuan. Setelah dari hari berganti minggu menenteramkan hati dengan harapan anak masih hidup, namun berita apakah ini yang menyentap segala mainan kata-kata semangat dan doa dari mereka yang tidak menghadapinya.

Tidak dapat dibayangkan keadaan cemas penumpang MH370 yang pada awalnya cuba melelapkan mata setelah menikmati sajian makan malam yang cukup sempurna kabin penerbangan negara, namun tersadarnya hanya apabila suasana kalut dengan suara jeritan dan tangisan penumpang lain yang bertanya sesama sendiri "Di mana kita? Kenapa tidak sampai lagi?"... Anak kapal cuba menenangkan penumpang walaupun mereka sendiri sudah putus usaha untuk mengambil perhatian juruterbang yang terus mendiamkan diri di dalam kokpit yang berkunci. 

Tak siapapun mampu untuk membayangkan apa yang telah dilalui mereka ini walau telah berjuta ungkapan doa dan harapan melalui media maya kita kongsikan. Hakikatnya merekalah yang terpaksa menghadapi ini semua. Sesuatu yang sangat diluarjangkaan. Malah tidak pernah ada rasa sedikit sangsipun terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan negara yang disegani dunia. Bagi sesetengah kita yang sering mengembara, dengan hanya berada di dalam pesawatnya sahaja sudah terasa seperti telah menjejakkan kaki ke tanah air sendiri...

Berhari-hari kami menantikan khabar berita darimu MH370... Namun sunyinya kisahmu rupanya telah ditelan dek badai gergasi Lautan Hindi. Walaupun kau telah berkhidmat ratusan ribu jam lamanya berada diawanan, ratusan ribu jam itu kau patuh pada arahan, bukan mereka cipta laluan sendiri menuju destinasi misteri. 

Kini nasib MH370 dunia meratap sayu. Namun kotak hitam  yang menjadi buruan utama bakal membongkarkan, bencana apakah yang perlu dilalui  oleh kesemua 328 orang penumpang akibat kerja seorang manusia yang hilang pedoman. Dihumbankan semuanya ke dalam lautan sepi setelah tersilap menduga laluan ke destinasi misteri.

Laman Facebook kau, saudara mara kau, simulator kau, rekod panggilan misteri kau dan kelibat kau mundar mandir dihalaman mahkamah beberapa jam sebelum ini semua berlaku..Semua kami dah tahu.. Tetapi kami terus bersabar selagi belum bertemu bukti yang dapat menamatkan keseluruhan siri pengkhianatan seorang manusia kepada negara.

Rakan-rakan memuji dan mengkagumi kehebatan mu. Ulasan pakar disiaran tv asyik mengelak dari meletakkan kesalahan terhadapmu. Pemberita dan media milik kerajaan terus menafikan sebarang tuduhan terhadap kau, malah disifatkan  pula kau sebagai seorang yang penyayang, dedikasi serta bertanggungjawab. Mereka tahu bencana ini tidak dapat lari dari dipersoalkan kredibiliti syarikat penerbangan negara dalam memastikan penumpang yang mendapatkan khidmatnya akan sampai ke destinasi, tanpa perlu ragu dengan tahap kewarasan juruterbangnya. 

Begitu pentingnya tugas seorang juruterbang sepatutnya dikurung atau dibatasi pergaulannya seperti hakim mahkamah tinggi. Tidak pula pernah kami menyangka mana-mana pendirian mu akan sesiapa yang patut memerintah negara boleh melumpuhkan keupayaanmu untuk berfikir secara waras. Beritahukanlah kepada kami mengapakah kamu sanggup berbuat sebegini dan apakah untungnya yang kamu harapkan...  Namun kau juga sepi... 

Sejenak ku teringat kata-kata seseorang yang mengangguk setuju, jika Anwar dihukum penjara dalam perbicaraan kali pertama melibatkan kes liwat bersama pembantunya sebelum ini sudah pasti penyokongnya yang ramai menanti diluar akan terbalikkan bangunan mahkamah. Namun kini, tiada lagi sorakkan dan jeritan keras menakutkan seperti dulu.. Mahkamah hari ini sangat berkredibiliti.. Lalu negara pula mahu diterbalikkan?

Bukannya sukar.. Ramai penyokongnya berada dalam perkhidmatan kerajaan dan menjalankan pelbagai fungsi yang sangat kritikal mahupun melibatkan akses kepada rahsia keselamatan negara. Bila-bila masa sahaja mereka ini boleh digerakkan bagi menyempurnakan misi dendam kesumat. Adakah tidak ada seorang pun dapat menduga akan bahaya jika fanatik pengkhianat berada di mana-mana?


Bukankah sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga NYAWA rakyatnya, sejak dari awal lagi jangan sekali-kali dibiarkan penghasut bebas berpropaganda untuk mengawal minda mencari seramai mungkin darah segar untuk diperdayakannya demi mencapai cita-cita gilanya?

Akibat terlalu berharapkan pengiktirafan badan hak asasi manusia yang kewujudannya seperti hanya untuk membela seorang manusia gila, kononnya mahu membina imej bersih dimata dunia sebagai kerajaan berintegriti, bebas yang mengamalkan demokrasi tulen. Lalu demokrasi jenis apakah apabila pemimpinnya bebas memburukkan negara diserata dunia? Mendedahkan maklumat aset pertahanan negara di Indonesia, membahayakan nyawa skuad risikan negara di Eropah, menubuhkan COMANGO demi mencabar perlembagaan negara dan kepercayaan rasminya. Apa yang ditakutkan sangat dengan manusia bertaraf dajjal ini? Bukankah negara kita negara berdaulat, berhak mendisplinkan rakyat, jangan sampai terlalu menghormati pengaruh besar seorang peliwat, kepentingan yang ramai langsung tidak diambil berat.

Ada yang mungkin tidak senang mengapa aku asyik kaitkan tragedi ini dengan politik. Namun aku ingin bertanya kembali... Adakah kamu ada petunjuk lain yang lebih kuat untuk dikaitkan sebagai motif selain politik....?














No comments:

Post a Comment