Tuesday, March 25, 2014

Pembangkang tidak senang PM umum kesudahan MH370..Tapi kenapa?





Pembangkang tidak senang PM umumkan kesudahan #MH370 dilautan Hindi. Mereka merasakan adalah lebih baik pengumuman itu tidak dibuat langsung dan meningkatkan lagi tekanan media antarabangsa ke satu tahap yang lebih agressive. 

Malah perarakkan kaum keluarga penumpang MH370 menyerang kedutaan Malaysia di Beijing diadakan sehari selepas pengumuman itu menyebabkan kesannya tidak seperti yang diharapkan. 

Mereka melihat pengumuman itu sebagai tindakan untuk mengawal pelbagai serangan dan spekulasi liar terhadap kerajaan yang membuka ruang untuk gerakan menghilangkan kredibiliti pengurusan pentadbiran negara serta mendedahkannya kepada risiko ketidakstabilan politik. 

Monday, March 24, 2014

MH370 berKUBUR di Lautan Hindi.. Tetapi atas alasan apa?




Tidak dapat dibayangkan perasaan hancur luluh seorang ibu yang mengharapkan anaknya pulang kepangkuan. Setelah dari hari berganti minggu menenteramkan hati dengan harapan anak masih hidup, namun berita apakah ini yang menyentap segala mainan kata-kata semangat dan doa dari mereka yang tidak menghadapinya.

Tidak dapat dibayangkan keadaan cemas penumpang MH370 yang pada awalnya cuba melelapkan mata setelah menikmati sajian makan malam yang cukup sempurna kabin penerbangan negara, namun tersadarnya hanya apabila suasana kalut dengan suara jeritan dan tangisan penumpang lain yang bertanya sesama sendiri "Di mana kita? Kenapa tidak sampai lagi?"... Anak kapal cuba menenangkan penumpang walaupun mereka sendiri sudah putus usaha untuk mengambil perhatian juruterbang yang terus mendiamkan diri di dalam kokpit yang berkunci. 

Tak siapapun mampu untuk membayangkan apa yang telah dilalui mereka ini walau telah berjuta ungkapan doa dan harapan melalui media maya kita kongsikan. Hakikatnya merekalah yang terpaksa menghadapi ini semua. Sesuatu yang sangat diluarjangkaan. Malah tidak pernah ada rasa sedikit sangsipun terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan negara yang disegani dunia. Bagi sesetengah kita yang sering mengembara, dengan hanya berada di dalam pesawatnya sahaja sudah terasa seperti telah menjejakkan kaki ke tanah air sendiri...

Berhari-hari kami menantikan khabar berita darimu MH370... Namun sunyinya kisahmu rupanya telah ditelan dek badai gergasi Lautan Hindi. Walaupun kau telah berkhidmat ratusan ribu jam lamanya berada diawanan, ratusan ribu jam itu kau patuh pada arahan, bukan mereka cipta laluan sendiri menuju destinasi misteri. 

Kini nasib MH370 dunia meratap sayu. Namun kotak hitam  yang menjadi buruan utama bakal membongkarkan, bencana apakah yang perlu dilalui  oleh kesemua 328 orang penumpang akibat kerja seorang manusia yang hilang pedoman. Dihumbankan semuanya ke dalam lautan sepi setelah tersilap menduga laluan ke destinasi misteri.

Laman Facebook kau, saudara mara kau, simulator kau, rekod panggilan misteri kau dan kelibat kau mundar mandir dihalaman mahkamah beberapa jam sebelum ini semua berlaku..Semua kami dah tahu.. Tetapi kami terus bersabar selagi belum bertemu bukti yang dapat menamatkan keseluruhan siri pengkhianatan seorang manusia kepada negara.

Rakan-rakan memuji dan mengkagumi kehebatan mu. Ulasan pakar disiaran tv asyik mengelak dari meletakkan kesalahan terhadapmu. Pemberita dan media milik kerajaan terus menafikan sebarang tuduhan terhadap kau, malah disifatkan  pula kau sebagai seorang yang penyayang, dedikasi serta bertanggungjawab. Mereka tahu bencana ini tidak dapat lari dari dipersoalkan kredibiliti syarikat penerbangan negara dalam memastikan penumpang yang mendapatkan khidmatnya akan sampai ke destinasi, tanpa perlu ragu dengan tahap kewarasan juruterbangnya. 

Begitu pentingnya tugas seorang juruterbang sepatutnya dikurung atau dibatasi pergaulannya seperti hakim mahkamah tinggi. Tidak pula pernah kami menyangka mana-mana pendirian mu akan sesiapa yang patut memerintah negara boleh melumpuhkan keupayaanmu untuk berfikir secara waras. Beritahukanlah kepada kami mengapakah kamu sanggup berbuat sebegini dan apakah untungnya yang kamu harapkan...  Namun kau juga sepi... 

Sejenak ku teringat kata-kata seseorang yang mengangguk setuju, jika Anwar dihukum penjara dalam perbicaraan kali pertama melibatkan kes liwat bersama pembantunya sebelum ini sudah pasti penyokongnya yang ramai menanti diluar akan terbalikkan bangunan mahkamah. Namun kini, tiada lagi sorakkan dan jeritan keras menakutkan seperti dulu.. Mahkamah hari ini sangat berkredibiliti.. Lalu negara pula mahu diterbalikkan?

Bukannya sukar.. Ramai penyokongnya berada dalam perkhidmatan kerajaan dan menjalankan pelbagai fungsi yang sangat kritikal mahupun melibatkan akses kepada rahsia keselamatan negara. Bila-bila masa sahaja mereka ini boleh digerakkan bagi menyempurnakan misi dendam kesumat. Adakah tidak ada seorang pun dapat menduga akan bahaya jika fanatik pengkhianat berada di mana-mana?


Bukankah sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga NYAWA rakyatnya, sejak dari awal lagi jangan sekali-kali dibiarkan penghasut bebas berpropaganda untuk mengawal minda mencari seramai mungkin darah segar untuk diperdayakannya demi mencapai cita-cita gilanya?

Akibat terlalu berharapkan pengiktirafan badan hak asasi manusia yang kewujudannya seperti hanya untuk membela seorang manusia gila, kononnya mahu membina imej bersih dimata dunia sebagai kerajaan berintegriti, bebas yang mengamalkan demokrasi tulen. Lalu demokrasi jenis apakah apabila pemimpinnya bebas memburukkan negara diserata dunia? Mendedahkan maklumat aset pertahanan negara di Indonesia, membahayakan nyawa skuad risikan negara di Eropah, menubuhkan COMANGO demi mencabar perlembagaan negara dan kepercayaan rasminya. Apa yang ditakutkan sangat dengan manusia bertaraf dajjal ini? Bukankah negara kita negara berdaulat, berhak mendisplinkan rakyat, jangan sampai terlalu menghormati pengaruh besar seorang peliwat, kepentingan yang ramai langsung tidak diambil berat.

Ada yang mungkin tidak senang mengapa aku asyik kaitkan tragedi ini dengan politik. Namun aku ingin bertanya kembali... Adakah kamu ada petunjuk lain yang lebih kuat untuk dikaitkan sebagai motif selain politik....?














Thursday, March 20, 2014

Benih PENGKHIANAT disebalik Medium Dakwah kampus




Sejak dari duhulu hingga kini PKPIM konsisten mengkhianati prinsip APOLITIKAL atau NON PARTISAN apabila presiden dan ahli diheret di dalam ceramah dan lokasi penggantungan poster calon parti politik. 

Mereka hanya layak dipergunakan oleh Anwar Ibrahim selagi nyawa dikandung badan. Dakwah hanya medium survival untuk terus menabur benih pengkhianat dikalangan pelajar semata-mata. Mereka tahu golongan ini lah warganegara yang amat bernilai dan besar impaknya dalam pembentukan masa depan negara.

LALU mereka bebas keluar masuk kampus berusrah dan bertamrin mengkaji ucapan dan buku karangan manusia beridiologi pengkhianat. Kesilapan yang tidak sepatutnya terlepas pandang bagi sebuah negara yang sarat dengan ancaman dari luar dan dalam.


Tuesday, March 18, 2014

Campur tangan ASING dalam kehilangan MH370 dan TUNTUTAN PEMBEBASAN ANWAR



Tanpa disedari oleh seluruh rakyat Malaysia, mungkin inilah tuntutan terhadap kehilangan MH370 yang telahpun disiar ke seluruh dunia. 

Kenyataan Timbalan Presiden Hubungan Luar dan Keselamatan bagi Kesatuan Eropah itu jika tidak diteliti kita hanya menganggap beliau hanya mempersoalkan ketelusan keputusan mahkamah yang dilihat menyekat penyertaan Anwar dalam proses demokrasi. Namun, apabila beliau meluahkan rasa keyakinannya yang kuat terhadap PEMBALIKAN keputusan mahkamah daripada bersalah kepada tidak bersalah, maka ini jelas ia bukan lagi teguran berkaitan dengan PRK Kajang. Ia adalah tuntutan terhadap PEMBEBASAN ANWAR iaitu melibatkan keseluruhan perjalanan politiknya yang merupakan  kelangsungan terhadap campur tangan asing dalam percaturan kuasa politik di negara ini. 

Kenyataan ini dikeluarkan dikala seluruh dunia sedang giat menumpukan segala usaha untuk mencari MH370. Ia seolah-olah menasihati kerajaan agar patuh sahajalah kepada permintaan mereka, tidak perlu susah-susah begini. Pasti segala kekalutan satu dunia serta tekanan yang mencengkam saban hari itu akan hilang serta merta setelah kami pulangkannya nanti.

Campur tangan kuasa asing dalam kehilangan MH370 tidak dapat dinafikan kerana perancangannya yang cukup profesional dan berjaya mengelak dari dikesan hingga kini. Juruterbang hanya mengikut arahan berpandukan latihan melalui simulator demi menyesuaikan diri dengan laluan yang agak asing, penerbangan yang rendah dan landasan bukan konvensional, dibantu dengan pengalaman luasnya mengendalikan pesawat. Juruterbang itu sendiri tidak mampu untuk menyediakan lokasi pendaratan rahsia.

Kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini pernah dikritik hebat kerana terlalu berlembut dengan Anwar. Istilah "Menteri Amaran", penghapusan ISA serta beberapa siri demonstrasi ganas di ibu negara yang berakhir dengan tiada sebarang tindakan, memberi isyarat terdapat ancaman yang menambat kerajaan. Perdana Menteri sendiri pernah meluahkannya dalam satu perjumpaan tertutup berkenaan ancaman dari luar yang rakyat tidak tahu, dimana ia membataskan tindakannya dan memaksa beliau untuk menggunakan cara yang sangat cermat dalam menghadapi pembangkang. Nah kini kita semua menyedari akan hal ini benar-benar berlaku.

Sampai bila perlu menunggu MH370? Kita tunggu sahajalah hingga sebutan rayuan kes Anwar di Mahkamah. Jangan terkejut jika ia berpihak kepada Anwar atau pun MH370 terus lenyap jika tuntutan ini tidak dipedulikan.

Kerajaan buat masa ini masih giat meneruskan pencarian tanpa menghiraukan tuntutan walaupun sedar akan melalui situasi yang amat sukar. Dikala teruk menepis serangan yang diatur media yahudi sejak awal kehilangan MH370, kerajaan dalam masa yang sama ingin membuktikan kepada dunia bahawa mereka telah cuba melakukan yang terbaik. Sekiranya khabar yang buruk ditiupkan maka keluarga mangsa hatta dunia tidak akan menyalahkan Malaysia. 

Melalui media, seluruh dunia  diajak untuk terus bersolidariti dengan doa dan harapan agar hati mereka kuat tidak akan berkompromi dengan sebarang keganasan. Kesedihan terus dirasai dan dikongsikan bersama seacara viral menyentap mana-mana hati termasuk mereka melihat jauh dari persembunyian yang mungkin sedang bergelak ketawa melihat misi pencarian keletihan meraba-raba tanpa rasa jemu dan putus asa.




Saturday, March 15, 2014

Ex IGP MUSA HASSAN diperlukan sebagai MENTERI KDN yang KREDIBLE




"DATO SERI seorang yang dikenali, kalau Dato Seri buat perkara seperti ini pasti ada yang akan nampak"- Tan Sri Musa Hassan.

"SIAPA?!!"- tanya Dato Seri Anwar Ibrahim dengan penuh rasa ingin tahu.

"Allah dan malaikatNyalah"- Tan Sri Musa Hassan.

Dari gerak geri yang kalut serta risau, Dato Seri Anwar Ibrahim merebahkan dirinya ke sofa sambil menghembus nafas dengan penuh rasa LEGA.

Begitulah kisah yang diceritakan kembali oleh Tan Sri Dato Haji Musa Hassan, anak sulong kepada seorang guru Al Quran tersohor negara. Beliau menggunakan teknik soalan yang bertujuan untuk melihat reaksi Dato Seri Anwar Ibrahim ketika dipanggil membentangkan hasil siasatan setiap hari. Reaksi kalut dan kemudiannya lega itu merupakan indikasi bahawa DSAI sendiri tidak pasti penyamaran ketika ingin bersama pasangan rahsianya dapat diketahui orang lain ataupun tidak. 

Melihatkan reaksi luar biasa ini memberikan semangat kepada Musa Hassan untuk terus mencari jawapan dan menggunakan segala kepakarannya bagi membongkar rahsia seorang yang berjawatan sebesar TIMBALAN PERDANA MENTERI itu. Bukan mudah bagi negara untuk mempunyai seorang KP Polis yang tidak mempedulikan siapa dan jawatan apa seseorang itu apabila ia melibatkan undang-undang negara yang mana dirinya diamanahkan untuk menguatkuasakannya.

Negara memerlukan individu yang jujur, amanah dan bertanggungjawab agar sistem pemerintahan negara bersih dari segala jenis kerosakan dan kekotoran dari individu yang menyalahgunakan kuasa.








Teori Rampasan MH370 hampir menjadi KENYATAAN



Baru sebentar tadi telah diumumkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan pengesahan bahawa terdapat elemen rampasan dalam kehilangan MH370. Transponder yang menjadi kaedah untuk menjejaki pesawat tersebut dikatakan dengan sengaja dimatikan. Pesawat telah dipandu dengan membuat Air Turn Back melalui utara semenanjung menuju ke laut Andaman. Dengan pengumuman itu segala operasi di laut China Selatan telah dihentikan. Siasatan dilakukan terhadap anak kapal, penumpang dan diketika saya menulis post ini beberapa kenderaan pelbagai guna milik PDRM disahkan sedang melakukan siasatan terhadap kediaman Juruterbang pesawat itu di Shah Alam. Berdasarkan  post yang telah saya siarkan pada 9 Mac yang lalu iaitu kurang 40 jam selepas kehilangan pesawat ini, ada perkembangan siasatan yang menepati sebahagian besar teori yang telah dibentangkan. Saya percaya kerajaan juga menyedari hal ini dari awal namun tidak bertindak kerana masih menantikan bukti sahih mengenai teori ini.

Tidak mustahil segala perkara yang melibatkan juruterbang ini termasuk pendirian serta penglibatan politiknya akan tidak dapat tidak menjadi sebahagian sumber-sumber pegawai penyiasat dalam melengkapkan siasatan motif rampasan. Umum juga sedia maklum rampasan berlaku kurang dari 12 jam hakim menjatuhkan hukuman terhadap ketua parti politik pembangkang. Dan semalam Kesatuan Eropah pula menyelar keputusan kes mahkamah itu yang kononnya dikatakan dibuat secara tergesa-gesa demi menyekat penyertaan pemimpin pembangkang itu dalam proses demokrasi. Kesatuan itu turut mengharapkan PEMBALIKAN keputusan dalam proses rayuan.

Kerajaan terus ditekan dan mungkin tidak mustahil terdapat ugutan yang mengancam nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 atau pun kemungkinan rampasan terhadap pesawat yang seterusnya. Ia jelas dilakukan dengan bantuan khidmat profesional dan tidak menolak kemungkinan agen-agen asing yang ditempatkan di lapangan terbang dengan penyamaran sebagai wartawan mahupun pengguna perkhidmatan udara untuk melancarkan tekanan seterusnya terhadap kerajaan. Selain mengharapkan kecekapan pihak berwajib dalam menjalankan siasatan, dengan kekuatan solidariti seluruh rakyat Malaysia yang tidak berganjak sedikitpun dalam mendoakan keselamatan penumpang MH370 dan seterusnya kesejahteraan dan keamanan negara ini dari campur tangan asing, INSYAALLAH pertolongan serta perlindungan Allah akan sentiasa dengan dengan kita. 

Yakinlah tiada sesuatupun akan berlaku melainkan ia adalah diizinkan Allah untuk berlaku.










Jangan tak perasan mesej dari perampas MH370 mungkin dalam betuk ucapa dan gesaan kuasa asing seperti EU yang kononnya nak jadi juara demokrasi padahal kenyataan mereka jelas hanya mahukan Anwar dibebaskan






Inilah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang dikatakan oleh Datok Nik bekas ketua penerbangan Mas selama 30 tahun. Mungkinkah MH370 berada di sini?




Tuesday, March 11, 2014

Khas buat 77746 orang pembaca SPEKULASI MH370



Saya sangat terkejut dengan jumlah pembaca post spekulasi kehilangan pesawat MH370 yang mencecah seramai 77746 orang dalam masa 2 hari. Jumlah itu menyamai jumlah pembaca keseluruhan 148 post selama 4 tahun saya sebagai blogger. Hal ini tidak menghairankan kerana isu misteri kehilangan pesawat ini menarik jutaan manusia seluruh dunia dan dijadikan headline bagi kebanyakan akhbar-akhbar ternama. Perolehan info dari pengarah DCA yang merupakan satu-satunya manusia secara sah dalam undang-undang penerbangan awam diberikan hak untuk bercakap tentang misteri MH370 ini sangat terhad dan tidak memuaskan menyebabkan ramai orang mencari info alternatif di media maya. 

Saya dengan rendah diri mengajak pembaca blog ini dan mereka yang sangat prihatin tentang nasib pesawat MH307 untuk menghayati beberapa ayat AlQuran di bawah yang saya rasakan sangat berkaitan dengan misteri kehilangan MH370 ini. Dialah yang lebih berhak untuk kita letakkan segala pengharapan setelah kemampuan bermain dengan spekulasi telah sampai ke penghujung.

Terus terang saya memang tidak lancar dalam membaca Al Quran dan atas sebab itu saya berusaha memahaminya sejak dibangku sekolah lagi. Pemahaman AlQuran adalah fundamental bagi orang Islam untuk mendapatkan manfaat dari mukjizatnya. Kebetulan pada subuh tadi ayat-ayat hebat ini menjadi giliran untuk saya baca.

Sebarkanlah. Mudah-mudahan lebih ramai orang membacanya berbanding spekulasi saya yang tiada apa-apa harga. Biarpun kita yakin kehilangan pesawat ini adalah angkara manusia berpenyakit hati, kita doakanlah Allah menggagalkan perancangan khianat mereka terhadap negara kita yang tercinta ini. AMIN

Wallahua'lam.


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Al-'An`ām:59 - Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Al-'An`ām:60 - Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Al-'An`ām:61 - Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Al-'An`ām:62 - Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.

Al-'An`ām:63 - Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur". Al-

'An`ām:64 - Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)".

Al-'An`ām:65 - Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.





Sunday, March 9, 2014

Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?



Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan pelbagai jenis siasatan. 

Ya, hal ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna media sosial yang mempunyai pengaruh setara dengan media arus perdana. Malah media sosial pula dijadikan sumber kepada surat kabar dan berita TV. Sesiapa sahaja dengan kelengkapan semudah telefon bimbit boleh mengeluarkan berita yang sampai keseluruh dunia. 

Hari ini saya nak buat spekulasi. Setelah hampir 40 jam mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS B777-200 yang menuju ke arah Beijing China ini, saya berpendapat mungkin pesawat ini telah dirampas pengganas dan telahpun mendarat dilokasi rahsia. Ia disimpulkan atas informasi seperti berikut.


1. Tiada isyarat "MAYDAY" atau sebarang signal kecemasan diberikan oleh juruterbang. Telah disahkan oleh pakar penerbangan bahawa peristiwa ini sangat ganjil kerana pesawat paling canggih seperti B777 ini mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Mungkin hal ini (hilang dari radar dan tidak menghubungi menara kawalan) disengajakan  oleh juruterbang atau juruterbang dipaksa oleh pengganas (2 individu beridentiti palsu). Tidak mustahil pengganas turut bekerjasama dengan juruterbang untuk memudahkan rampasan. Pakar mengesahkan melalui Astro Awani bahawa alat komunikasi transponder yang menyiarkan kedudukan pesawat setiap saat boleh dipadamkan.  Mengikut akaun FB juruterbang, beliau merupakan penyokong tegar parti politik pembangkang di Malaysia. Kebetulan Ketua pembangkang melalui saat yang paling genting dalam karier politiknya. Anda lengkapkan sendiri spekulasi ini. Mungkin ia agak keterlaluan, namun Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan dan kini KDN pun sepatutnya dianggap keterlaluan kerana mengaitkan pembangkang sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu. Sehingga kini dalangnya tidak didedahkan dan Zahid Hamidi pun tidak disaman. Hanya rakyat ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.

2. TIADA LETUPAN. Hal ini disahkan oleh agensi pengesan letupan Amerika Syarikat yang boleh mengesan letupan yang berlaku seluruh dunia. Ini bermakna MH370 tidak terhempas, tetapi telah dialih arah ke destinasi yang lain dan mendarat dilokasi yang tidak  diketahui. TURN BACK seperti yang dikesan oleh radar pihak tentera adalah petanda pesawat telah dialih arah ke Malaysia, Indonesia atau Singapura. SINGAPURA mungkin tempat yang menjadi pilihan untuk mendarat berdasarkan peristiwa rampasan kapal terbang pada 1977 yang mana destinasi yang sama dipilih namun terhempas di Tanjung Kupang. Jangan terlalu berbaik sangka dengan Singapura. Melalui blog pertahanan Military Of Malaysia menjelaskan sudah beberapa kali negara berjiran itu hampir terjerumus dalam kancah peperangan dengan Malaysia. 

3. RANCANGAN AWAL PAGI. Pesawat tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk divert dan waktu awal pagi dipilih bagi mengelakkan tindakan mereka dari dikesan ketika ramai orang masih tidur. Seperti yang dijelaskan di TV, mengisytihar secara public berkaitan aktiviti pesawat yang dikesan membuat pusingan U setelah hilang daripada radar airport adalah pendedahan tentang rahsia keupayaan aset pertahanan negara yang tidak sepatutnya berlaku. Ada yang berpendapat pesawat sebegitu besar tidak boleh hilang dari radar namun jelas pesawat itu telah hilang dan dikesan pula melakukan penukaran arah. Malah sumber melalui TV telah memaklumkan misi mencari dan menyelamat kini diluaskan hingga ke Selat Melaka. Ajaib bukan? Ajaib jika ada yang masih tidak percaya pesawat itu telah lolos dari radar konvensional milik airport. Sekiranya pengendali radar tentera itu tidak tidur dan memantau pergerakan pesawat, ATAUPUN terdapat kerjasama antara menara kawalan udara airport dan pusat kawalan radar tentera yang mana pegawai kawalan udara airport boleh terus mendapatkan bantuan pegawai kawalan radar tentera bagi membuat pengesanan terhadap pergerakkan kapal yang baru hilang dari radar airport, kemungkinan besar di mana pesawat itu didaratkan boleh dikesan dan tindakan pantas dapat dilakukan. NAMUN hanya bertindak apabila pesawat disahkan tidak sampai di Beijing sudah pasti hal ini telah terlalu lambat itu dilakukan dan pesawat mungkin telah mendarat dan disorokkan.

4. Sejak bila semua keluarga mangsa dikumpulkan dalam satu kawasan diputrajaya? Kenapa tidak dibenarkan pulang sahaja padahal misi mencari mungkin akan mengambil masa yang sangat lama. Adakah mereka terlibat dalam satu penerangan rahsia antara pihak kerajaan berkaitan dengan rampasan?

5. Terbaru seorang ahli keluarga mangsa berjaya membuat panggilan talefon secara live di kaca TV yang kemudiannya terputus sebelum sempat dijawab. Ini adalah bukti terbaru mengesahkan mereka selamat dan masih hidup. Cuma mereka tidak bebas atau pergerakan mereka disekat.

6. Saya dapat tahu dari sepupu saya yang bertugas dengan Mediacorp Singapore bahawa tiada sebarang bantuan diberikan oleh kerajaan Singapore buat masa ini. Sebelum ini Singapura hanya menawarkan bantuan namun masih belum menghantar apa-apa. Anggota risik kita sepatutnya telah dihantar ke airport Paya Lebar dan Changi untuk memastikan mereka tidak menyembunyikan MH370. 

KESIMPULANNYA Keganjilan kejadian hilangnya pesawat ini adalah bukan masalah teknikal. Ia adalah disebabkan sikap manusia yang menyalahgunakan kepintaran akal fikiran mereka demi dendam peribadi. Malah media pembangkang mungkin menyedari hal ini kerana sering mengeluarkan post menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana kerajaan Malaysia seolah olah cuba merahsiakan kejadian sebenar. Rampasan kapal terbang adalah satu tindakan sabotaj yang strategik untuk mengambil perhatian dunia kerana ia melibatkan rakyat dari pelbagai warga negara. Sikap wartawan asing yang sangat agresif seperti cuba membongkar kelemahan kerajaan juga adalah modus operandi biasa media asing yang kita sedia maklum sentiasa menyebelahi pembangkang dalam menyerang negara. 

Adalah diperingatkan bahawa penulisan ini adalah spekulasi peribadi semata-mata. Terpulang sama ada ingin menerimanya dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Moga menjadi pencetus kepada pihak berkuasa agar bertindak tepat untuk menyelesaikan masalah. Jika operasi hanya bertumpu kepada search and resque dengan masih menganggap kapal terbang tersebut terlibat dalam kemalangan dan bukan dirampas, maka sampai bila-bilapun kita tidak akan menemuinya.

Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Ingat tiada apa yang terlalu misteri melainkan ia memang diinginkan dalam keadaan misteri.