Kerajaan harus tegas kali ini dan tidak perlu lagi mengharapkan perpaduan bersama PAS. Islam adalah hak sejagat dan tidak layak dijadikan label kepada mana2 parti politik untuk mendapatkan sokongan. Bertindaklah atas dasar tanggungjawab menjaga kesucian Islam. Kerajaan tidak perlu ragu kerana hal ini dicadangkan sendiri oleh orang yang paling berpengaruh dalam parti pembangkang. PAS selepas ini bebas untuk menggunakan apa saja nama asalkan tidak menggunakan label Islam. Cukup-cukuplah kerosakan yang PAS telah bawa kepada kesatuan dan maruah umat Islam di Negara ini dengan imej palsu mereka. Haramkan PAS itu lebih utama dari mengharamkan DAP. Kerana jika bukan kerana PAS, DAP tidak se-gah hari ini mencabar Islam setiap hari.
ZAM SOKONG KARPAL SINGH HARAMKAN PARTI AGAMA
Oleh Zainudin Maidin
DI MALAYSIA DAP TELAH MENGISLAMKAN PAS
Saya menyokong penuh supaya parti politik berasaskan agama termasuk PAS diharamkan di negara ini tetapi Malaysia belum layak mempunyai parti politik yang tidak berasaskan kaum.
Saya menyokong penuh supaya parti politik berasaskan agama termasuk PAS diharamkan di negara ini tetapi Malaysia belum layak mempunyai parti politik yang tidak berasaskan kaum.
Adalah merupakakan suatu kesilapan besar kerajaan Perikatan dengan rastu UMNO menghalalkan golongan serpihan fanatik agama menubuhkan PAS berpuluh tahun lalu dengan tujuan untuk menakutkan bukan Islam dengan dogmatisme agama parti itu supaya terus menyokong Perikatan. Tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka ,ternyata parti ini dengan pendekatan agama yang mendakwa Allah berada dipihak mereka, menolak Melayu UMNO sebagai seagama dengan mereka malah dikafirkan sebaliknya merelakan Imej mereka di Islamkan oleh DAP untuk menutup wajah sebenar PAS kepada bukan Islam.
Kepada bukan Islam di negara ini dan juga kepada UMNO, DAP telah berjaya mengIslamkan PAS memodenkan kejumudannya, mencairkan dogmatismenya dan memperbaiki imejnya selari dengan moderation of Islam yang diamalkan oleh Perikatan dan BN. Dalam peroses pengIslaman dirinya PAS menjadi seperti rusa masuk kampong telah memijak imej bangsa dan agamanya sendiri sekalipun dalam keadaan agama dan bangsanya menghadapi cabaran paling getir dan demi untuk kuasa telah sanggup menerima kepimpinan dari orang yang terbukti melakukan zina dan tidak bermoral. Dengan itu liberalisme Pas lebih berkredebiliti dan lebih hebat dari mana mana parti di negara negara demokraktik di Barat malah lebih dahsyat dari Amerika Syarikat sendiri menyingkirkan pemimpinan parti yang moralnya menjadi persoalan. Di Singapura pilihanraya kecil terpaksa diadakan setelah terbukti anggota parlimennya terlibat dengan skandal.
Bukti demi bukti menunjukan kewujudan Parti Islam di negara tidak sahaja memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam malah mencemarkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kenyataan Karpal Singh itu adalah menunjukan bahwa sekalipun DAP berkawan dengan Pas tetapi dia tidak pernah yakin dengan Pas baik dari segi moral dan prinsip. Dia memandang rendah pada PAS kerana terbukti kepadanya PAS sanggup mengorbankan nilai nilai agamanya dan boleh dibeli dengan kuasa. Karpal Singh melihat kebenaran dalam kepercayaan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dalam bukunya One Man's View Of The World bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa pun pimpinan Melayu juga yang akan bekuasa, tetapi pimpinan Melayu fanatik Islam akan membawa malapetaka kepada Malaysia dan Singapura. Inilah yang ditakuti oleh LKY dan Singapore hingga sekarang. Oleh kerana itu jugalah perisikan Singapura sangat mengutamakan perhatian kepada perkembangan Islam di Malaysia yang boleh mengancam keselamatannya.
Sebagai veteran politik yang berpengalaman, Karpal Singh menyedari hakikat dan bahaya ini. Sekiranya UMNO jujur kepada masa depan negara ini, lupakanlah soal perpaduan dengan Pas dan terima anjuran Karpal Singh supaya parti agama di haramkan di negara ini. Sesiapa juga yang menjadikan agama sebagai parti politik akan mendakwa Allah atau tuhan berada di pihak mereka.
Tidak ada parti PAS dalam Al Quran.
zainudin maidin
No comments:
Post a Comment