Thursday, November 28, 2013

Ahmad Ammar dan penderitaan Muhammad


Sedara Ahmad Azam Ab Rahman tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kehilangan anak kesayangannya Ahmad Ammar yang diharapkan menjadi imam ketika jenazah ayahanda disembahyangkan. Begitulah peritnya dugaan yang tidak tertanggung. Malah Si Ibu lebih tabah mengobarkan semangat pendakwah muda dikaca TV sebentar tadi. Harus diingatkan bahawa dugaan itu adalah dugaan yang paling hebat bagi seorang manusia agung bernama Muhammad penghulu segala Nabi. Baginda tidak pernah dikurniakan anak lelaki yang diharapkan menyambung kerja dakwahnya melainkan semuanya berakhir dengan kematian pada usia yang sangat kecil.

Walau bagaimanapun viral yang melanda dunia media sosial setelah munculnya video mengisahkan pemergian Ahmad Ammar lebih menarik orang untuk meratap dan menjadikan segala apa yang telah dilalui oleh Ahmad Ammar sebagai ikutan termasuklah hasrat syahidnya di bumi Syria dan pengajian sejarah empayar Uthmaniyah yang menjadi pilihannya.

Sudahkah kita lupa tentang segala kisah dan penderitaan yang telah dilalui oleh Muhammad? Adakah kisah pendakwah bernama Muhammad tidak pernah mengusik hati kita?



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Bagi mereka yang terkesan dengan Ammar dan tercari-cari kisah hidup Ammar untuk dijadikan ikutan. Adalah lebih afdhal kita mengikuti cara hidup seperti yang telah ditunjukan oleh Muhammad... Pelajarilah dakwah cara Nabi, Hiduplah dengan cara hidup Nabi, Tangisilah penderitaan yang dilalui oleh seorang Nabi demi kasih dan cintanya kepada umat.

Bagi ku pemergian Ahmad Ammar dijadikan Allah sebagai pencetus kesedaran ummat tentang pentingnya mewujudkan generasi yang mencintai agamanya. Walau bagaimanapun jangan ada kisah yang lebih agung selain dari kisah Muhammad.



2 comments:

  1. Tuan...terima kasih di atas peringatan..walaubagaimanapun..jangan disalahi apa yang sedang berlaku..kerana sedarkah kita bahawa apa yang berlaku di waktu ini..dimana kita sedang berada dengan apa yang berlaku lewat 1400 tahun dulu pasti meninggalkan beza pada manusia biasa seperti saya..
    Sudah tentu kisah Baginda Rasul SAW menjadi teladan utama dan tidak patut dilupakan..tapi yang berlaku bersama kita kini..adalah terlalu hampir dengan kita..terlalu hampir..hingga meskipun kami tidak mengenalinya..tapi ibarat Ahmad Ammar seperti anak dan adik lelaki kami sendiri...Tapi terpulang juga atas penilaian tuan kerana semua orang berhak menyatakan pendirian masing-masing..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas padangan Ihklas puan, Ya saya lebih suka jika lebih banyak perkara baik seperti ini menjadi viral berbanding lain2 fenomena yang kekadang melemaskan. Jika boleh dikembangkan menjadi filem pun saya setuju. Namun yang merisaukan saya ialah reaksi sesetengah orang yang gemar memuji secara keterlaluan keislaman serta kebaikan beliau itu walaupun tidak benar2 mengenalinya ketika masih hidup. Jika ada kebaikan beliau maka biarlah ia dikongsikan oleh orang terdekat beliau.. Sepatutnya cerita2 sebegini dijadikan jambatan untuk mendekatkan diri kita dengan perjuangan Muhammad. Dalam Al Quran pun Allah ada mengancam kebinasaan bagi orang yang melebihkan sesiapapun selain Allah dan RasulNya.. Inikan pula memuji secara berlebihan kepada mahkluknya. Saya percaya sikap arwah yang dikatakan low profile maka pasti arwah sendiri mesti tidak gemar orang memujinya secara berlebihan.. Takut jika ada kekurangan yang dinampakkan maka cacian pula dilemparkan..Jika kita ingin mencari keredhoan Allah..kita tak semestinya perlu mengembara jauh ke bumi bergolak semata-mata ingin menyerupai Ahmad Ammar.. Cukuplah kita memperbaiki kehidupan kita agar mirip dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW. Jangan sekali-kali mencari cara kehidupan manusia lain untuk mengatasi Muhammad. Kita sama-sama kena usaha agar kasih sayang kita kepada Muhammad dihidupkan dalam hati dan sanubari kita seolah-olah baginda sangat dekat walaupun telah 1400 tahun lamanya meninggalkan kita.. Sebab itu dianjurkan kepada kita agar berselawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW sebanyak-banyaknya agar kita sentiasa ingat kepadanya. sekian wallahualam...

    ReplyDelete