Kurang dua bulan dari sekarang filem arahan pengarah kontroversi Namewee akan dilancarkan. Pendapat saya hampir pasti filem yang bertemakan propaganda politik perkauman ini akan menerima nasib yang sama seperti filem The New Village. Walaupun belum diketahui kisah yang akan ditonjolkan namun tajuknya sendiri menjadi pembayang filem ini bakal tersangkut melainkan ianya diubah. Jelas jika filem ini lulus untuk ditayangkan sudah pasti ia akan menjejaskan hubungan akrab antara dua negara, Malaysia dan Bangladesh. Tidak dinafikan juga filem ini bakal mencabar sikap keterbukaan kerajaan.
Namewee melalui komennya telahpun diperingatkan berkenaan tajuk BANGLASIA yang agak keras. Namun beliau cuba mencari jalan agar tajuk itu dikekalkan dengan mengatakan bahawa perkataan BANGLA adalah satu kebiasaan di Bangladesh dan bukanlah istilah yang sensitif bagi masyarakat di sana. Namewee barangkali terlupa bahawa bukan perkataan BANGLA yang menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah perkataan BANGLASIA.
Apa masalahnya dengan BANGLASIA?
BANGLASIA adalah perkataan yang menjadi propaganda pembangkang ketika PRU 13 dalam usaha mereka memperdayakan pengundi kononnya rakyat MALAYSIA telah dicabuli haknya dengan taktik membawa masuk 40 ribu BANGLA bagi mengekalkan parti kerajaan memerintah.
BANGLASIA adalah perkataan yang menjadi propaganda pembangkang ketika PRU 13 dalam usaha mereka memperdayakan pengundi kononnya rakyat MALAYSIA telah dicabuli haknya dengan taktik membawa masuk 40 ribu BANGLA bagi mengekalkan parti kerajaan memerintah.
BANGLASIA adalah terma yang memberi bayangan kononnya negara ini telah dikuasai oleh BANGLA apabila hak mengundi diberikan kepada BANGLA.
BANGLASIA adalah satu pembohongan besar yang sengaja menimbulkan rasa bimbang dikalangan rakyat akan ketelusan SPRM dalam mengendalikan PRU. Akibat dari BANGLASIA beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku ketika hari pengundian apabila pengundi yang mempunyai wajah seiras BANGLA menjadi mangsa kekecohan.
BANGLASIA akan ditayangkan kepada rakyat MALAYSIA dan bukan rakyat di negara BANGLADESH. Apa perlu Namewee ke DHAKA untuk menghalalkan BANGLASIA padahal di MALAYSIA umum telah kenal kaitan terma BANGLASIA dengan pembohongan politik parti pembangkang yang boleh menjejaskan hubungan baik negara dengan BANGLADESH.
Jika mahu menghargai jasa pekerja warga asing mengapa BANGLA sahaja yang menjadi sasaran? Mengapa tidak kepada Nepal, Vietnam dan India? Ya kerana BANGLA sangat fasih berbahasa melayu berbanding sebilangan orang cina di Malaysia. Dan yang lebih penting mereka beragama Islam. SEBAB BANGLA LAGI BAGUS DARIPADA CINA
No comments:
Post a Comment