Hujjah Haji Sulaiman...
Mulanya tak nak masuk gelanggang. Tapi bila Hasna dah mencabar saya jadi terpaksalah saya sahut cabaran tu bukan untuk menentang tetapi nak nyatakan kebenaran.
Hasna, cubalah buka mata hati awak tu. Sebenarnya yang banyak merosakkan dan menjahanamkan orang Melayu adalah pemimpin UMNO. Tetapi banyak penyokong UMNO macam awak tak tahu. Semuanya dah dibutakan mata hati dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Kalau UMNO tu jujur memperjuangkan Melayu kenapa royalti minyak tak dibagi kat orang Kelantan. Kan Kelantan tu Melayu. Sebenarnya banyak tanah kerajaan pemimpin UMNo dah bagi kat Cina. Contoh paling jelas apa yang diemailkan dibawah. Kalau lah Khir Toyo jadi MB Selangor tentunya tanah tu dah diluluskan pemberiannya kepada Genting. Awak tahu tak Danga bay tu dah jadi milik Cina. Siapa yang meluluskan. Pergi tanya Ghani Othman yang awak puja-puja tu. Awak tahu tak sekarang ni UMNO hanya disokong oleh orang-orang kampong je. Orang Melayu Bandar yang berpendidikan dah celek mata hati dan tak sokong UMNO. Selagi awak baca Utusan Meloya ( yang selalu kena saman kerana buat fitnah), Berita Hairan, dan tenguk TV 3 suku dan TV 1 yang selalu membodohkan rakyat awak akan tetaplah bersama mereka.
Sekarang awak terimalah padahnya menyokong BN. Harga minyak naik yang tentunya harga barangpun akan naik. Bijak sangatlah pemimpin UMNO memerintah. Bila ditanya pemimpin UMNO jawapannyan membodohkan orang dengan mengatakan harga minyak dunia naik.Tapi sebenarnya harga minyak dunia turun. Dan ambil perbandingan dengan harga minyak dinegera-negara yang bukan pengeluar minyak. Kan bangang namanya tu.
Bila diajak berdebat tak berani. Apa namanya tu? Pengecut, takut nanti bila berdebat Nampak sangat bodohnya tu.
Cukuplah setakat ni dan harap awak sedar dan bacalah sumber-sumber alternative supaya minda tu terbuka. Saya bukannya Melayu yang tak nak bersatu, tapi saya Melayu yang boleh berfikir dan hanya akan bersatu dengan Melayu yang tidak membodohkan Melayu dan medaulatkan Islam bukannya UMNO yang membodohkan orang Melayu.
Salam semua,
Salam untuk orang Islam sebab sekarang pembangkang dah lebih ramai orang kafir berbanding orang Islam..
Saya mulanya tak mahu balas apa2.. Tetapi saya teringatkan sikap professional Haji Sulaiman yang tidak pernah masam muka kerana politik dan saya teringat teguran haji sulaiman kerana saya dituduh makan gaji buta sebab punyai banyak masa di pejabat untuk berhujjah…maka saya balaslah..
1. Rampas tanah melayu: Cuba nafikan sumbangan Felda kepada fakir miskin orang melayu..Atas alasan yang sama orang Melayu singapura diperdayakan oleh Othman Wok. FAKTA
2. UMNO menjahanamkan orang Melayu: Cina lah yang menjahanamkan orang melayu dengan merasuah pegawai2 kerajaan. FAKTA
3. Royalti tak bagi orang Kelantan : Royalti dapat kepada rakyat Kelantan tetapi bukan kerajaan Kelantan. Sejumlah 4 Billion di agihkan untuk pembangunan Kelantan tetapi hasil cukai yang dikutip kerajaan pusat dari Kelantan hanya sekitar 500 Juta. FAKTA
4. Isu genting dan danga : Cuba bagi tahu siapa dia anak melayu yang nak beli tanah di danga dan genting tapi diketepikan kerana mahu jual kepada cina.. saya nak nama… NAMA
5. Harga Minyak: Siapa yang berkuasa untuk naikkan harga barang? Siapa yang berkuasa untuk naikkan gaji haji sulaiman? CINA.. Subsidi bukan milik kita.. ia hak kerajaan secara mutlak. Sila nafikan bahawa ekonomi kita dikuasai oleh orang cina.. FAKTA
6. UTUSAN MELOYA: saya ada lagi gambar muka depan surat khabar harakah yang haji sulaiman baca setiap petang dalam kereta sebelum punch out.. Tajuknya ..PENGUNDI HANTU 40,000 BANGLA.. Soalan saya .. dah tangkap belum pengundi hantu itu? DAH KE BELUM? KEBENARAN ATAU FITNAH? FAKTA
Saya juga nak ingatkan bahawa jika haji yang masih belum bangun dari tidur yang lena… Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pkatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi dari 21 sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR parti kesayangan haji sulaiman yang bijaksana itu percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam.. sebab itu dalam banyak hal PAS akan ikut saja isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi..
No comments:
Post a Comment