Thursday, September 12, 2013

Halalkah mengfitnah PEMERINTAH



Halalkah mengfitnah pemerintah?

Jika berdosa mengapa rakyat ramai tanpa sedikit pun rasa ragu melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap pemerintah?

Pemerintah itu manusia dan rakyat itu jua manusia.

Perbuatan jahat baik dari pemerintah mahupun rakyat tetap akan dikira berdosa.

Adakah seseorang itu berkedudukan sebagai pemerintah lalu bebas bagi manusia lainnya melemparkan seribu satu pertuduhan dan fitnah tanpa sedikitpun risau akan DOSA?

Benar pemerintah yang zalim dan khianat pada rakyat itu berdosa. Tetapi sejak bilakah pula melemparkan pertuduhan dan fitnah kepada pemerintah itu di kecualikan daripada balasan dosa? 

Apa keuntungnya yang kita dapat dan apa perlunya dalam kehidupan kita untuk melayani cerita-cerita yang entah mana datang asal usulnya hingga tidak kisah terlibat dengan dosa?

Dosa itu JELAS dan pahala itu JELAS. Kitab manakah pula yang perlu diselak untuk menghalalkan fitnah dan adu domba?

Fitnah itu NIKMAT dan adu domba itu NIKMAT bagi mereka yang telah lama bergelumang dengan dosa.
Awas! Dosa tetap dosa.

Jangan kerana orang lain yang berebut kuasa, kubur kita pula jadi lubang neraka!




No comments:

Post a Comment