Thursday, September 12, 2013

Kerana SYI'AH..Perbezaan PAS dan UMNO menjadi terlalu kecil


PAS pernah digelarkan sebagai parti ajaran sesat kerana polisinya yang berubah-rubah mengikut kepentingan politik hingga sanggup menggadaikan prinsip Islam.

UMNO pula sering dituduh sebagai sekular kerana didakwa menolak hukum hudud dan dibenci kerana amalan rasuah serta kronismenya.

Namun, apa yang pasti kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu masih lagi berpegang teguh kepada prinsip akidah dan amalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Mereka tidak sehaluan bukan kerana agama tetapi hanya kerana persaingan dalam mendapatkan pengaruh politik.

Menjadi seorang individu Islam yang kurang sempurna itu biasa, tetapi untuk berpolitik hingga terpaksa meninggalkan agama itu amat keterlaluan dan membinasakan.   

Baik UMNO mahu pun PAS mengakui akan bahayanya ajaran Syi'ah yang menyebabkan seseorang itu boleh terkeluar daripada Islam. Malah pengikutnya yang ditahan sebelum ini mengakui sanggup murtad demi untuk terus dibenar mengamalkan ajaran Syi'ah. Sekiranya ajaran ini tidak dibendung dengan berkesan sudah pasti akan wujud satu lagi segmen baru dalam masyarakat Islam di negara ini yang memburukkan lagi perpecahan ummah..

Syi'ah merebak dengan begitu pantas terutama sekali dikalangan generasi muda yang tertarik dengan tawaran perkahwinan Muta'ah. Perkahwinan Muta'ah merupakan fatwa sesat yang telah meremehkan rukun nikah dan menghalalkan pernikahan kontrak dijadikan sebagai lampu hijau oleh sebahagian pengikut yang baru untuk memuaskan nafsu seks tanpa khuatir dianggap berzina. 

Ancaman pengaruh Syi'ah terhadap umat Islam di negara ini sangat besar sehingga  persengketaan sekian lama di antara UMNO dan PAS semakin tawar. Mereka seolah-olah saling berpadu suara dalam mempertahankan akidah dan amalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Kebersamaan ini menyebabkan perbezaan diantara mereka yang selama ini sengaja diperbesar-besarkan demi meraih pengaruh politik kini menjadi terlalu kecil dan semakin tidak penting. Umat Islam dinegara ini perlu sedar akan pentingnya mendahulukan perpaduan Islam mengatasi apa saja alasan dan kepentingan duniawi demi mempertahankan survival ummah.

Semoga Allah terus memberikan rahmatnya disebalik cabaran besar ini dan menyatukan hati-hati kita agar Islam terus kekal teguh dimuka bumi  .. Amin Ya Rabbal Alamin  

     




No comments:

Post a Comment