DS Najib ternyata telah gagal dalam strateginya untuk mengembalikan semula kuasa majoriti 2/3 BN dalam Parlimen. DS Najib perlu meletakkan jawatan jika masih memilih untuk bersederhana dan berlembut dalam berdepan dengan cara politik ekstremis dan agresif pembangkang. Cara yang kononnya penuh hikmah dan mampu menarik simpati rakyat tidak memberi apa-apa kesan dalam menenggelamkan budaya politik fitnah dan perkauman pembangkang.
Dengan peluang untuk sepenggal lagi menguasai kerajaan, beliau perlu mengambil kesempatan ini dengan memberikan pengajaran kepada pengundi Cina tentang apa kesannya ke atas mereka jika terus menolak kepimpinan BN. Beliau perlu bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang atas segala tohmahan yang tidak berasas dan sebarang ancaman terhadap keharmonian negara tanpa perlu takut dengan serangan balas bersifat politik.
Sekolah aliran Cina perlu dihapuskan dan diganti segera dengan kempen Gagasan Intergrasi Nasional. Ia sebagai tindakbalas terhadap kecenderungan mereka memilih kerajaan atas dasar perkauman yang ekstrim. Memecahkan menguasaan mereka dalam pelbagai jenis perniagaan dan meluaskan penguasaan bumiputra dalam ekonomi negara. Ia atas kesedaran bahawa mereka tidak pernah menghargai kesanggupan kepimpinan orang Melayu yang selama ini sanggup berkongsi kemakmuran negara dan membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka berjaya.
Transformasi Politik
Habuan untuk budaya politik fitnah orang Melayu Islam didalam PAS dan PKR pula memerlukan DS Najib mencontohi sifat tegas dan keras kepala Tun Dr. Mahathir. Najib perlu sedar kedudukan beliau adalah sebagai Ketua Negara dan setiap tindak tanduk rakyat termasuk pembangkang adalah dibawah tanggungjawab beliau. Najib perlu memainkan peranan sebagai ketua negara dan bukan sebagai pemimpin parti politik yang terhad kuasanya. Pilihan raya telahpun tamat, tidak ada sebab seseorang itu boleh dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang hanya kerana mereka berstatus pembangkang.
Pembangkang akan mengadu kepada rakyat kononnya mereka dizalimi tetapi pada hakikatnya rakyat sentiasa rasa aman dan selamat dengan pemimpin yang tegas dan berani. Penyebarluasan tohmahan dan fitnah perlu disekat habis-habisan dengan tindakan yang tegas sebagai sebahagian daripada usaha Transformasi Politik. Sedar atau tidak sedar, kerana budaya politik tohmahan dan fitnahlah menyumbang segala permasalahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam ketika ini.
Pembangkang akan mengadu kepada rakyat kononnya mereka dizalimi tetapi pada hakikatnya rakyat sentiasa rasa aman dan selamat dengan pemimpin yang tegas dan berani. Penyebarluasan tohmahan dan fitnah perlu disekat habis-habisan dengan tindakan yang tegas sebagai sebahagian daripada usaha Transformasi Politik. Sedar atau tidak sedar, kerana budaya politik tohmahan dan fitnahlah menyumbang segala permasalahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam ketika ini.
Kesucian Agama Islam
Kesucian agama Islam perlu diangkat pada tahap yang paling tinggi. Segala jenis penyalahgunaan atas ajaran mahupun nama agama itu sendiri perlu disekat habis-habisan. PAS yang membawa nama Islam perlu mendaftarkan semula atas nama yang lain jika terbukti kata-kata pemimpin (fatwa), polisi atau dasar parti itu bertentangan dengan Islam, malah boleh dikategorikan sebagai kumpulan ajaran sesat oleh JAKIM. Hal ini sering dicabar oleh pengikut PAS setiap kali mereka dilabel sebagai sesat atau melanggar ajaran Islam.
Kerajaan perlu berfungsi seperti mana yang sepatutnya kerana pemimpin tanggungjawabnya untuk memimpin. Pemimpin perlu lebih bijak mendisplinkan rakyat dan mendidik minda mereka agar kerosakkan dapat disekat serta dipulihkan dengan segera. Pemimpinlah yang sepatutnya membuat keputusan untuk rakyat. Terlalu bodohlah jika setiap kali berlaku masalah, pemimpin gagal buat keputusan dan bertindak, malah menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat pula untuk menentukannya. Bagaimana boleh berasa yakin majoriti rakyat akan bertindak dengan bijaksana? Jika rakyat lebih bijak, apa guna kamu duduk di atas jadi pemimpin? PRU13 telah membuktikan rakyat sangat mudah diperdaya. Pemimpin yang tidak mampu menggunakan kuasanya dengan bijaksana bukan sahaja membahayakan kedudukannya, malah meletakkan agama bangsa dan negaranya diambang kemusnahan.
Terbaik
ReplyDelete