Apalah nasibnya Melayu pembangkang...
Jumlahnya kecil namun berbangga-bangga dengan besarnya suara bangsa pendatang. Dulu gah dengan ketua umum yang berkulit sawo matang. Kini hanya sekadar menumpang senang dicelah-celah ribuan mereka yang menang. Maka semua sudah tahu yang mana satu kuli dan yang mana satu pula kapitan. Sudah menjadi hukum nombor dan angka. Siapa yang banyak maka dialah yang berkuasa.
Apalah nasibnya Melayu pembangkang...
Apabila buka mulut pun perlu didalam sunyi. Belum disergah sudah menyusun jari. Terpaksa hidup memendam rasa dihati. Hanya berani dihadapan bangsa sendiri.
Bila ditanya kebebasan beragama kata "ya".. Bila minta Allah itu milik gereja kata "ya".. Apakan daya nak terus hidup perlu korbankan bangsa dan agama. Nasib keturunan sendiri entah ke mana. Baru nak buka mulut dituduh rasis semata.
Dulu bongkak sekarang pun bongkak. Bila ditegur asyik membentak. Sekarang lihatlah dengan mata kepala sendiri. Rumah pusaka diroboh, tempat mencari rezki disita.
Apalah nasibnya Melayu pembangkang...
Mereka kecil kerana perpecahan dan permusuhan. Mereka kecil kerana kekayaan yang menjadi rebutan. Sudah menjadi hukum alam..Yang kecil akan menjadi makanan yang besar. Sedang kita leka mengecil kerana bertengkar..Di seberang sana saling bantu-membantu menjadi BESAR.
Melayu itu sudah beratus tahun menjadi hamba. Melayu itu tiada masalah untuk kekal hamba untuk sekian tahunnya. Jika memang ditakdirkan bangsa ini kembali melarat dan merempat. Aku redho kerana mereka sentiasa lupa apabila hidup senang dan berpangkat.
Apalah nasibnya Melayu pembangkang...
Lebih banyak berkembang biak lebih untung bangsa pendatang. Mereka memang cukup senang Melayu berperang. Memang takdirnya tentu menjadi abu dan arang.
Apabila sudah rata mereka masuk sambil melenggang. Lalu mereka kata melayu memang bodoh melayu memang bangang. Apa boleh buat negara sendiri sudah menjadi milik orang. Terimalah saja ketentuan untuk bangsa Melayu yang malang.
Apalah nasibnya Melayu pembangkang...
Mana pergi jenismu yang hilang? Mengapa mereka sanggup berkerat rotan dan berpatah arang? Kalau jawatan yang ada pun atas khidmat mu sebagai perkakas bangsa pendatang. Mana mungkin Melayu bersamamu tidak semakin berkurang..

No comments:
Post a Comment