Wednesday, March 13, 2013

SSYHHH! Biar UNDI kami BERSUARA




SSYHHHH! CUKUPLAH!

Cukuplah suara-suara sumbang yang seringkali membingitkan. Hentikanlah cerita-cerita yang tidak tertanggung oleh imaginasi kami.Telanlah semua hasutan-hasutan kamu yang menghina intelektual kami. Kamu menerjah dalam kehidupan kami yang aman damai dan kamu tinggalkan kami dalam keadaan kekusutan dan saling bermusuhan. Kamu paksa kami mendengar segala keluhan rekaanmu. Kamu lupa kami pun ada mata dan akal untuk melihat dan menilai lakonanmu. Kamu terlompat-lompat dan terjerit-jerit memanggil kami agar kami mengikutmu. Kami kehairanan apa yang sebenarnya membuat kamu jadi begitu.

Tak perlu kamu tunjukkan kami apa yang benar apa yang palsu kerana bahu kami sendiri yang memikul kepayahan hidup yang dulu dan mata kami sendiri yang melihat kesenangan dan kemewahan hidup hari ini. Tak perlu kamu merekacipta pendustaan untuk membutakan kami. Kami telah puas hidup susah dan kami tahu siapa yang menghulurkan tangan hingga hidup kami berubah. Pergilah jauh tinggalkan kami dengan curahan air liur dan beliakkan mata mu menabur fitnah dan janji palsu. Kami bukanlah sama seperti mereka yang mengusungmu ke timur dan barat mempercayai teori kotor mu.

Kami terus berdiam diri melihat kerenah mu. Kami tidak perlu hadir dan berdiri dipentas-pentas politik untuk menggerunkan mu. Kami juga tidak perlu berarak dijalanan semata-mata untuk menyakiti hatimu. Kami lebih selesa memendam rasa menantikan waktu akan tibanya giliran untuk kami bersuara. Pada waktu itu suara mu dan pengikut mu akan kami benamkan dalam kumpulan minoriti kerana KAMI ADALAH SILENT MAJORITI. Undi kami hanya mahu kamu terdiam setelah sekian lama telinga kami bingit dengan kerenah mu.

UNDI... TAK PERLU KATA APA-APA...UNDI... BARU TAHU KITA SIAPA..


1 comment:

  1. yes..silent majoriti...kerana kita mengelakkan diri dari sifat ketaksuban...dan memperlihatkan kekurang pandaian seperti sesetengah bijak pandai yang tak berapa berfikir.

    ReplyDelete