Friday, June 8, 2018

PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.




PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.

1)TAK PAYAH TUNAI MANIFESTO.

2)TAMATKAN PROJEK LEGASI NAJIB.

3) NAFIKAN PRESTASI KERAJAAN BN.

4) LETAKKAN SEMUA KESALAHAN KEPADA BN.

5) MEMPUNYAI LEBIHAN DANA TIDAK DIGUNAKAN MELALUI DERMA ORANG RAMAI DAN PEMBATALAN PROJEK RAKYAT.

6)TIDAK PERLU FIKIR TENTANG PRESTASI KEWANGAN NEGARA DIBAWAH PENTADBIRAN PH.

OLEH ITU KITA BAKAL SAKSIKAN LEBIH BANYAK ATUCARA KEMPEN KUTIP DERMA DARI SEMASA KE SEMASA HINGGA KE BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG.

Tuesday, June 5, 2018

NAJIB PENCURI: PELUANG PH BUKTIKAN MEREKA BENAR



Apabila PH berjaya membentuk kerajaan, ia adalah peluang yang amat dinantikan pengundi agar mereka dapat membuktikan apa yang didakwa selama ini terhadap parti lawan adalah benar.

Kini tiada lagi alasan bukti disembunyikan, agensi penguatkuasa dan badan kehakiman tidak bebas menjalankan tugas, siasatan bebas dari dipengaruhi atau disekat oleh sesiapa yang berkepentingan.

Kegagalan mereka dalam hal ini akan menyebabkan hilangnya sokongan rakyat malah segalanya akan beralih serta memihak kepada pihak lawan.












Sunday, June 3, 2018

RINGKASAN KISAH DONGENG POLITIK NEGARA




Sejak Merdeka, Malaysia tidak pernah kenal kerajaan selain daripada Barisan Nasional. Oleh itu, pertukaran "peranan" melalui PRU14 yang lalu persis sebuah cerita dongeng bagi Pakatan Harapan. Saya percaya dari riak wajah Mat Sabu melalui hari-hari serba baru sebagai salah seorang pemimpin kerajaan juga adalah seperti menonton sebuah kisah dongeng. Kisah-kisah dongeng yang dihidangkan pada hari ini adalah sebenarnya bermula dari sebuah kisah dongeng juga.

KISAH DONGENG 40 BILLION

Tok Selampitlah yang memainkan peranan bermula dengan kisah dongeng hilangnya wang 40 Billion Ringgit dari sebuah syarikat pelaburan milik negara. Kisah ini berjaya menyukarkan syarikat tersebut mendapatkan dana melalui penyenaraian IPO di Bursa. Namun belum berjaya mempengaruhi sesiapa bahkan tidak menjejaskan sokongan ahli terhadap kedudukan Presiden UMNO.

KISAH DONGENG 2.6 BILLION

Apabila orang paling kanan Presiden dipecat maka bermulalah kisah dongeng yang benar-benar menjadi ibu bagi segala kisah-kisah dongeng yang lain. Muhyiddin menyimpan pelbagai rahsia seiring dengan kedudukannya. Apabila kisah 2.6 Billion keluar dari mulutnya, maka Presiden tidak mampu berterus terang kerana tidak mahu rahsia itu keluar dari mulutnya. Maka segeralah dongeng ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diceritakan sebelum ini cuma ia dikurangkan nilai yang hilang dari 40 billion ke 2.6 billion. Presiden yang kelihatan gugup menjadikan kisah ini benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat. Rakyat mula dapat menerima pemimpin negara mereka adalah seorang yang tidak amanah, menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri. Apa sahaja alasan hadir selepas itu dianggap sebagai cover up atau damage control kerana ia mengambil masa yang lama hingga membenarkan kisah ini mencapai tahap DONGENG MASYARAKAT.

Dongeng inilah yang menjadi punca kejatuhan Presiden malah sehingga kini ia dimainkan oleh kerajaan yang baru untuk mengukuhkan kedudukan dongeng itu dalam minda rakyat. Begitulah cara mereka mengekalkan momentum kisah dongeng ini agar dapat bertahan selama bertahun-tahun. Bezanya dahulu mereka perlukan bantuan laporan WSJ dan 2 kali pengumuman DOJ, kini mereka boleh gunakan hebahan siasatan dan geledahan SPRM dan Polis yang kini mutlak dalam kawalan mereka.

Sejauh mana kisah dongeng ini dapat bertahan dalam fasa baru pasca PRU14 memang menjadi persoalan besar kerana dahulu mereka boleh menggunakan alasan Presiden masih berkuasa dan mampu menutup bukti. Apabila presiden dilucutkan kuasa barulah kebenaran dakwaan mereka dapat dirungkai. Bagaimana mungkin ia berlaku kerana kisah dongeng tetap kan menjadi kisah dongeng selamanya. Ia kisah yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

KISAH DONGENG HUTANG NEGARA

Maka kerajaan hari ini memaksa rakyat untuk hidup dalam kisah dongeng mereka. Hari-hari mereka berusaha menyulamkan cerita kononnya negara tiada wang kerana percaya cerita dongeng seperti ini mampu mengekalkan kedudukan mereka. Namun realiti semakin mencengkam dan ia bukan berasal dari perbuatan sesiapa. Ia hadir dengan sendirinya. Rakyat sedikit demi sedikit keluar dari terus dikuasai segala macam cerita dongeng dan kini terpaksa berhadapan dengan realiti. Hanya dengan cerita dongeng jualah kerajaan terpaksa mempertahankan diri mengharapkan masih mempunyai nasib yang lebih kurang baik sama seperti sebelum menggapai kuasa.



Friday, June 1, 2018

SAYA RAKYAT MALAYSIA. SAYA TAK MAHU KERAJAAN PH BANKRAP




Sungguhpun sokongan kita bukan kepada govt of the day, Islam mengajar kita untuk mendoakan pemerintah dengan doa yang baik2.

Baik keputusan yang dibuat pemerintah.. Baiklah jua manfaat dapat dinikmati oleh rakyat. Sebaliknya jika pemerintah tersilap percaturan maka negara dan rakyat semua akan menanggung bencananya.

Saya tetap berharap kerajaan PH dapat mengelakkan dari memenuhi manifesto yang boleh merugikan rakyat dan negara ini. PH sudah pun berkuasa, tidak perlulah bimbang dengan undi lagi. Fokus kepada rakyat yang sentiasa mengharapkan nasib mereka dibela. Cukuplah dengan sekadar mengakui kesilapan atas janji yang dibina tidak berlandaskan realiti pengurusan sebuah negara. Rakyat akan cuba memahaminya.

Saya tidak mahu kerajaan bangkrap hanya kerana tekanan golongan peniaga yang tidak mesra dengan cukai GST. Kerajaan perlu terus disokong oleh sistem percukaian yang cekap agar mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan projek2 penbangunan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kerajaan mungkin akan dikecam, namun ia lebih baik dari memperjudikan kemakmuran dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

MANSUH GST PERANGKAP BAGI KERAJAAN PH






NAJIB pernah kata negara bernasib baik kerana harga minyak jatuh, kita telahpun mulakan GST. Tanpanya kemungkinan besar negara kita akan bankrap.

Kini hari pertama negara hilang pendapatan GST dan dijangka jumlah hasil kutipan yang hilang itu akan mencapai 21 Billion ringgit sebelum SST diperkenalkan. SST pula dijangka berupaya mengutip sekitar 17 Billion ringgit dan lompong yang ditinggalkan melalui pemansuhan GST akan ditanggung dengan menggunakan pendapatan negara melalui Petronas yang mencatatkan keuntungan yang besar baru2 ini.

Dalam keadaan itu pun kerajaan terpaksa mengkaji beberapa projek pembangunan yang dirasakan perlu dibatalkan disebabkan oleh hilangnya pendapatan melalui GST.

Persoalannya sekiranya harga minyak jatuh lagi, dimanakah kedudukan kewangan negara ketika itu? Adakah kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti banyak negara2 yang pernah mansuhkan GST sebelum  ini? Pemansuhan GST adalah perangkap bagi kerajaan PH untuk bertahan lama dan bakal menyebabkan negara berada diambang KEBANKRAPAN.