Friday, April 20, 2018

PRU14: PEMBANGKANG DIPENUHI ORANG YANG KELIRU





Jangan ambil ringan padangan rakyat berkecuali yang mewakili kumpulan terbesar pengundi dinegara ini. Mereka mempersoalkan tindakan golongan yang dulunya pernah bersama UMNO atau bersama PAS, tetapi memilih untuk setia dengan pakatan DAP atau beralih arah dari mencemuh kepada memuji DAP.

Kekeliruan ni mereka tidak mampu untuk jelaskan. Ini kerana ideologi parti yang bertanding kali ini membentuk sempadan memisahkan mereka yang benar2 mahukan Islam dan Melayu itu di martabatkan.

PAS contohnya sering menuduh pihak yang tidak bersama mereka sebagai MENOLAK ISLAM. UMNO pula mendokong perjuangan nasionalis melabel mereka bersama DAP sebagai PENGKHIANAT BANGSA.

Kini lebel2 itu ditinggalkan kepada kumpulan orang Melayu yang membentuk pakatan bersama DAP. DAP sahaja yang masih mengekalkan ideologinya dan langsung tidak bertolak ansur dengan sesiapa pun dalam pendiriannya tentang kedudukan agama Islam dan Melayu. Hanya yang terpaksa dikorbankan ialah REPUTASI mereka sebagai parti yang cukup hebat menentang kezaliman pemerintah DIKTATOR, RASUAH, KRONISME dan KLEPTOKRASI yang masih melekat pada tangan MAHATHIR.

Golongan rakyat yang berkecuali tidak dapat menerima nilai2 itu dan kepentingan mana2 individu dan survival parti2 yang bertanding bukan menjadi keutamaan mereka. KECELARUAN yang dimiliki DAP tentang MAHATHIR akan dihukum pengundi CINA dan HIPOKRASI kumpulan orang MELAYU yang MEMBUANG kepentingan AGAMA serta BANGSAnya demi politik juga akan menerima nasib yang sama.


No comments:

Post a Comment