Pembubaran parti bagi Mahathir sama seperti kehilangan rumah sendiri. Tidak ada tempat untuk berteduh. Mencari-cari jika ada yang sudi untuk memberi tumpang. Sama sekali tidak pernah bersedia dengan situasi seperti ini lebih2 lagi pembubaran Parlimen berlaku sehari selepas itu.
Tun tidak mempunyai masa untuk mengatur semula strategi dan mencongak peluang untuk membuktikan kemampuan partinya menambat hati pengundi.
Tun sudah semestinya perlu mendapatkan tandatangan dari pengurusi parti lain mungkin Wan Azizah dari PKR ataupun boleh juga Lim Kit Siang dari DAP dalam borang pencalonannya. Ia ternyata tidak seperti apa yang penyokong beliau harapkan iaitu Tun seharusnya mempunyai kedudukan yang setara atau lebih tinggi dari pemimpin pakatan yang lain.
Harapan beliau musnah sekelip mata apabila rebah ketika hampir tiba di pintu masuk gelanggang pertarungan.
YA tidak dinafikan jika tindakan ROS adalah sebahagian dari percaturan politik Najib. Namun adakah Mahathir mengharapkan belas kasihan Najib agar tidak mengambil peluang keatas kelemahan yang berpunca dari kecuaian dirinya sendiri?
No comments:
Post a Comment