Tuesday, April 17, 2018
KALAU DITAKDIRKAN KITA JATUH..
Mana2 Pilihanraya pun debaran tetap ada. namun...
KALAU DI TAKDIRKAN sejarah pemerintahan orang Malayu Islam ini hanya sampai disini.. Kita kutiplah ia sebagai hikmah dan pengajaran bekalan kebangkitan buat generasi masa hadapan. Tak perlu lagi dikesalkan. Allah berhak menghukum mereka yang ingkar terhadap perintahNya.
Mungkin ada silapnya bagi kita yang sedar namun memilih untuk berdiam diri kerana khuatir terlibat sengketa. Namun itulah pahitnya sebuah kebenaran. Menyampaikannya seperti menjerut leher sendiri. Kita dimusuhi dan dipulaukan.. Bukankah hal yang sama terpaksa dilalui Nabi Besar Muhammad SAW?
Jangan pernah berhenti untuk mempertahankan kebenaran. Biasakan lidah kita bercakap perkara yang benar memudahkan kita dekat dengan hidayah Allah. Kerana Islam itu agama yang membawa kebenaran. Dan Allah itu sentiasa bersama mereka yang benar.
Jadikanlah perjuangan menegakkan kebenaran ini kerja kita yang terakhir sebelum menutup mata. Sungguhpun tidak pernah menyaksikan hasilnya.. dihari apabila lenyapnya segala kebathilan, Kita pasti berada dalam naungan Yang Maha Berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment