Wednesday, November 25, 2015

MUNGKIN KITA DITAKDIRKAN UNTUK KE NERAKA?



Di zaman serba canggih ini kita tahu banyak perkara. Malah kita juga tahu perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan kehidupan kita. Tahu sesuatu perkara tidak bermakna menjadikan diri kita seorang yang berbeza. 

Syurga Neraka.. Tidak perlu jadi orang Islam pun ramai saja yang tahu. Apa gunanya ada Syurga Neraka jika tidak memberi kesan kepada tingkahlaku kita. Sama ada Syurga atau Neraka, tiada tekanan langsung buat diri kita untuk memikirkannya kerana sehingga saat ini setelah dosapun tidak lagi mampu untuk dikira, barang Syurga mahupun Neraka tak seorang pun diantara kita pernah melintasi salah satu daripadanya.

Di manakah takdir kita? Syurga atau pun Neraka mungkin sesuatu yang kita boleh tundakan jauh ke belakang hari jika ada masa. Namun jawapannya sudah ada. Ia bergantung kepada setiap amalan kita. Tahu tentang DOSA dan PAHALA sentanding para sarjana bidang agama masih bukan satu kelebihan untuk kita mampu mengelak dari terhumban ke dalam Neraka dan masuk ke dalam Syurga. 

Bulan dan matahari silih berganti, selagi nyawa dikandung badan, selagi akal masih cergas berfungsi, barang sesaatpun kita tidak terleka dari setiap amal perbuatan yang kita lakukan. Malah semuanya dilakukan atas pilihan sendiri,  tidak pernah sekali pun dipinggirkan dari dijemput untuk membuat keputusan. 

Tahu bermacam perkara, takkan boleh keliru dalam memilih sama ada mahu ke Syurga atau ke Neraka. Namun setiap kali keputusan yang dibuat, Syurga Neraka tidak pernah diambil kira. Tambah malang apabila tiba peluang amalan menjanjikan pahala dibiarkan berlalu tanpa kesal, sekilas melintas kerlipan dosa menggoda sanggup dinanti walaupun perlu bersengkang mata. Soalanku jika benar kita sudah tahu semua mengapa kita tidak mampu untuk menolak dosa? 

Mungkin kerana kita sudah ditakdirkan untuk dilempar ke dalam Neraka. Dan Naraka itu telah diciptakan untuk kita. 


Tuesday, November 24, 2015

TUN M OBJEK SENTIMENTAL




TUN M SEBAGAI OBJEK SENTIMENTAL

INILAH antara kekuatan Tun Mahathir yang menyebabkan beliau masih mempunyai pengikut TEGAR setelah pelbagai kesalahan besar beliau telah lakukan baru-baru ini.

Dek kerana memerintah terlalu lama hingga bergenerasi rakyat Malaysia mengabadikan sejarah hidup mereka dari sejak baru kenal dunia hingga mampu berdikari, hanya satu PERDANA MENTERI yang mereka kenal, dan mereka kaitkan tokoh itu dalam kenangan sepanjang perjalanan hidup mereka, tidak lain dan tidak bukan dialah Perdana Menteri paling lama, Dr Mahathir bin Mohamed.

Sama seperti kita sayangkan barangan kepunyaan peribadi untuk mengimbau detik-detik LAMPAU yang amat bermakna dalam hidup kita, Dr Mahathir tidak mempunyai apa-apa kelebihan selain itu untuk dijadikan sebagai kayu pengukur prestasi beliau hingga TERPAKSA membina monument seperti KLCC dan Putrajaya agar rakyat terus MENGINGATINYA.

Rakyat Malaysia perlu bergerak MAJU kehadapan bersama pemimpin generasi TERKINI yang membawa cabaran serta matlamat jauh lebih besar berbanding apa yang kita tempohi sepanjang 23 tahun dibawah pemerintahan Dr Mahathir. Usah terbelenggu dengan nostalgia hingga masa depan anak cucu menjadi taruhan.

Beliau akan terus terpahat dalam kenangan keperitan hidup kita untuk bangun dan berlajar berdiri dan kini masanya untuk berlari dan mendaki.

Jasa setiap pemimpin bergantung kepada impak berubahan KUALITI HIDUP yang kita nikmati sepanjang mereka memerintah dan BUKANNYA terletak pada kenangan peribadi zaman silam yang tidak mahu kita tinggalkan.

Wednesday, November 11, 2015

SENJATA API sama dengan VAPE.




SENJATA API tidak semestinya menggunakan bahan peledak yang terkandung dalam peluru. Ada juga senjata api yang menggunakan kuasa mampatan udara (air gun) yang turut dikelasifikasikan sebagai SENJATA API.

Sama juga dengan VAPE.. 

Sungguhpun menggunakan bateri dan cecair khas.. VAPE masih tetap diklasifikasikan sebagai ROKOK atau nama lainnya ROKOK ELEKTRONIK. Jadi bagi mereka yang menggunakan VAPE kita perlu katakan mereka sedang MEROKOK. Masyarakat perlu berusaha membuang tabiat merokok tidak kira apa jenis rokok yang mereka guna.

PSSTTT.. Perempuan merokok biasa kita jumpa di lorong Haji Taib..

Sunday, November 1, 2015

PLUS & 1MDB: RAKYAT VS KRONI





Kejayaan tindakan kerajaan mengambil alih PLUS melalui KWSP dan KHAZANAH untuk mengurangkan BEBANAN RAKYAT mendorong kerajaan untuk melakukan perkara yang sama melalui 1MDB. Bezanya kali ini ia melibatkan lebih ramai RAKYAT menerima manfaatnya iaitu dengan pengambilalihan PENYEDIA TENAGA BEBAS milik individu dan syarikat persendirian yang mempunyai kaitan dengan pentadbiran kerajaan sebelumnya (TUN DR MAHATHIR).
Pengambilalihan ini memaksa 1MDB meningkatkan jumlah pinjamannya dengan angka yang cukup besar. Rancangan menerbitkan IPO bagi membayar ansuran telah digagalkan oleh serangan mereka yang mempunyai kepentingan terhadap survival syarikat PENYEDIA TENAGA BEBAS terbabit dan kini 1MDB terpaksa melangsaikan hutangnya dengan mencairkan aset.
1MDB dan PLUS kisahnya adalah usaha seorang PEMIMPIN yang benar-benar bersungguh untuk membersihkan sistem yang diwarisi zaman berzaman dari sebarang KOMPLOT yang MERUGIKAN rakyat dan MENEKAN kerajaan.
Jelas apa segala cercaan dan fitnah yang terpaksa dihadapi PEMIMPIN hari ini adalah tindak balas mereka yang sengaja untuk menggagalkan rancangan baik kerajaan demi masa depan rakyat negara ini.
Kita semua perlu bersatu bersama-sama dengan kerajaan kerana apa yang kerajaan hari ini lakukan adalah demi kita semua. Mempercayai fitnah adalah satu kesilapan yang merugikan diri kita sendiri.
Ringkasan saya bagi penjelasan Arul Kanda semalam