Thursday, November 28, 2013

Ahmad Ammar dan penderitaan Muhammad


Sedara Ahmad Azam Ab Rahman tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kehilangan anak kesayangannya Ahmad Ammar yang diharapkan menjadi imam ketika jenazah ayahanda disembahyangkan. Begitulah peritnya dugaan yang tidak tertanggung. Malah Si Ibu lebih tabah mengobarkan semangat pendakwah muda dikaca TV sebentar tadi. Harus diingatkan bahawa dugaan itu adalah dugaan yang paling hebat bagi seorang manusia agung bernama Muhammad penghulu segala Nabi. Baginda tidak pernah dikurniakan anak lelaki yang diharapkan menyambung kerja dakwahnya melainkan semuanya berakhir dengan kematian pada usia yang sangat kecil.

Walau bagaimanapun viral yang melanda dunia media sosial setelah munculnya video mengisahkan pemergian Ahmad Ammar lebih menarik orang untuk meratap dan menjadikan segala apa yang telah dilalui oleh Ahmad Ammar sebagai ikutan termasuklah hasrat syahidnya di bumi Syria dan pengajian sejarah empayar Uthmaniyah yang menjadi pilihannya.

Sudahkah kita lupa tentang segala kisah dan penderitaan yang telah dilalui oleh Muhammad? Adakah kisah pendakwah bernama Muhammad tidak pernah mengusik hati kita?



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Bagi mereka yang terkesan dengan Ammar dan tercari-cari kisah hidup Ammar untuk dijadikan ikutan. Adalah lebih afdhal kita mengikuti cara hidup seperti yang telah ditunjukan oleh Muhammad... Pelajarilah dakwah cara Nabi, Hiduplah dengan cara hidup Nabi, Tangisilah penderitaan yang dilalui oleh seorang Nabi demi kasih dan cintanya kepada umat.

Bagi ku pemergian Ahmad Ammar dijadikan Allah sebagai pencetus kesedaran ummat tentang pentingnya mewujudkan generasi yang mencintai agamanya. Walau bagaimanapun jangan ada kisah yang lebih agung selain dari kisah Muhammad.



Wednesday, November 27, 2013

Pembaziran Kerajaan VS Bebanan RAKYAT

 
 
 
Kita seronok bercakap tentang segala perbelanjaan kerajaan yang dianggap sebagai pembaziran dari isu artis KPOP, bil elektrik Sri Perdana hinggalah kegunaan Jet rasmi kerajaan untuk ketua negara..Semuanya dijadikan modal menyuntik kemarahan rakyat yang kononnya kerajaan tidak sensitif dengan kesusahan mereka. Mungkin esok kita boleh minta pekerja syarikat agar membantah penggunaan kereta dan pemandu syarikat bagi kegunaan CEO kerana tidak sensitif dengan kesusahan pekerja bawahan..Tetapi bila kenaikan gaji MB dan Exconya naik melebihi ketua kerajaan Malaysia dan menterinya..adakah ia bersesuaian dengan keadaan rakyat Selangor yang ada merempat bawah jambatan?
 
 

Sunday, November 24, 2013

Ultra kiasu musuh Islam sebenar


SAYA sudah berkali-kali mengingatkan Pas, berhati-hati dengan parti ultra kiasu. Ultra kiasu musuh Islam. Tetapi Pas terus bersangka baik.

Alasannya, parti ultra kiasu sudah sudah lembut dengan Islam.

Buktinya, ultra kiasu sudah berani membawa bendera Pas dan berkempen untuk Pas dalam pilihan raya.

Saya yakin pimpinan Pas tahu, ultra kiasu amat licik dan berstrategi.

Ultra kiasu hanya mahukan undi Pas untuk memerintah beberapa negeri yang bilangan mereka agak ramai, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak, serta tidak mustahil Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini.

Ultra kiasu sedar, mereka tidak akan menang tanpa sokongan Pas. Untuk memenuhi cita-cita jahat itu. Maka, terpaksalah ultra kiasu bermuka-muka bekerjasama dengan Pas. Meskipun dasar perjuangan keduanya sangat berbeza. Satu mahukan Islam, satu lagi amat menentang Islam.

Kajian demi kajian telah membuktikan, bahawa ultra kiasu bukan sahaja anti Islam, tetapi anti apa jua pertubuhan atau perkara berkaitan Islam. Sebab itu, mereka menyokong LGBT walaupun Islam dan agama mereka sendiri mengharamkannya. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan Islam, maka matlamat menghalalkan cara.

Terus terang, sebenarnya ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap keislaman Pas. Pas yang terlalu perasan. Berdasarkan kajian, sebenarnya, ultra kiasu lebih mempercayai keislaman UMNO yang disangka lebih terbuka berbanding Islam Pas yang lebih ortodoks.

Hari ini ultra kiasu telah beralih kepada PKR kerana mereka tidak boleh jalan dengan cara UMNO. Itupun ultra kiasu cukup berhati-hati kerana mereka tahu, kebanyakan ahli PKR adalah juga bekas ahli UMNO.
Perangai UMNO masih ada dalam PKR. Cuma saya pelik, kenapa Pas boleh terpengaruh?

Menurut Nasruddin (2006), ultra kiasu terpaksa menerima UMNO atas dasar UMNO adalah ‘syaitan yang dikenali’ atau ‘the lesser of two evils’ berbanding Pas.  Melalui temubual dengan Setiausaha Kerja DAP pada ketika itu, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), ultra kiasu terpaksa bersama UMNO walaupun UMNO adalah sebuah parti yang korup dan rasuah.  Jika diberikan pilihan antara korupsi UMNO dengan Negara Islam Pas, maka ultra kiasu akan memilih korupsi daripada negara Islam. Apakah Pas tidak membaca kajian tesis ini?

Lihat cara ultra kiasu mengadaptasikan dirinya. Dahulu, mereka langsung tidak boleh bersemuka dengan Pas, kerana Pas mahu negara Islam. Ultra kiasu tahu, tanpa sokongan Pas mereka tidak boleh memerintah negeri-negeri tertentu. Lantaran, ultra kiasu mengubah strategi. Namun, tetap kekal dengan pendirian menentang Islam. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Saya tidak fikir Pas tidak tahu. Saban hari, kenyataan-kenyataan pimpinan mereka amat mengguriskan hati kita. Tetapi kerana terlalu benci dan berdendam dengan UMNO, Pas sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, meskipun mereka tahu niat busuk ultra kiasu.

Sedarlah wahai Pas, jika dahulu strategi ultra kiasu hanya mahukan ekonomi atau bisnes sahaja. Hari ini tidak lagi. Mereka mahu kedua-duanya sekali, bisnes dan kuasa. Dengan ada kuasa, ultra kiasu boleh buat apa sahaja, seperti mana kejayaan Yahudi. Mereka tahu dengan kuasa dan wang, umat Islam boleh dibeli. Akibatnya, umat Islam kampung tergadai, hidup merempat.

Bila UMNO mahu menghulurkan tangan, Pas bersangka buruk dengan mengatakan itu adalah perangkap. Kenapa dengan mereka yang jelas menentang Islam, itu bukan perangkap?

Kenapa kita begitu naïf? Pada saya, jikapun benar UMNO belot terhadap Pas atau Pas belot dengan UMNO, kuasa masih lagi di tangan umat Islam.
Busuk-busuk umat Islam, kita tetap bersaudara.

Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela duduk di bawah pemerintah UMNO yang ‘zalim’ (jika benar dakwaan Pas) daripada duduk di bawah kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan itulah ultra kiasu.

Pas mesti berhati-hati dengan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa. Saya hanya akan bersangka baik, jika ultra kiasu menerima Islam. Jika mereka terus anti Islam, maka selama-lamanya ultra kiasu adalah musuh saya.

Saya tidak peduli apa jua bentuk serangan dilakukan ke atas peribadi saya. Tindakan itu tidak akan mematikan semangat saya untuk mendedahkan kemerbahayaan mereka terhadap Islam.
Terbaharu, ultra kiasu sedaya upaya mahu mematikan karektor saya.

Banyak bahan rahsia universiti yang tidak boleh dibawa keluar, telah dibawa keluar dengan sengaja oleh profesor tali barut mereka di tempat saya bekerja dan diberikan kepada ultra kiasu di luar sana untuk disensasikan.

Beberapa laporan polis saya dibuat sebelum ini. Siasatan rapi masih belum dijalankan oleh pihak polis. Laporan polis akan menyusul lagi selepas ini. Saya mohon pihak polis serius. Dari segi undang-undang, saya tidak dapat bertindak lebih jauh selagi orang  yang membocorkan bahan rahsia ini tidak disiasat. Jangan anggap saya diam, saya terima sahaja apa yang dilakukan. Perjuangan tidak pernah selesai selagi yang menjadi musuh Islam terus mahu matikan karektor saya.

Monday, November 18, 2013

HUDUD.. Kalau tak boleh buat, JANGAN SEBUT-SEBUT LAGI



Kita semua tahu untuk laksanakan hudud perlu suara padu semua orang Islam dalam parlimen.. Tapi yang peliknya ada seorang yang mengaku dirinya paling kuat memegang ajaran Islam kat Malaysia ni mahu meludah mereka yang mengajak kepada Perpaduan Islam... Apa yang menjadi penghalang manusia ini dan manusia disekelilingnya untuk berfikiran waras? Strategi apa yang manusia ini caturkan untuk perlaksanaan Hudud dengan mangharapkan tahalufnya bersama orang kafir berbanding bersama saudara seagamanya?
Maka dengan itu cukup-cukuplah mempolitikkan Hukum Allah ini.

Kalau boleh buat...buat lah..

Kalau tak boleh ...jangan sebut2 lagi..

Kalau sebut maknanya ia sekadar mahu dijadikan sebagai modal politik semata.. tidak lebih dari itu...

Hormatlah hukum Allah.. jangan jadikan ia sekadar alat untuk mendapatkan kuasa dunia sementara.


PENJELASAN LANJUT SAYA TENTANG PELAKSANAAN HUDUD



 Apabila saya menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan pusat, beberapa rakan fb memberi pandangan balas. Ada yang tanpa memahami lebih lanjut menuduh saya menolak dan menentang hudud. Nauzubillah.

Saya tidak menolak dan menentang hudud. Saya katakan, hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan parlimen, yakni tanpa kerjasama dari kerajaan pusat. Itu yang saya tulis.

Betul, agama adalah bidang kuasa negeri, tetapi Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) menyatakan “apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut” adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Akta 355 adalah akta yang digubal di parlimen, maka negeri tidak boleh melebihi kuasa ini kerana sebarang percanggahan dengan undang-undang pusat, dengan sendirinya kuasa negeri terbatal setakat yang bercanggah itu (Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan).

Justeru negeri mempunyai kuasa yang terbatas, maka saya nyatakan cukuplah politikkan hukum hudud ini. Jika PAS betul-betul hendakkan hudud ini dilaksanakan, carilah penyelesaian undang-undang atau politik, bukannya dengan cara PAS dan UMNO saling bercakaran di media dan di pentas ceramah.

Saya pada awalnya tidak mahu menyentuh tentang hal ini, tetapi melihat kepada banyaknya kesan negatif kepada hukum hudud itu sendiri jika penjelasan tidak dibuat, akhirnya saya muncul memberikan pandangan. Ini kerana saya melihat ramai rakyat yang keliru dengan pelbagai pandangan dari pakar dan pemimpin politik yang saling bercanggah. Saya sedih dengan keadaan ini dan sebab itulah saya menyeru supaya kita berhentilah mempolitikkan hudud, sebaliknya carilah kaedah sesuai untuk membolehkan hudud ini dilaksanakan.

Lalu, apakah kaedahnya? Ada lima sahaja yang hendak saya katakan di sini. Pertama, cabar Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di mahkamah untuk mendapat satu keputusan autoritatif sama ada ia sah sebagai undang-undang atau sebaliknya.

Kedua, bagi negeri Kelantan khususnya, minta kerajaan pusat memberi kebenaran supaya Enakmen Hudud Jenayah II Kelantan 1993 dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 76(1)(c).

Ketiga, mana-mana ahli parlimen yang hendak melaksanakan hukum ini, bentanglah rang undang-undang persendirian meminta kelulusan parlimen untuk melaksanakan hukum ini di seluruh persekutuan atau mana-mana negeri yang dimaksudkan.

Keempat, bentangkan usul supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dimansuhkan atau dipinda.

Kelima, PAS dan UMNO yang ahli parlimennya adalah orang Islam (campur dengan ahli parlimen Islam dari Sarawak) perlu duduk semeja dan berunding untuk mencari penyelesaian terbaik kepada cara untuk merealisasikan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud ini. Tapi bolehkah PAS dan UMNO berunding dan bersatu?

Atas hujah di ataslah, saya katakan jika semua pihak tidak bersedia untuk melakukan salah satu dari lima yang saya sebutkan, maka cukuplah dipolitikkan hukum hudud ini. Menyatakan cukuplah politikkan hukum hudud ini bukanlah bermaksud saya menolak hudud.





Tuesday, November 12, 2013

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..


CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Simboliknya tweet YB DAP ini...Seperti baru mendapat perkenan dari kebawah duli.. Siapa tak bangga.. siapa tak hepi... Dapat tundukkan parti Islam tanpa perlu dihukum mati... 

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Bukan sehari dua hari tetapi sudah bergenerasi.. Kerana amanat Haji Hadi ramai ahli yang dah mati.. Yang bertempur di Memali dan yang ketaligantung seorang diri.. Sanggup isytihar perang dengan raja sendiri. Akhirnya yang mati dibiarkan mati.. kerana Haji Hadi terpikat dengan tawaran kafir zimni.

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Cairnya sebuah kumpulan ekstrimis agama, ketika Tok Guru dipenghujung nyawa..  Yang dulunya pantang agama diusik, mencegil matanya merah menyala. Kini dihadiahkan CLAPS! CLAPS! CLAPS! sambil sikufar berdiri, sebagai upah mencemarkan nama tuhan sendiri..

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

ALLAHUAKBAR! Hebatnya ribuan para mujahidin berkobar, seakan habis mahu dipenggal semuanya kepala sikufar. Kini ribuan mujahidin sekadar layak menjadi modal.. Penuhkan jalanraya untuk menyokong sidajjal.

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Di sini Universiti Islam di sana Perbankan Islam.. Tabung Haji bersama khursus dan subsidi.. Menaja anak-anak ke Mesir dan Jordan.. Menghulurkan bantuan dari Gaza ke Sarajevo...Semata-mata ingin memuaskan hati mujahidin yang berang. Tidak sanggup melihat sesama Islam berperang. Mengharapkan umat kembali merapatkan jurang.  

 CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Siapa menduga..Siapa menyangka.. Hudud yang hilang di buku jingga masih laku dan sangat berkuasa.. Sebut saja Hudud habis semua kerja baik UMNO untuk Islam hilang nilainya.. Kerana mahukan kuasa sanggup membutakan mata dan menafikan jasa. Dunia oh Dunia.. Kau boleh terbalik pada bila-bila masa...

CLAPS! CLAPS! CLAPS!..

Makin kuat tepukan si kufar Ambiga.. Makin terhibur agaknya mereka...  Katanya apa perlu saya risau menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh negara.. Kerana PAS bersama saya... 









Sunday, November 10, 2013

Rakyat Malaysia MALU dapat Presiden BILL CLINTON



Untuk sekadar menjadi penyokong parti, anda tidak perlu ada jawatan dalam parti.. Anda bebas dari sebarang perjanjian dan ikatan. Anda bebas berfikir dan bercakap mengikut kemahuan anda tanpa perlu merujuk kepada pimpinan parti terlebih dahulu. Anda juga bebas memilih untuk menyokong parti yang lain jika mahu.. Paling tidak hanya sekadar berkecuali jika tiada siapa yang anda berkenan..
Namun LUAR BIASAnya anda kerana tidak kisah dan boleh pula berkenan untuk berpemimpinkan seorang yang penuh dengan masalah skandal seks. Padahal rakyat Amerika yang rata-rata bukan beragama Islam pun sanggup jatuhkan Bill Clinton.
Mereka MALU dapat Presiden yang ada skandal seks walaupun TIADA BUKTI, TIADA RAKAMAN VIDEO.. apatah lagi KEHADIRAN 4 SAKSI....

Setelah 16 tahun baru datang bukti rakaman.. Setelah Presiden itu hanya layak memohon kerja di MALAYSIA.. Itupun sekiranya ketua pembangkangnya bersara..

Rakyat Malaysia MALU dapat Presiden BILL CLINTON?

Salah tu.. Yang malu tu rakyat Amerika yang penuh dengan masalah sosial dan keruntuhan ahklak..

Kita orang Malaysia masyarakat madani dan bertamadun sanggup terima Presiden BILL CLINTON...
 
 

Saturday, November 9, 2013

SEBAB BANGLA LAGI BAGUS DARIPADA CINA



Mengapa cina terlalu takut dengan BANGLA?

Jika dahulu cina diberikan IC dan kemudiannya digunakan untuk menghakis kuasa orang Melayu.. Kini mereka pula yang bimbang kerana sekiranya warga BANGLA diberikan IC, ia akan mencairkan kuasa politik kaum cina.
  
Bagaimana mereka terlalu yakin jika Bangla diberikan IC maka mereka akan mengundi parti kerajaan? Aku janji? Tak cukup rasanya..

Yang lebih tepat ialah kerana BANGLA beragama Islam dan mereka sangat mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat melayu. Walaupun BANGLA hanya sekadar pekerja asing yang terpaksa pulang ke negara asal apabila permit tamat tempoh, tetapi mereka mampu menguasai bahasa melayu dengan baik dalam jangka masa yang sangat singkat. Sebagai penganut Islam sunni, mereka berpeluang dan tidak ada masalah bercampur gaul dengan masyarakat melayu di masjid atas semangat persaudaraan sesama Islam.

Berbeza dengan orang cina, walaupun mereka telah berpuluh tahun tinggal di negara ini,  malah diberikan hak sebagai warganegara, mereka seolah-olah mahu mewujudkan satu lagi Negara cina di bumi asing.

Mereka mengasingkan diri mereka dari masyarakat melayu dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina. Remaja cina kini semakin ramai yang tidak mampu berbahasa melayu dengan baik dan mereka menjadi terlalu asing apabila terpaksa berbahasa inggeris walaupun hanya mahu berhubung dengan masyarakat tempatan.
 
Definasi Melayu dalam perlembagaan memberikan laluan mudah untuk BANGLA diserap sebagai sebahagian daripada orang melayu. Ini terbukti dengan kedudukan tinggi yang pernah diberikan oleh UMNO kepada Tun Dr Mahathir yang berketurunan pendatang. Kini ia diteruskan dengan beberapa pemimpin kanan UMNO yang mempunyai latarbelakang yang sama.

Keadaan ini menyebabkan cina menjadikan BANGLA sebagai satu ancaman kepada kuasa politik perkauman mereka. Perbandingan antara cina dan BANGLA adalah sangat tepat dalam membongkar sikap negatif kaum cina di Negara ini. Cina sepatutnya mencontohi BANGLA yang berasimilasi dengan masyarakat tempatan agar kehadiran mereka boleh diterima dengan selesa. Setelah berpuluh tahun cina berada di Malaysia nampaknya mereka masih lagi angkuh dan jijik untuk bercampur gaul dengan masyarakat tempatan. Semangat perkauman mereka yang ekstreme menyebabkan  mereka kini ketinggalan berbanding BANGLA.
 
DAP tidak mahu orang cina menyedari bahawa nenek moyang mereka pernah setaraf dengan pendatang BANGLA. Ini adalah satu kehinaan setelah sekian lama mereka membina keyakinan bahawa merekalah bangsa yang terbaik dan paling layak untuk memerintah negara.
 
Sebagai pendatang yang lupa daratan, tidak mengenang budi, anti-melayu dan anti-Islam, apa perlu cina tinggal bersama-sama berkongsi negara dengan kita lagi? SEBAB BANGLA LAGI BAGUS DARIPADA CINA 
 
 
 
 
 

Kontroversi filem BANGLASIA



Kurang dua bulan dari sekarang filem arahan pengarah kontroversi Namewee akan dilancarkan. Pendapat saya hampir pasti filem yang bertemakan propaganda politik perkauman ini akan menerima nasib yang sama seperti filem The New Village. Walaupun belum diketahui kisah yang akan ditonjolkan namun tajuknya sendiri menjadi pembayang filem ini bakal tersangkut melainkan ianya diubah. Jelas jika filem ini lulus untuk ditayangkan sudah pasti ia akan menjejaskan hubungan akrab antara dua negara, Malaysia dan Bangladesh. Tidak dinafikan juga filem ini bakal mencabar sikap keterbukaan kerajaan.
 
Namewee melalui komennya telahpun diperingatkan berkenaan tajuk BANGLASIA yang agak keras. Namun beliau cuba mencari jalan agar tajuk itu dikekalkan dengan mengatakan bahawa perkataan BANGLA adalah satu kebiasaan di Bangladesh dan bukanlah istilah yang sensitif bagi masyarakat di sana. Namewee barangkali terlupa bahawa bukan perkataan BANGLA yang menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah perkataan BANGLASIA.
 
 
 
Apa masalahnya dengan BANGLASIA?

BANGLASIA adalah perkataan yang menjadi propaganda pembangkang ketika PRU 13 dalam usaha mereka memperdayakan pengundi kononnya rakyat MALAYSIA telah dicabuli haknya dengan taktik membawa masuk 40 ribu BANGLA bagi mengekalkan parti kerajaan memerintah.
 
BANGLASIA adalah terma yang memberi bayangan kononnya negara ini telah dikuasai oleh BANGLA apabila hak mengundi diberikan kepada BANGLA.
 
BANGLASIA adalah satu pembohongan besar yang sengaja menimbulkan rasa bimbang dikalangan rakyat akan ketelusan SPRM dalam mengendalikan PRU. Akibat dari BANGLASIA beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku ketika hari pengundian apabila pengundi yang mempunyai wajah seiras BANGLA menjadi mangsa kekecohan.
 
BANGLASIA akan ditayangkan kepada rakyat MALAYSIA dan bukan rakyat di negara BANGLADESH. Apa perlu Namewee ke DHAKA untuk menghalalkan BANGLASIA padahal di MALAYSIA umum telah kenal kaitan terma BANGLASIA dengan pembohongan politik parti pembangkang yang boleh menjejaskan hubungan baik negara dengan BANGLADESH.
 
Jika mahu menghargai jasa pekerja warga asing mengapa BANGLA sahaja yang menjadi sasaran? Mengapa tidak kepada Nepal, Vietnam dan India? Ya kerana BANGLA sangat fasih berbahasa melayu berbanding sebilangan orang cina di Malaysia. Dan yang lebih penting mereka beragama Islam. SEBAB BANGLA LAGI BAGUS DARIPADA CINA
 
 

PAS BUKAN PARTI ISLAM ?


 
 
 
 
PAS BUKAN PARTI ISLAM ?

 INGIN TAHU BACALAH DIBAWAH...JGN TERTIPU TERPEDAYA MEREKA-MEREKA YG SESAT LAGI TAKSUB !...

1. PAS telah memilih saluran politik jahiliah dan sisiten demokrasi berpilihanraya. Sedangka Nabi SAW tidak pernah adakan pilihanraya Madinah dan tidak bertaruh atau mendepositkan wang dalam pilihanraya.. Sedangkan sepertimana kalau faham ilmu fiqah perbuatan pertaruhan dalam sesuatu prlawanan atau pertandinga adalah unsur-unsur perjudian.Takrif perjudian ada tiga sifat :

1. Ada perlawanan...
2. Ada pertaruhan
3. Ada kalah dan menang.

Jadi dalam pilihanraya terdapat unsur-unsur perjudian sepertimana tersebut diatas. Bagaimana PAS memfatwa kaedah politik demikian wajib dan mengundi PAS wajib masuk syurga sementara undi BN masuk neraka. Kaedah mana yg mereka ngunakan ? Sedangkan mengundi PAS atau UMNO atau BN sama saja.mereka masing-masing sebagai PARTI POLITIK yang sama-sama menerima sistem demokrasi dan sistem pilihanraya yang dianjurkan oelh penjajah British.

2. Cara berkempen utuk menarik masyarakat kepada Islam, melalui mencaci maki sesama islam,menuduh org lain kafir,kutuk megutuk sesama islam.. Sedangkan Nabi SAW tidak pernah melakukann perkara tersebut....apatah lagi mengutuk org, hatta kepada kafir atau org munafiq. Apa yg sering dilakukan Nabi SAW terhadap penentang Islam ialah berdoa agar ALLAH memberi hidayah kepada mereka. Bahkan terdapat keterangan dalam al-quran dan al-hadis bahawa islam melarang mengutuk sesama Islam.

3. Sikap PAS lebih kepada ASABIYAH QAUMIYYAH , kerana sanggup mempertahakan danmembela anggotanya bersalah dan melanggar syariah. Contohnya bila pihak mereka dedahkan aib sesama Islam mereka sokong. Tapi bila pihak BN cerita tentang penyelewengan yang pernah dibuat oleh seseorang individu tertentu dalam PAS mereka menganggapnya fitnah dan umpatan. Orang lain tidak boleh mengumpat dan memfitnah tetapi mereka boleh umpat, caci maki org lain,boleh mencarut dan lain-lain. Dalam hal ini jelaslah bahawa PAS terang-terang menganut falsafah MACHIEVALLI, iaitu matlamat menghalalkan cara" . Kerana hendak menang dalam piliharaya mereka menghalalkan mencaci maki dan memfitnah sesama islam.

4. Dan banyak lagi tingkah laku dan sikap para pejuang dalam PAS yang melanggar ajaran Islam yang jelas kita lihat sama ada dalam ceramah atau hidup seharian mereka. Mereka dilihat tidak ghairah utuk amal ajaran islam. Contohnya org-org PAS termasuk pemimpin mereka masih kekal menghisab rokok, tidak berminat sembahyang berjemaah,masih suka mengumpat dan mencaci sesama islam ada yang terlibat dengan sistem riba dan banyak lagi.

Oleh itu bukan senang nak mendakwa sesebuah parti itu sebagai PARTI ISLAM. Dakwa boleh tetapi hakikatnya kena juga ambil kira jangan hanya kita sahaja mengatakan kita betul tetapi disisi ALLAH dan Rasulnya kita dianggap salah dan akhirat nanti golongan tergolong dalam kelompok parti syaitan yang dicampak dalam api neraka.

MAKA JANGAN DAKWA ANDA PARTI PAS ADALAH ISLAM !!!!!

Thursday, November 7, 2013

SOKONG KARPAL SINGH HARAMKAN PARTI AGAMA



Kerajaan harus tegas kali ini dan tidak perlu lagi mengharapkan perpaduan bersama PAS. Islam adalah hak sejagat dan tidak layak dijadikan label kepada mana2 parti politik untuk mendapatkan sokongan. Bertindaklah atas dasar tanggungjawab menjaga kesucian Islam. Kerajaan tidak perlu ragu kerana hal ini dicadangkan sendiri oleh orang yang paling berpengaruh dalam parti pembangkang. PAS selepas ini bebas untuk menggunakan apa saja nama asalkan tidak menggunakan label Islam. Cukup-cukuplah kerosakan yang PAS telah bawa kepada kesatuan dan maruah umat Islam di Negara ini dengan imej palsu mereka. Haramkan PAS itu lebih utama dari mengharamkan DAP. Kerana jika bukan kerana PAS, DAP tidak se-gah hari ini mencabar Islam setiap hari.


ZAM SOKONG KARPAL SINGH HARAMKAN PARTI AGAMA
Oleh Zainudin Maidin
 
DI MALAYSIA DAP TELAH MENGISLAMKAN PAS

Saya menyokong penuh supaya parti politik berasaskan agama termasuk PAS diharamkan di negara ini tetapi Malaysia belum layak mempunyai parti politik yang tidak berasaskan kaum.
 
Adalah merupakakan suatu kesilapan besar kerajaan Perikatan dengan rastu UMNO menghalalkan golongan serpihan fanatik agama menubuhkan PAS berpuluh tahun lalu dengan tujuan untuk menakutkan bukan Islam dengan dogmatisme agama parti itu supaya terus menyokong Perikatan. Tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka ,ternyata parti ini dengan pendekatan agama yang mendakwa Allah berada dipihak mereka, menolak Melayu UMNO sebagai seagama dengan mereka malah dikafirkan sebaliknya merelakan Imej mereka di Islamkan oleh DAP untuk menutup wajah sebenar PAS kepada bukan Islam.
 
Kepada bukan Islam di negara ini dan juga kepada UMNO, DAP telah berjaya mengIslamkan PAS memodenkan kejumudannya, mencairkan dogmatismenya dan memperbaiki imejnya selari dengan moderation of Islam yang diamalkan oleh Perikatan dan BN. Dalam peroses pengIslaman dirinya PAS menjadi seperti rusa masuk kampong telah memijak imej bangsa dan agamanya sendiri sekalipun dalam keadaan agama dan bangsanya menghadapi cabaran paling getir dan demi untuk kuasa telah sanggup menerima kepimpinan dari orang yang terbukti melakukan zina dan tidak bermoral. Dengan itu liberalisme Pas lebih berkredebiliti dan lebih hebat dari mana mana parti di negara negara demokraktik di Barat malah lebih dahsyat dari Amerika Syarikat sendiri menyingkirkan pemimpinan parti yang moralnya menjadi persoalan. Di Singapura pilihanraya kecil terpaksa diadakan setelah terbukti anggota parlimennya terlibat dengan skandal.
 
Bukti demi bukti menunjukan kewujudan Parti Islam di negara tidak sahaja memecahbelahkan perpaduan Melayu dan Islam malah mencemarkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kenyataan Karpal Singh itu adalah menunjukan bahwa sekalipun DAP berkawan dengan Pas tetapi dia tidak pernah yakin dengan Pas baik dari segi moral dan prinsip. Dia memandang rendah pada PAS kerana terbukti kepadanya PAS sanggup mengorbankan nilai nilai agamanya dan boleh dibeli dengan kuasa. Karpal Singh melihat kebenaran dalam kepercayaan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dalam bukunya One Man's View Of The World bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa pun pimpinan Melayu juga yang akan bekuasa, tetapi pimpinan Melayu fanatik Islam akan membawa malapetaka kepada Malaysia dan Singapura. Inilah yang ditakuti oleh LKY dan Singapore hingga sekarang. Oleh kerana itu jugalah perisikan Singapura sangat mengutamakan perhatian kepada perkembangan Islam di Malaysia yang boleh mengancam keselamatannya.
 
Sebagai veteran politik yang berpengalaman, Karpal Singh menyedari hakikat dan bahaya ini. Sekiranya UMNO jujur kepada masa depan negara ini, lupakanlah soal perpaduan dengan Pas dan terima anjuran Karpal Singh supaya parti agama di haramkan di negara ini. Sesiapa juga yang menjadikan agama sebagai parti politik akan mendakwa Allah atau tuhan berada di pihak mereka.
 
Tidak ada parti PAS dalam Al Quran.
 
zainudin maidin