Thursday, March 21, 2013

Bersiap.. atau nantikan KEJUTAN



Mereka yang menghadapi sesuatu perkara tanpa melakukan persediaan yang cukup biasanya akan mengalami banyak kejutan. Kejutan itu dapat dikurangkan jika adanya persiapan yang cukup dan tindakan yang teratur mengikut perancangan. Kejutan ada yang berpunca dari kesilapan dan ada juga disebabkan oleh perkara yang diluar dugaan. Sebab itu sebelum sesuatu itu dilakukan, persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan perlu bagi mengelakkan kejutan.

Kejutan mungkin berlaku dalam sekelip mata. Namun ia sebenarnya mengambarkan kelemahan pada masa persiapan yang cukup panjang.

Setiap kejutan mempunyai kesan tersendiri. Lebih besar kejutan yang kita alami maka lebih hebatlah ketakutan kita terhadap kejutan itu. Ketakutan itu menyebabkan kita sentiasa beringat dan berwaspada. Berusaha memperbaiki kelemahan dan sentiasa sibuk melakukan persediaan. Tetapi ada juga yang gagal mengambil iktibar daripada setiap kejutan malah tidak kisah ia berlaku berulang-ulang kali.

Kejutan yang amat malang ialah apabila ia berlaku tanpa meninggalkan sedikitpun ruang untuk memperbaiki kesilapan. Apabila diberikan hanya satu peluang dan peluang yang satu itulah disia-siakan. Maka dihadapannya hanya diselubungi dengan kegelapan penyesalan.

Mustahil untuk kembali ke dunia seperti mustahilnya seekor unta melepasi lubang jarum

Kehidupan kita di dunia ini hanya sekali. Sekiranya peluang yang sekali ini disia-siakan maka tiada lagi peluang lain untuk memperbaiki kesilapan. Maka dengan itu, WASPADALAH! TAKUTLAH! BERINGATLAH! CUKUPKANLAH PERSIAPAN! kerana terbelalaknya mata dek kejutan sakaratul maut adalah sebesar-besar kejutan yang menyebabkan kita terus kekal dalam penyesalan.


Wednesday, March 20, 2013

KUATKAN SEMANGAT UNTUK BACA ARTIKEL INI



Dua orang anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013. Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah. beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya.
Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi."
Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali." Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran. Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap.
Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan. Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri. Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu.



Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”." Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar. Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka. Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan. Ahmad, dari kedudukannya, melihat keseluruhan perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kosong berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.pd ketika itu, Hasnal bangun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada.
Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri.



Ibrahim meninggal dunia di laluan itu. Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah. Malam semakin sepi. 24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai. dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera. "saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."




Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”. Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas. Operasi PenyelamatanBunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan. Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu. Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien. Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.
Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laporan ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya. " Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”."Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...




=WRA=Kredit to FB The Black Daggers


Tuesday, March 19, 2013

GTP ETP? Untung generasi Najib!

Jangan tak percaya budak baru grad pun ada pakai kereta ni..



Baru semalam diumumkan pendapatan perkapita rakyat negara ini kini adalah RM 2,500! Sangat menabjubkan! 

Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!

Generasi yang baru berusia beberapa tahun..

Generasi yang sebelum memasuki pasaran kerja sangat bimbang dan ragu tentang nasib mereka.

Jika dulu kita hanya mampu membandingkan betapa besarnya beza pendapatan pada zaman orang tua kita berbanding dengan pendapatan kita sekarang, kini kita boleh lihat jurang yang sangat ketara walau hanya membandingkan pendapatan kita dengan adik-adik kita yang baru memasuki pasaran kerja.

PERSETAN! PERSETAN! PERSETAN! 
Dengan hasutan dan fitnah pembangkang yang membutakan mata rakyat! Memburukkan kerajaan siang dan malam! Mereka cipta keadaan kononnya rakyat makin susah dan merempat! Meniupkan rasa dendam dan iri hati rakyat kepada usahawan berjaya kononnya kerana merekalah yang lain tidak dapat hidup mewah! HEI RAKYAT TAK KENYANG DENGAN HASUTAN DAN FITNAHMU!  

Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!

Dulu zaman abang dan kakak kamu cari kerja, yang SPM dapat RM 400... Yang Ijazah dapat RM 1700...
sekarang entah beza umurmu dengan kami hanya 4 ke 5 tahun SPM secara kasar tak termasuk Over Time lebih dari RM 1000! Kalau masuk Over time senang-senang cecah RM 1500... Ijazah lebih RM 2500! Yang baru bekerja entah beberapa bulan dah mampu pakai kereta jenama asing.. Menjelajah jauh kenegara bersalji.. Memborong barangan jenama Itali.. 

Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!

Najib dah berjaya bongkar penginayaan majikan-majikan yang kebanyakkannya bangsa cina dan bangsa asing yang menyekat rezki anak Malaysia semata-mata ingin memaksimumkan keuntungan. Mereka menipu kita dengan kadar gaji yang berpuluh tahun tak naik-naik. Najib paksa mereka dengan limpahan persaingan dari gerembolan pelabur baru yang mewah lagi kompatetif. Lalu runtuhlah ego mereka.. Mereka sangka mereka boleh senang-senang tambat budak-budak kita dengan gaji ciput mereka.. Kini tidak lagi.. Tiba-tiba saja mudah bagi pekerja untuk mencari majikan lain jika gaji yang diberi tidak setara. Majikan mula kalut dan pening kepala.. Mereka menyembah dan melutut mengigil-gigil mengeluarkan duit dari poket mereka. 

Ini lah hak kami rakyat Malaysia. Syukur kepada Allah meletakkan seorang pemimpin yang benar-benar menjadi juara kepada semua rakyat Malaysia. 

Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!Untung generasi Najib!


Monday, March 18, 2013

Apa SALAH Anwar?




Apa SALAH Anwar?

Apapun tanggapan kita terhadapnya tiada siapa yang mampu menafikan bahawa beliau antara salah seorang pemimpin yang terbilang pengaruhnya dalam sejarah Malaysia moden. Gelombang kuasa kepimpinannya sentiasa dirasai  baik ketika bersama kerajaan mahupun berjuangan diluar sebagai pembangkang. Setiap denai laluan hidupnya memberi kesan yang besar kepada setiap kita walaupun seringkali terasa lemas, sesak malah tak kurang juga yang jemu  mendengar namanya. Adakala kita cuba menyepikannya namun ternyata cabaran dan dugaannya mampu menyentak sesiapa sahaja.

Apa SALAH Anwar?

Salahkah beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua negara? Beliau berusaha gigih mengatur strategi. Anwar buktikan kepada bosnya bahawa beliau sentiasa yang terbaik dari calon-calon yang ada. Seorang yang tidak pernah mengecewakan PM malah selalu sahaja melakukan sesuatu perkara lebih dari apa yang diharapkan. Anwar sentiasa yakin Mahathir sangat berpuashati dan percaya dengan kemampuannya. 

Apa SALAH Anwar?

Anwar yakin apabila tiba masa dan ketikanya, segala susah payah, pengorbanan dan penantian pasti akan terbayar jua. Salahkah Anwar hanya sekadar menunjukkan jalan keluar untuk bosnya. Berapa lamakah PM perlu jadi seorang PM. Tak pernah dalam sejarah negara PM orang yang sama buat sekian lama. Ia memaksa Anwar melancarkan strategi agar Mahathir mulai tertekan dan mencari waktu yang sesuai  untuk memberi laluan kepadanya. Tak kiralah rahsia mana yang perlu didedah, musuh mana yang sedia menjajah. Anak tangga terakhir tidak mampu lagi ditenung panjang.

Apa SALAH Anwar?

Setiap orang pun ada masalah peribadi yang cukup sulit untuk dikongsi. Rambut palsu, Bently Nalla dan Tivolli Villa lepas berkhutbah di Masjid Negara.. Dia tidak pernah rela sesiapa pun tahu akan kisah sulitnya. Apatah lagi dijadikan ikutan ramai. Bohonglah siapa yang mengaku dirinya bersih. Apa salahnya menikmati kuasa selagi ada. Bukan ada sesiapa pun yang dipaksa. Kalau dah suka tak siapapun mampu menghalangnya. Apapun masalahnya diluar tugas apa perlunya sehingga meragut impiannya.

Apa SALAH Anwar?

Jika dipecat secara paksa. Yang memusnahkan impiannya pula hanya sekadar surat Ummi yang sangat berpuaka. Perempuan "sial" itu sangat jaki dengan kakak iparnya. Sangat cemburu dengan kekayaan abangnya. Mengapa Anwar pula yang perlu berputih mata. Perempuan "sial" yang disangka lemah rupanya lebih keras daripada batu. Habis segala kuasa, pengaruh dan kekayaan yang ada tidak sedikit pun menggerunkan perempuan itu. 

Apa SALAH Anwar?

Jika Anwar gagal untuk membendung rasa kecewa. Dia juga manusia biasa. Segala pengorbanan dan kegigihan usahanya dibalas dengan masa-masa suram di dalam kamar penjara. Maruah keluarganya dijaja seantero dunia oleh bos yang selama ini segala kudrat diperhambakan kepadanya.

Apa SALAH Anwar?

Sekadar menurutkan rasa kecewa yang tidak terhingga. Walaupun nampak gagah bersuara, selagi nyawa dikandung badan tidak mampu untuknya memendam rasa. Jiwa telah sebati dengan ideologi perjuangan yang nyalanya jika padam hanya kerana beliau sudah tiada. "Lawan tetap lawan". Walau terpaksa berkorban nyawa mahupun negara yang tercinta.. Itu semua tidak mampu menanding rasa manis melihat orang yang MERAMPAS kerusi "impiannya" sentiasa dirundung malang, kalut dan bimbang.

RASA MANIS yang membuat beliau terus gagah berpencak sehingga keakhirnya. Rasa manis yang itu jualah sentiasa didambakan ketua Malaikat yang paling mulia... Dilucutkan segala kemuliaannya hanya kerana merasa diri dikhianati dengan penciptaan mahkluk yang lebih mulia dari tanah yang hina. Dari kedudukan paling tinggi darjatnya dia disingkir keluar dari syurga. Merintih hidupnya yang tiada jalan pulang, malah diancam siksa neraka selama-lamanya. Namun dia hanya ada satu kenikmatan yang tidak terhingga. Manisnya jika mahkluk tanah celaka dapat sama-sama berkongsi neraka dengannya. Paling tidak ia dapat mengurangkan rasa duka kecewa.

Apa SALAH Anwar?

Dendam Itu Manis.. Kerana harganya pahit selama-lamanya....

Usah dipersalahkan Anwar.. Simpatilah dengan nasib malangnya di alam yang kekal abadi lagi pasti. Cabaran tetap ada samada masih ada Anwar atau pun sebaliknya. Tanggungjawab kita semualah anak Malaysia untuk terus gagah menghadapinya. Kerana harga sebuah kejayaan itu hanya hadir setelah segala pengorbanan, darah dan air mata dicurahkan..






Wednesday, March 13, 2013

SSYHHH! Biar UNDI kami BERSUARA




SSYHHHH! CUKUPLAH!

Cukuplah suara-suara sumbang yang seringkali membingitkan. Hentikanlah cerita-cerita yang tidak tertanggung oleh imaginasi kami.Telanlah semua hasutan-hasutan kamu yang menghina intelektual kami. Kamu menerjah dalam kehidupan kami yang aman damai dan kamu tinggalkan kami dalam keadaan kekusutan dan saling bermusuhan. Kamu paksa kami mendengar segala keluhan rekaanmu. Kamu lupa kami pun ada mata dan akal untuk melihat dan menilai lakonanmu. Kamu terlompat-lompat dan terjerit-jerit memanggil kami agar kami mengikutmu. Kami kehairanan apa yang sebenarnya membuat kamu jadi begitu.

Tak perlu kamu tunjukkan kami apa yang benar apa yang palsu kerana bahu kami sendiri yang memikul kepayahan hidup yang dulu dan mata kami sendiri yang melihat kesenangan dan kemewahan hidup hari ini. Tak perlu kamu merekacipta pendustaan untuk membutakan kami. Kami telah puas hidup susah dan kami tahu siapa yang menghulurkan tangan hingga hidup kami berubah. Pergilah jauh tinggalkan kami dengan curahan air liur dan beliakkan mata mu menabur fitnah dan janji palsu. Kami bukanlah sama seperti mereka yang mengusungmu ke timur dan barat mempercayai teori kotor mu.

Kami terus berdiam diri melihat kerenah mu. Kami tidak perlu hadir dan berdiri dipentas-pentas politik untuk menggerunkan mu. Kami juga tidak perlu berarak dijalanan semata-mata untuk menyakiti hatimu. Kami lebih selesa memendam rasa menantikan waktu akan tibanya giliran untuk kami bersuara. Pada waktu itu suara mu dan pengikut mu akan kami benamkan dalam kumpulan minoriti kerana KAMI ADALAH SILENT MAJORITI. Undi kami hanya mahu kamu terdiam setelah sekian lama telinga kami bingit dengan kerenah mu.

UNDI... TAK PERLU KATA APA-APA...UNDI... BARU TAHU KITA SIAPA..


Tuesday, March 12, 2013

PATRIOTISME Tewaskan Pembangkang?



Rakyat negara ini terlalu teruja dalam meletakkan tembok pemisah diantara kumpulan yang didokongi mereka dengan kumpulan rakyat lain yang berbeza fahaman dan  ideologinya. Mereka terlupa bahawa tidak ada apa yang membezakan mereka semua dalam konteks kenegaraan kerana kita semua duduk dan menjalani kehidupan berkongsikan negara yang sama. Keselamatan negara ini jika digugat bukan sahaja memberi implikasi kepada satu pihak malah sesiapa sahaja yang berada didalamnya. Perkara ini mengheret kita semua kembali memikirkan apakah matlamat sebenar semua parti-parti politik ini jika bukan untuk menjaga negara agar terus kekal aman dan makmur sesuai untuk didiami kita semua. Peristiwa ini sebagai satu ujian kepada semua parti-parti politik samada mereka sanggup berdiri teguh menyokong kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara atau masih lagi ditambat dengan pengamalan politik ekstrem yang melekehkan dan memburukkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan  tanpa batasan.








Gelombang PATRIOTISME meratakan banjaran politik yang sekian lama membahagi dua kesatuan rakyat negara ini. Lebih memberi tamparan apabila ramai anggota keselamatan kita terpaksa berkorban nyawa atas alasan memastikan negara ini terus selamat untuk didiami kita semua.


Page pembangkang pada mulanya meletakkan kata-kata sanjungan kepada pasukan keselamatan negara, namun setelah beberapa ketika,  mereka seperti baru mendapat arahan dari pembiayanya, mereka mula mencari-cari silap pasukan keselamatan. Mereka menyedari kebersamaan dengan kerajaan dalam usaha menjaga kedaulatan negara adalah satu yang sia-sia dan tidak penguntungkan momentum pakatan rakyat. Bagi mereka rakyat tidak sepatutnya bersama-sama kerajaan dan seharusnya mereka terus kekal mempertikaikan segala apa yang kerajaan lakukan. Namun, rakyat terlebih dahulu telah disentakkan semangat patriotik yang meluwap-luwap seperti tidak ada apa yang mampu memadam nyalaannya.






PATRIOTISME memerlukan semua rakyat untuk berdiri teguh dibelakang ketua negara dan pasukan keselamatan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara. Arus darah pembangkang yang selama ini pantang untuk selari dengan pemerintah menyebabkan mereka seperti terbenam dek kuasa PATRIOTISME. Pembangkang tidak boleh sekali-kali melekeh dan memburuk-burukkan kerajaan dalam isu ini kerana jiwa rakyat yang telah PATRIOTIK akan terguris dan ini tidak baik bagi meraih sokongan disaat-saat PRU semakin hampir.


Kini sedarlah kita PATRIOTISME adalah seperti kertas ujian PH yang menguji keasidan dan keakalian sesuatu bahan. PATRIOTISME sebagai peledak yang membongkar pekong pembangkang yang selama ini bertindak sebagai agen asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada demi kuasa dan bukannya negarawan tulen dalam membela nasib rakyat dinegara ini. PATRIOTISME atau semangat cintakan negara mendapat tempat yang mulia di sisi Islam, menjanjikan laluan mudah ke kampung Syurga bagi mereka yang tewas kerananya. Jelas PATRIOTISME bukan calang-calang kuasa untuk ditundukkan oleh si pengkhianat dan penyangak bangsa kerana Allah bersama kita dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita mencapai kemenangan bagi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta..