Monday, September 10, 2012

Sambutan Kemerdekaan Terakhir Malaysia?



Sekiranya sewaktu ketika dahulu Penjajah British merasakan tamparan hebat dengan gerakkan penentangan yang padu dari seluruh pelusuk Tanah Melayu terhadap Malayan Union, kini dikala tanda-tanda usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia negara Republik semakin jelas, rakyat negara ini masih lagi leka dan santai seperti terlalu yakin tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku terhadap negara bangsa dan agama mereka.

Melayu bersatu menentang Malayan Union. Bagaimana pula dengan Republic Of  Malaysia?


Jika mendengar perkataan republik maka kita akan melihat negara seperti Singapura, Indonesia dan China tanpa mendasari apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Bagi Singapura dan Indonesia jelas mereka masih mengamalkan sistem demokrasi seperti kita. Namun tidakkah kita sedar Malaysia sangat berbeza dan unik dimana demokrasi diamalkan berdasarkan Perlembagaan yang mana ia tidak akan mengubah ciri-ciri pembentukan Malaysia selama-lamanya. Perlembagaanlah yang menjamin pelbagai perkara termasuk kewujudan kuasa raja-raja, Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa kaum bumiputra. Tiadanya pelembagaan maka negara ini akan hilang identiti asalnya dan berubah bentuk mengikut citarasa majoriti. Kewujudan negara Republik bermakna penghapusan segala apa yang telah ditetapkan dibawahnya.


Intitusi Raja Melayu hanya tinggal keturunan kerabat yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Istana yang menjadi simbol kewujudannya hampir saja dimusnahkan oleh pemerintah cina untuk menghilangkan terus dari ingatan seluruh rakyat Singapura.



Raja-raja bukan lagi pemilik kuasa eksekutif malah institusi itu hanya akan tinggal sejarah seperti Istana Kampung Gelam Singapura yang hampir-hampir dirobohkan pemerintah berbangsa Cina. Sejarah yang panjang beratus tahun raja-raja Melayu buat  pertamakalinya akan terhenti. Institusi ini yang dahulunya penjajah sekuat manapun tidak akan berani menghapuskannya kerana sedar betapa besarnya kesetiaan orang Melayu kepada raja-raja mereka.

Status Agama Rasmi akan dihapuskan dan semua agama akan mendapat perhatian yang sama rata. Tiada lagi tumpuan khusus kerajaan boleh diberikan terhadap pembangunan agama Islam dan orang Islam seperti yang telah mereka nikmati selama ini. Penyebaran agama lain terhadap orang Islam bukan lagi suatu sekatan, malah agenda liberalisasi agama seperti Indonesia akan berlaku dimana masyarakat terpaksa menerima corak komposisi kekeluargaan yang mempunyai pelbagai pegangan agama. Lalu akidah ummah dan keturunannya tidak lagi mampu dipelihara oleh pemerintah negara.


Benarlah kata Dr Mahathir.. Jika orang Melayu sendiri tidak mempedulikan nasib mereka, maka Raja mereka pun tak mampu berbuat apa-apa. Malah nasib raja juga ditentukan oleh rakyatnya.

Kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Negara mensyaratkan penerimaan kaum lain sebagai warganegara perlu akur dengan perkara 153 iaitu berkaitan Ketuanan Melayu serta bumiputra yang lainnya tidak lagi sah untuk diamalkan. Sekiranya dahulu Afrika Selatan berjuang untuk menumbangkan dasar Apatheid oleh kaum pendatang kulit putih yang menindas peribumi, kini negara kita pula mengundur kebelakang memberi ruang kepada kaum pendatang menduduki tahta.

Komposisi masyarakat Malaysia adalah sangat merbahaya dan kritikal. Perpecahan yang besar dikalangan kaum majoriti akan memberi peluang kepada kaum yang bukan majoriti tetapi bulat kata-katanya dan kukuh perpaduannya untuk mengambil alih pemerintahan negara. Sekadar mengambil alih pemerintahan negara tidak akan bermakna apa-apa sekiranya mereka masih terikat dengan perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada Islam, Raja-raja dan bangsa Melayu. Oleh yang demikian, usaha telah dijalankan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara Republik supaya mereka memiliki ruang seluas-luasnya untuk mengubah identiti negara mengikut kesesuaian kehendak mereka.

Melayu kene tipu atau Melayu mudah lupa? Mungkin melayu ni tak pandai kira berapa kerusi cina punya.

Mereka sudah pastinya tidak akan terburu-buru dalam hal ini. Mereka tidak akan sekali-kali mengumumkan pendirian mereka, malah jika ada yang menuduh mereka akan hanya menafikanya. Mereka hanya sekadar mengkocakkan air dan melihat apakah reaksi orang Melayu terhadapnya. Ia juga dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh manakah hati orang Melayu masih terikat untuk mempertahankan agama, raja dan bangsanya. Dalam masa yang sama mereka cuba membiasakan orang melayu dengan konsep perjuangan atas dasar kebebasan dan hak kesamarataan agar mereka bersedia untuk menafikan hak keistimewaan yang mereka sendiri nikmati selama ini.

Usaha mereka bermula dengan ucapan Presiden PKR yang juga Isteri Anwar Ibrahim yang menyebut "Membakul-sampahkan Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan helah kononnya ingin menjadikan Melayu lebih bermaruah. Adakah Melayu itu lebih bermaruah jika mereka miskin dan sering meminta-minta seperti sebelum perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru?

Rentak mereka diteruskan dengan dasar Liberalisme Agama dengan menyokong hak anak melayu Islam untuk menukar agama. Penyamarataan Allah dengan berhala melalui pluralisme agama. Menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Dan isu kekebalan gereja menyebarkan agama dikalangan orang melayu Islam.

Allah yang mana?

Dan akhir-akhir ini gerakan menghina dan melekehkan raja-raja pula dilakukan. Menuduh raja-raja bermewah-mewah dengan wang negara. Mengfitnah raja-raja melakukan aktiviti tidak bermoral dan mempertikaikan keistimewaannya. Tidak menjemput raja-raja dimajlis-majlis rasmi kerajaan pembangkang.

Hasrat untuk menjadikan negara ini negara republik bukanlah rahsia. Ia telah didedahkan oleh bekas-bekas pimpinan PKR sendiri. Malah Azmin Ali pernah memaklumkan kepada adiknya Ummi Hafilda berkenaan dengan perancangan itu.

Percantuman semula Singapura pernah diutarakan oleh Lee Kuan Yew. Ia menyedari hakikat negara kecil itu tidak mampu untuk  terus bertahan dengan sumber asas yang terhad dan pergantungan sumber ekonomi yang rapuh. Tidak dinyatakan adakah Singapura akan memohon untuk menyertai Malaysia. Namun dengan kekuatan kuasa politik DAP yang semakin berlipat kali ganda dalam Pilihanraya Negeri Serawak menyakinkan prisipalnya di Singapura akan kemungkinan peluang untuk menyatukan Malaysia Singapura dibawah pemerintahan DAP-PAP.


Hubungan antara ketua negara? Guan Eng bukan ketua negara kita... Hubungan antara Mentor dan Protoge pasti.



Mana ade rahsia?

Tukar bendera langsung tidak ada kene mengena dengan mana-mana perjuangan rakyat. Ia jelas merupakan satu percubaan untuk mengubah identiti negara kita kepada negara yang sangat berbeza..


Kekerapan pertemuan pemimpin parti pembangkang dengan Lee Kuan Yew mungkin agak sukar dikaitkan dengan usaha itu. Namun dengan insiden pengibaran bendera mirip bendera Singapura dimalam ambang kemerdekaan dan pemilihan tema kemerdekaan pembangkang yang mirip lirik lagu patriotik Singapura menjadi petanda yang menghubungkan secara langsung dengan agenda itu.

Apakah reaksi kerajaan terhadap agenda negara republik ini?.. Saban hari kita saksikan sendiri dikaca TV usaha yang masih dijalankan pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya ini agar PAS dapat dipisahkan daripada DAP dan PKR. Inilah satu-satunya jalan yang paling selamat agar kerajaan mampu menghadapi Pilihanraya Umum dengan lebih berkeyakinan. Penggabungan PAS dan UMNO mungkin turut menjadi pertimbangan bagi menyatupadukan orang Melayu untuk bangkit mempertahankan kepentingan mereka dinegara ini.

Namun persoalan ini masih tidak ada siapapun yang mampu untuk memberikan jawapannya.

Adakah mungkin kita baru saja menyambut kemerdekaan Malaysia terakhir?


Malaysia yang bagaimana akan diwariskan kepada anak-anak kita satu hari nanti?

2 comments:

  1. Hi Hairi,
    Nice blog u got there. Very mature discussion and contents. Thumbs up! Guess I'll have to find u at PG end of this year for a long chat. Cheers.

    TG Chan

    ReplyDelete
    Replies
    1. U r so much welcome my old friend. Really missed the old days at school with u and Fabian hehe. Thanks for your support too..

      Delete