Usahlah Tun terlalu memikirkan tohmahan orang terhadap Tun. Tun perlu menjaga kesihatan dan tidak perlu dirunsingkan kepada perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang sememangnya ada barah yang sukar diubati dalam hati mereka. Seperti disebut dalam Al Quran, kelak Allah juga yang akan memberikan keputusan ketika kita saling bertelagah. Mereka tidak akan redha kepada Tun sampai mereka menutup mata. Namun, ada jua sebahagian besar dikalangan mereka yang mulai sedar akan kesilapan mereka terhadap Tun. Saya sendiri ketika reformasi 1998 memimpin tangan Anwar berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan kata-kata seperti “Undur Mahathir”, “Mahafiraun” dan “Mahazalim “..Ketika asyik berdemo sehingga menjelang senja saya terlihat kereta yang membawa Ratu Elizabeth melalui Dataran Merdeka untuk perasmian Sukan Komanwel. Ketika itu saya rasakan malunya keadaan huru-hara ini disaksikan oleh pemimpin tertinggi negara luar... Saya masih mentah untuk menilai sesuatu keadaan yang sangat kompleks. Hanya menerima bulat-bulat apa saja yang Anwar katakan.. Kehebatan beliau berpidato sehingga menyebabkan saya dapat rasakan seperti berada ditempatnya, kononnya dizalimi dan menjadi mangsa percaturan politik Tun. Saya sampai boleh terfikir kenapa tidak ada orang yang boleh bunuh sahaja Tun dan segala-gala masalah ini akan selesai. Namun setelah bertahun lamanya peristiwa itu berlalu, timbul pula isu kalimah Allah, pluralisme yang menyamatarafkan Allah dengan tuhan-tuhan agama lain dan sokongan Anwar terhadap kes lina joy di Youtube. Saya langsung tidak dapat menerima apa yang Anwar katakan.. Seperti penyokong pembangkang yang lain, saya cuba mencari sebab untuk menyokong Anwar tetapi gagal. Keterlibatan saya dalam Jemaah Tabligh yang sangat mementingkan pemurnian akidah menyebabkan tindakan Anwar menghilangkan rasa hormat dan percaya saya kepada beliau.. Hati saya mula terdetik jika Anwar berani dan sanggup memainkan isu-isu sebegini besar, tidak mustahil segala cerita dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada Tun selama ini juga dusta untuk menyelamatkan air muka beliau semata-mata .. Saya yakin bukan saya sahaja yang menjadi mangsa pembohongan manusia rosak seperti Anwar, malah ramai lagi seperti saya yang telah sedar dengan pembohongannya. Beliau terus melakukannya dan kini sudah berjaya mengkader beribu lagi klon yang mana datangnya dari generasi yang 10 tahun lebih muda dari saya.
Kini zaman sudah berubah, saya dapat rasakan betapa keamanan dan kesejahteraan negara yang kita nikmati sepanjang zaman Tun menjaga kami semakin tidak terurus dan seperti telah hilang dari kawalan. Keadaan ketidaktentuan ini sebenarnya telah merencatkan fokus pasukan pentadbiran baru negara dalam meneruskan agenda pembangunan. Kita seperti hilang arah walaupun pernah bertahun-tahun gagah mengatur langkah. Resepi Tun menguruskan negara seperti tidak pernah diperturunkan kepada Paklah mahu pun Najib. Masing-masing seolah-olah terlalu bebas dalam menentukan polisi negara dengan pendekatan yang seringkali menggusarkan. Bagi saya jika ada yang menuduh dan melabel Tun sebagai seorang diktator, tindakan mereka itu hanya sebagai menyatakan rasa kecewa setiap kali rancangan mereka mengganggu kesejahteraan negara digagalkan dengan ketegasan Tun. Jika tindakan Tun yang mengawal media dan menangkap kumpulan radikal dianggap sebagai tindakan seorang diktator , mereka perlu membandingkan pula ketika situasi yang sama berlaku di Singapura. Adakah Singapura itu negara yang rakyatnya boleh lakukan apa saja sebebas bebasnya? Sewaktu curfew berlaku, kerajaan menangkap sesiapa saja tanpa bicara dan 3000 orang ditahan dan diletakkan di Pulau Ubin. Adakah sesiapa yang berani menuduh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri mereka sebagai diktator?. Malah rakyat dengan mudahnya faham apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk keselamatan dan kemakmuran mereka jua. Betapa faktor komunikasi kerajaan Singapura kepada rakyatnya sangat berkesan sehingga tiada masalah mereka mengekalkan dan menguatkuasakan ISA sampai sekarang.
Pemimpin negara sepatutnya mengekalkan corak kepimpinan tegas dan berprinsip seperti Tun amalkan yang mana setiap warganegara tidak mengira perbezaan ideologi politik melihat jelas sempadan yang perlu dipatuhi bagi melumpuhkan terus amalan politik secara melampau. Kerajaan sendiri perlu mempertahankan kuasa Perlembagaan Negara dan undang-undang yang diperuntukkan dan bukan sekadar mementingkan tindakan populist sehingga hilang kawalan terhadap kesejahteraan dan keamanan negara. Dalam kepimpinan negara sendiri masih belum ada personality pemimpin yang benar-benar berkebolehan berkomunikasi secara berkesan sehingga mampu menarik sokongan rakyat. Kewujudan pelbagai bantuan seperti BRIM dan banyak lagi seolah-olah negara memanjakan rakyat tanpa perlu gigih berusaha dan hilangnya keyakinan pemimpin terhadap kebolehan sendiri dalam meletakkan acuan yang beliau mahu kepada pemikiran rakyat. DNA dan gaya kepimpinan yang ada pada Tun bukan sahaja terletak pada ketegasan Tun, tetapi pada setiap isi dan tutur kata Tun yang berjaya menyentuh hati dan membentuk pemikiran rakyat supaya bersetuju dengan setiap tindakan dan polisi yang Tun laksanakan. Cuma teguran saya kepada pemimpin negara, apa guna berkuasa jika tidak mampu mengawal negara.
Jika ada yang berkata saya dan kawan-kawan disini mengampu Tun, maka mereka sepatutnya menasihatkan kami untuk beralih kapada Najib sebab Tun bukan lagi seorang Perdana Menteri Malaysia. Apa yang kami katakan hanyalah dari hati kami yang prihatin akan pentingnya resepi kejayaan dan kemakmuran negara dikekalkan demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment