Perlantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada awalnya tidak mampu menunjukkan apa-apa tanda jelas tentang corak pentadbiran yang akan dibawanya. Setiap Perdana Menteri diberi kebebasan dalam mencorakkan pentadbiran dibawah kuasanya. Seperti yang telah Tun Dr Mahathir pernah katakan sebelum ini, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mempengaruhi corak pentadbiran kerajaan yang ingin dijalankan oleh Perdana Menteri yang dilantik selepasnya. Najib mempunyai kumpulan penasihatnya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan polisi yang telah beliau laksanakan sebelum ini. Begitu juga dengan Pak Lah yang ternyata terlalu menunpukan usahanya untuk menghilang populariti Tun Mahathir dan mencipta legasi kepimpinannya sendiri yang akhirnya melemahkan parti.
Yang mana baik aku buat hang ikut la.. Jangan dok pikir nak cipta sejarah sendiri saja..Ini soal tanggungjawab. Bukan tempat nak tunjuk sapa lagi baguih.. |
Namun setelah beberapa tahun DS Najib berada di Sri Perdana, rakyat terutamanya penyokong-penyokong yang mula bersimpati dengan kerajaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan polisi berlembutnya. Pada asalnya dilihat ingin membantutkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan mengeringkan isu pembangkang. Tetapi lama kelamaan apabila kuasa yang diberikan tidak digunakan secara bijaksana, polisi berlembutnya yang terlalu mementingkan tindakan bersifat populist akhirnya menyebabkan negara hilang kawalan dalam mendisplinkan rakyat.
Pendekatan yang dilakukan termasuk memberi layanan baik kepada pendemonstrasi gagal menunjukkan tanda-tanda positif untuk menghalang berlakunya demonstrasi yang lebih besar. Akta Perhimpunan Aman yang kononnya ingin menghukum dalang kekacauan tidak memberi pelajaran yang bermakna seperti yang diinginkan. Belum lagi disebut pemansuhan ISA dan Akta Hasutan yang menguntungkan orang yang selalu mencabar ketegasannya. Pembebasan kes liwat berprofil tinggi melibatkan ketua pembangkang yang langsung tidak masuk akal. Terkial-kial ingin memberi definasi yang tepat kepada slogan Satu Malaysia. Kerana mahukan undi kaum Cina, pentadbiran beliau dilihat terlalu memberi muka sehingga ramai yang semakin berani mencabar prinsip rukun negara yang arwah ayahanda beliau sendiri mengasaskannya.
Rukun Negara diasaskan Tun Razak setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sesuai dengan namanya iaitu untuk menjaga kerukunan negara.. |
Dasar Berlembut yang Dato' Seri Najib Tun Razak secara khilafnya dipukul-rata sehingga perkara-perkara asas prinsip keadilan telah dicabuli beliau dengan memberi kekebalan kepada para pemuka pembangkang dari sebarang tindakan undang-undang. Kedaulatan undang-undang dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri kerana terlalu takutkan serangan balas propaganda pembangkang. Mereka telah mengesan kelemahan Najib dan menjadikan faktor politik sebagai perisai yang paling ampuh. Mereka ini dibiarkan bebas bermaharajalela menjalankan aktiviti menimbulkan rasa benci kepada kerajaan. Bahkan mereka diberi layanan kelas pertama kononnya ingin menggunakan hikmah dan menutup persepsi burukterhadap negara walaupun secara terang-terangan mereka telah melanggar undang-undang negara.
Siapa berani siapa yang lemah? Lu langsi Lu mati? Lu bagi la macam-macam.. DAP tetap my choice maa...
|
Apa lagi yang tidak dicabar ketika zaman Najib? Agama rasmi telah digugat oleh pemuka kristian. Kedudukan Raja-Raja Melayu telah dihina dan dituduh joli duit rakyat. Kedaulatan undang-undang telah diperlekeh dan diacah-acah sehingga kepala anggota polis pecah. Hak istimewa orang Melayu telah diikrar untuk dihapuskan. Rahsia negara dijaja dengan harga yang murah. Tiada lagi sopan santun sehingga pemimpin Melayu dipanggil "Haram Jadah" oleh pemimpin Cina DAP di pentas PAS. Apa ertinya semua ini? Ternyata kerajaan hilang fungsinya demi politik kerana diketuai oleh pemimpin yang lemah. Tidak ada bezanya Najib dengan Pak Lah yang tidak mahu kepimpinannya dibayangi oleh Tun Mahathir. Beliau lebih cenderung untuk membawa memori ayahandanya dengan runtuhan demi runtuhan emas untuk Felda dan membawa kisah ayahandanya ke layar perak. Mungkin beliau sebagai anak Perdana Menteri tidak pernah dirotan atau dijentik sehingga gagal untuk memahami apa perlunya tindakan displin dalam pembentukan mentaliti rakyat. Beliau menyangka sipenderhaka itu akan insaf dan malu dengan perbuatan sendiri sekiranya diberi layanan kelas pertama.
Apa pandangan umum terhadap ketegasan Polis. Siapa yang mandulkan ketegasan Polis? Baik pakai uniform PBSM. |
Najib tidak sepatutnya terlalu mementingkan diri sendiri sehingga perkara baik yang menjadi resepi kejayaan Tun Mahathir mengawal negara dipinggirkan dan menyebabkan keadaan negara semakin tidak menentu. Akhirnya nak tayangkan filem berkaitan ayahandanya "Tanda Putera" pun menjadi satu masalah besar kerana terlalu fobia dengan bantahan cina terhadap babak rusuhan kaum 13 Mei yang turut menjadi urutan peristiwa penting kerjaya politik ayahandanya. Lee Kuan Yew sendiri pernah didedahkan melalui Wikileaks menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang lemah. Mungkin apa yang dikatakan secara rahsia itu ada benarnya. Kini semakin jelas sehingga pembangkang tidak menyangka mereka boleh pergi sebegini jauh selepas pembebasan Anwar. Tsunami politik di Sabah kini benar-benar menjatuhkan motivasi dikala PRU semakin dekat. BN boleh pandang perkara ini sambil lewa tetapi sesiapapun tidak dapat menyangkal bahawa ia adalah hasil usaha perancangan seseorang yang sepatutnya sudah lama disumbatkan "ke dalam". Bak pepatah Melayu.. "Seperti melepaskan anjing tersepit" ... Memang anjing pun!
Datang dari keluarga bekas pemimpin negara.. Mahu jadi pemimpin yang lebih hebat atau sekadar jadi pengikut ayahnya? |
Pembangkang semakin bebas memburuk-burukkan kerajaan disana-sini tanpa perlu risau dengan sebarang kesan tindakan undang-undang. Strategi berlembut Najib yang kononnya ingin mengeringkan isu pembangkang ternyata tidak menjadi kerana mereka dengan mudah mereka-reka isu baru dari isu Lynas hinggalah isu cukai kereta. Seperti baru kenal pembangkang satu atau dua hari, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya membiarkan manusia seperti mereka bebas berkeliaran menghasut rakyat. Biarkan rakyat mengambil pelajaran dan mereka yang korup ini boleh digantikan dengan pembangkang yang lebih ikhlas menjadi juara rakyat dan bukan sekadar mengejar kuasa kekayaan perbendaharaan kerajaan semata-mata. Najib sepatutnya sedar bahawa sebagai ketua negara, beliau sebenarnya bertanggungjawab untuk menjaga tindak tanduk pembangkang juga. Dan memang sentiasa ada di dalam sesebuah negara ahli politik yang tidak layak berada bebas dikalangan rakyat. Apa yang perlu kerajaan buat ialah untuk memahamkan rakyat tentang prinsip undang-undang negara. Segala usaha untuk memahamkan rakyat akan sentiasa menjadi lebih sulit jika sipenghasut dibiarkan bebas menabur racunnya. Malah tidak mustahil segala usaha berhempas pulas dari bloggers, facebookers dan ramai lagi penyokong kerajaan untuk menyedarkan rakyat selama ini menjadi sia sia belaka..
Apabila pendatang lupakan asal usul..kalau dah bagi muka memang lah naik kepala |
Sedarlah wahai PM, jika keadaan ini berterusan sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan negara. Malah penyokong-penyokong kerajaan akan berpaling tadah sebagai tanda protes atas sikap tolak ansur tuan yang melampau melangkaui batas keadilan undang-undang dan kepentingan umum. PM perlu berpegang pada prinsip yang salah tetap salah dan perlu dihukum, bukan dibiarkan kerana terlalu takut serangan balas. Samada tuan bertindak atau tidak, mereka tetap akan menyerang tuan. Inilah namanya peperangan. Tuan sebagai panglima perang perlu kelihatan berani dan menggerunkan lawan. Mereka akan menuduh Tuan menimbulkan ketakutan kepada rakyat tetapi pada hakikatnya hanya mereka yang takut dan rakyat akan terasa selamat dan aman tenteram. Sekiranya tuan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk mententeramkan negara, adalah lebih baik tuan tidak mempunyai kuasa langsung. Terus tunduk dan akur dengan tuntutan penyangak negara. Mereka menemplak semula perang psikologi Tuan yang tidak menjadi dengan kelakuan yang lebih agresif. Akhirnya, seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969, kami terpaksa menghunus senjata membahayakan nyawa dan masa depan keluarga kerana hilang percaya dengan kemampuan negara untuk mengajar mereka yang sombong ini.
Saya tak salah apa-apa, Najib yang salah sebab lepaskan saya..Saya pun dibawah tanggungjawab kerajaan jugak.. |
No comments:
Post a Comment