Monday, July 30, 2012

TEGAS atau DIPIJAK

Perlantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada awalnya tidak mampu menunjukkan apa-apa tanda jelas tentang corak pentadbiran yang akan dibawanya. Setiap Perdana Menteri diberi kebebasan dalam mencorakkan pentadbiran dibawah kuasanya. Seperti yang telah Tun Dr Mahathir pernah katakan sebelum ini, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mempengaruhi corak pentadbiran kerajaan yang ingin dijalankan oleh Perdana Menteri yang dilantik selepasnya. Najib mempunyai kumpulan penasihatnya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan polisi yang telah beliau laksanakan sebelum ini. Begitu juga dengan Pak Lah yang ternyata terlalu menunpukan usahanya untuk menghilang populariti Tun Mahathir dan mencipta legasi kepimpinannya sendiri yang akhirnya melemahkan parti.

Yang mana baik aku buat hang ikut la.. Jangan dok pikir nak cipta sejarah sendiri saja..Ini soal tanggungjawab. Bukan tempat nak tunjuk sapa lagi baguih..


Namun setelah beberapa tahun DS Najib berada di Sri Perdana, rakyat terutamanya penyokong-penyokong yang mula bersimpati dengan kerajaan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan polisi berlembutnya. Pada asalnya dilihat ingin membantutkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan mengeringkan isu pembangkang. Tetapi lama kelamaan apabila kuasa yang diberikan tidak digunakan secara bijaksana, polisi berlembutnya yang terlalu mementingkan tindakan bersifat populist akhirnya menyebabkan negara hilang kawalan dalam mendisplinkan rakyat.



Apa sebab bila PM berlembut mereka semakin marah dan bertindak ganas? Kalau penghasut dibiar bebas bekerja siang dan malam, jumlah pengikutpun meningkat berkali ganda..Jangan hang buat-buat terkejut plak..

Pendekatan yang dilakukan termasuk memberi layanan baik kepada pendemonstrasi gagal menunjukkan tanda-tanda positif untuk menghalang berlakunya demonstrasi yang lebih besar. Akta Perhimpunan Aman yang kononnya ingin menghukum dalang kekacauan tidak memberi pelajaran yang bermakna seperti yang diinginkan. Belum lagi disebut pemansuhan ISA dan Akta Hasutan yang menguntungkan orang yang selalu mencabar ketegasannya. Pembebasan kes liwat berprofil tinggi melibatkan ketua pembangkang yang langsung tidak masuk akal. Terkial-kial ingin memberi definasi yang tepat kepada slogan Satu Malaysia. Kerana mahukan undi kaum Cina, pentadbiran beliau dilihat terlalu memberi muka sehingga ramai yang semakin berani mencabar prinsip rukun negara yang arwah ayahanda beliau sendiri mengasaskannya.  


Rukun Negara diasaskan Tun Razak setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sesuai dengan namanya iaitu untuk menjaga kerukunan negara..


Dasar Berlembut yang Dato' Seri Najib Tun Razak secara khilafnya dipukul-rata  sehingga perkara-perkara asas prinsip keadilan telah dicabuli beliau dengan memberi kekebalan kepada para pemuka pembangkang dari sebarang tindakan undang-undang. Kedaulatan undang-undang dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri kerana terlalu takutkan serangan balas propaganda pembangkang.  Mereka telah mengesan kelemahan Najib dan menjadikan faktor politik sebagai perisai yang paling ampuh. Mereka ini dibiarkan bebas  bermaharajalela menjalankan aktiviti menimbulkan rasa benci kepada kerajaan. Bahkan mereka diberi layanan kelas pertama kononnya ingin menggunakan hikmah dan menutup persepsi burukterhadap negara walaupun secara terang-terangan mereka telah melanggar undang-undang negara.



Siapa berani siapa yang lemah? Lu langsi Lu mati? Lu bagi la macam-macam.. DAP tetap my choice maa...

Apa lagi yang tidak dicabar ketika zaman Najib? Agama rasmi telah digugat oleh pemuka kristian. Kedudukan Raja-Raja Melayu telah dihina dan dituduh joli duit rakyat. Kedaulatan undang-undang telah diperlekeh dan  diacah-acah sehingga kepala anggota polis pecah. Hak istimewa orang Melayu telah diikrar untuk dihapuskan. Rahsia negara dijaja dengan harga yang murah. Tiada lagi sopan santun sehingga pemimpin Melayu dipanggil "Haram Jadah" oleh pemimpin Cina DAP di pentas PAS. Apa ertinya semua ini? Ternyata kerajaan hilang fungsinya demi politik kerana diketuai oleh pemimpin yang lemah. Tidak ada bezanya Najib dengan Pak Lah yang tidak mahu kepimpinannya dibayangi oleh Tun Mahathir. Beliau lebih cenderung untuk membawa memori ayahandanya dengan runtuhan demi runtuhan emas untuk Felda dan membawa kisah ayahandanya ke layar perak. Mungkin beliau sebagai anak Perdana Menteri tidak pernah dirotan atau dijentik sehingga gagal untuk memahami apa perlunya tindakan displin dalam pembentukan mentaliti rakyat.  Beliau menyangka sipenderhaka itu akan insaf dan malu dengan perbuatan sendiri sekiranya diberi layanan kelas pertama.


Apa pandangan umum terhadap ketegasan Polis. Siapa yang mandulkan ketegasan Polis? Baik pakai uniform PBSM.

Najib tidak sepatutnya terlalu mementingkan diri sendiri sehingga perkara baik yang menjadi resepi kejayaan Tun Mahathir mengawal negara dipinggirkan dan menyebabkan keadaan negara semakin tidak menentu. Akhirnya nak tayangkan filem berkaitan ayahandanya "Tanda Putera" pun menjadi satu masalah besar  kerana terlalu fobia dengan bantahan cina terhadap babak rusuhan kaum 13 Mei yang turut menjadi urutan peristiwa penting kerjaya politik ayahandanya. Lee Kuan Yew sendiri pernah didedahkan melalui Wikileaks menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang lemah. Mungkin apa yang dikatakan secara rahsia itu ada benarnya. Kini semakin jelas sehingga pembangkang tidak menyangka mereka boleh pergi sebegini jauh selepas pembebasan Anwar. Tsunami politik di Sabah kini benar-benar menjatuhkan motivasi dikala PRU semakin dekat. BN boleh pandang perkara ini sambil lewa tetapi sesiapapun tidak dapat menyangkal bahawa ia adalah hasil usaha perancangan seseorang yang sepatutnya sudah lama disumbatkan "ke dalam". Bak pepatah Melayu.. "Seperti melepaskan anjing tersepit" ... Memang anjing pun!

Filem Tanda Putera terpaksa ditangguhkan tayangannya atas alasan promosi disekolah? Kenapa tak bagi DVD free saja.. Bukan ramai budak sekolah mampu tengok wayang pun. Ia sebagai tanda ketakutan kerajaan kepada bangsa Cina walaupun sekadar mengimbau sejarah. Jika kita hilang sejarah maka kita akan hilang hala tuju..
Datang dari keluarga bekas pemimpin negara.. Mahu jadi pemimpin yang lebih hebat atau sekadar jadi pengikut ayahnya?

Pembangkang semakin bebas memburuk-burukkan kerajaan disana-sini tanpa perlu risau dengan sebarang kesan tindakan undang-undang. Strategi berlembut Najib yang kononnya ingin mengeringkan isu  pembangkang ternyata tidak menjadi kerana mereka dengan mudah mereka-reka isu baru dari isu Lynas hinggalah isu cukai kereta. Seperti baru kenal pembangkang satu atau dua hari, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya membiarkan manusia seperti mereka bebas berkeliaran menghasut rakyat. Biarkan rakyat mengambil pelajaran dan mereka yang korup ini boleh digantikan dengan pembangkang yang lebih ikhlas menjadi juara rakyat dan bukan sekadar mengejar kuasa  kekayaan perbendaharaan kerajaan semata-mata. Najib sepatutnya sedar bahawa sebagai ketua negara, beliau sebenarnya bertanggungjawab untuk menjaga tindak tanduk pembangkang juga. Dan memang sentiasa ada di dalam sesebuah negara ahli politik yang tidak layak berada bebas dikalangan rakyat. Apa yang perlu kerajaan buat ialah untuk memahamkan rakyat tentang prinsip undang-undang negara. Segala usaha untuk memahamkan rakyat akan sentiasa menjadi lebih sulit jika sipenghasut dibiarkan bebas  menabur racunnya. Malah tidak mustahil segala usaha berhempas pulas dari bloggers, facebookers dan ramai lagi penyokong kerajaan untuk menyedarkan rakyat selama ini menjadi sia sia belaka..

Apabila pendatang lupakan asal usul..kalau dah bagi muka memang lah naik kepala

Sedarlah wahai PM, jika keadaan ini berterusan sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan negara. Malah penyokong-penyokong kerajaan akan berpaling tadah sebagai tanda protes atas sikap tolak ansur tuan yang melampau melangkaui batas keadilan undang-undang dan kepentingan umum. PM perlu berpegang pada prinsip yang salah tetap salah dan perlu dihukum, bukan dibiarkan kerana terlalu takut serangan balas. Samada tuan bertindak atau tidak, mereka tetap akan menyerang tuan. Inilah namanya peperangan. Tuan sebagai panglima perang perlu kelihatan berani dan menggerunkan lawan. Mereka akan menuduh Tuan menimbulkan ketakutan kepada rakyat tetapi pada hakikatnya hanya mereka yang takut dan rakyat akan terasa selamat dan aman tenteram. Sekiranya tuan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk mententeramkan negara, adalah lebih baik tuan tidak mempunyai kuasa langsung. Terus tunduk dan akur dengan tuntutan penyangak negara. Mereka menemplak semula perang psikologi Tuan yang tidak menjadi dengan kelakuan yang lebih agresif. Akhirnya, seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969, kami terpaksa menghunus senjata membahayakan nyawa dan masa depan keluarga kerana hilang percaya dengan kemampuan negara untuk mengajar mereka yang sombong ini.

Saya tak salah apa-apa, Najib yang salah sebab lepaskan saya..Saya pun dibawah tanggungjawab kerajaan jugak..


Wednesday, July 18, 2012

Reformasi VS Diktator ?






Salam buat Tun yang amat saya hormati.

Usahlah Tun terlalu memikirkan tohmahan orang terhadap Tun. Tun perlu menjaga kesihatan dan tidak perlu dirunsingkan kepada perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang sememangnya ada barah yang sukar diubati dalam hati mereka. Seperti disebut dalam Al Quran, kelak Allah juga yang akan memberikan keputusan ketika kita saling bertelagah. Mereka tidak akan redha kepada Tun sampai mereka menutup mata. Namun, ada jua sebahagian besar dikalangan mereka yang mulai sedar akan kesilapan mereka terhadap Tun. Saya sendiri ketika reformasi 1998 memimpin tangan Anwar berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan kata-kata seperti “Undur Mahathir”, “Mahafiraun” dan “Mahazalim “..Ketika asyik berdemo sehingga menjelang senja saya terlihat kereta yang membawa Ratu Elizabeth melalui Dataran Merdeka untuk perasmian Sukan Komanwel. Ketika itu saya rasakan malunya keadaan huru-hara ini disaksikan oleh pemimpin tertinggi negara luar... Saya masih mentah untuk menilai sesuatu keadaan yang sangat kompleks. Hanya menerima bulat-bulat apa saja yang Anwar katakan.. Kehebatan beliau berpidato sehingga menyebabkan saya dapat rasakan seperti berada ditempatnya, kononnya dizalimi dan menjadi mangsa percaturan politik Tun.  Saya sampai boleh terfikir kenapa tidak ada orang yang boleh bunuh sahaja Tun dan segala-gala masalah ini akan selesai. Namun setelah bertahun lamanya peristiwa itu berlalu, timbul pula isu kalimah Allah, pluralisme yang menyamatarafkan Allah dengan tuhan-tuhan agama lain dan sokongan Anwar terhadap kes lina joy di Youtube. Saya langsung tidak dapat menerima apa yang Anwar katakan.. Seperti penyokong pembangkang yang lain, saya cuba mencari sebab untuk menyokong Anwar tetapi gagal. Keterlibatan saya dalam Jemaah Tabligh yang sangat mementingkan pemurnian akidah menyebabkan tindakan Anwar menghilangkan rasa hormat dan percaya saya kepada beliau.. Hati saya mula terdetik jika Anwar berani dan sanggup memainkan isu-isu sebegini besar, tidak mustahil segala cerita dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada Tun selama ini juga dusta untuk menyelamatkan air muka beliau semata-mata .. Saya yakin bukan saya sahaja yang menjadi mangsa pembohongan manusia rosak seperti Anwar, malah ramai lagi seperti saya yang telah sedar dengan pembohongannya. Beliau terus melakukannya dan kini sudah berjaya mengkader beribu lagi klon yang mana datangnya dari generasi yang 10 tahun lebih muda  dari saya.


Kini zaman sudah berubah, saya dapat rasakan betapa keamanan dan kesejahteraan negara yang kita nikmati sepanjang zaman Tun menjaga kami semakin tidak terurus dan seperti telah hilang dari kawalan. Keadaan ketidaktentuan ini sebenarnya telah merencatkan fokus pasukan pentadbiran baru negara dalam meneruskan agenda pembangunan.   Kita seperti hilang arah walaupun pernah bertahun-tahun gagah mengatur langkah. Resepi Tun menguruskan negara seperti tidak pernah diperturunkan kepada Paklah mahu pun Najib. Masing-masing seolah-olah terlalu bebas dalam menentukan polisi negara dengan pendekatan yang seringkali menggusarkan. Bagi saya jika ada yang menuduh dan melabel Tun sebagai seorang diktator, tindakan mereka itu hanya sebagai menyatakan rasa kecewa setiap kali rancangan mereka mengganggu kesejahteraan negara digagalkan dengan ketegasan Tun. Jika tindakan Tun yang mengawal media dan menangkap kumpulan radikal dianggap sebagai tindakan seorang diktator , mereka perlu membandingkan pula ketika situasi yang sama berlaku di Singapura. Adakah Singapura itu negara yang rakyatnya boleh lakukan apa saja sebebas bebasnya? Sewaktu curfew berlaku, kerajaan menangkap sesiapa saja tanpa bicara dan 3000 orang ditahan dan diletakkan di Pulau Ubin. Adakah sesiapa yang berani menuduh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri mereka sebagai diktator?. Malah rakyat dengan mudahnya faham apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk keselamatan dan kemakmuran mereka jua. Betapa faktor komunikasi kerajaan Singapura kepada rakyatnya sangat berkesan sehingga tiada masalah mereka mengekalkan dan menguatkuasakan ISA sampai sekarang.


Pemimpin negara sepatutnya mengekalkan corak kepimpinan tegas dan berprinsip seperti Tun amalkan yang mana setiap warganegara tidak mengira perbezaan ideologi politik melihat jelas sempadan yang perlu dipatuhi bagi melumpuhkan terus amalan politik secara melampau. Kerajaan sendiri perlu mempertahankan kuasa Perlembagaan Negara dan undang-undang yang diperuntukkan dan bukan sekadar mementingkan tindakan populist sehingga hilang kawalan terhadap kesejahteraan dan keamanan negara. Dalam kepimpinan negara sendiri masih belum ada personality pemimpin yang benar-benar berkebolehan berkomunikasi secara berkesan sehingga mampu menarik sokongan rakyat. Kewujudan pelbagai bantuan seperti BRIM dan banyak lagi seolah-olah negara memanjakan rakyat tanpa perlu gigih berusaha dan hilangnya keyakinan pemimpin terhadap kebolehan sendiri dalam meletakkan acuan yang beliau mahu kepada pemikiran rakyat. DNA dan gaya kepimpinan yang ada pada Tun bukan sahaja terletak pada ketegasan Tun, tetapi pada setiap isi dan tutur kata Tun yang berjaya menyentuh hati dan membentuk pemikiran rakyat supaya bersetuju dengan setiap tindakan dan polisi yang Tun laksanakan.  Cuma teguran saya kepada pemimpin negara, apa guna berkuasa  jika tidak mampu mengawal negara.

Jika ada yang berkata saya dan kawan-kawan disini mengampu Tun, maka mereka sepatutnya menasihatkan kami untuk beralih kapada Najib sebab Tun bukan lagi seorang Perdana Menteri Malaysia. Apa yang kami katakan hanyalah dari hati kami yang prihatin akan pentingnya resepi kejayaan dan kemakmuran negara dikekalkan demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

Sunday, July 1, 2012

Polis Perlembagaan



Cuba fahamkan dahulu apa yang dimaksudkan dengan Perlembagaan Malaysia: tujuan dan kedudukannya:-


Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-

•Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;
•Menjadi punca kepada semua undang-undang;
•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;
•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; dan
•Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.
Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-

• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;
• Alat untuk menyelesaikan masalah;
• Menjamin riwayat negara bangsa; dan
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.


Ternyata jika diperhalusi objektif kewujudan Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia merupakan sesuatu asas penubuhan negara yang sangat penting dalam mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara. Namun apakah ia benar-benar berkuasa untuk melaksanakan misi kewujudannya? Siapa ingin percaya dengan jaminan yang dijanjikan perlembagaan sekiranya ia tidak mampu untuk menjamin survivalnya sendiri? Angkuhnya perlembagaan kononnya ingin mengawal pergerakkan kerajaan dan rakyat tetapi dalam masa yang sama tiada siapa yang boleh bertindak bagi pihaknya jika ada cubaan untuk mempermainkannya. 


Untuk lebih spesifik sebuah parti politik yang berteraskan kaum cina dengan bebas dan secara terang-terangan mencanangkan selogan "Malaysian Malaysia" yang jelas ingin mencabar kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang terkandung dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kelemahan penguatkuasaan untuk mempertahankan kedudukan perlembagaan yang dikatakan lebih tinggi daripada Institusi Raja ini telah pun mengakibatkan bahana yang begitu besar iaitu pristiwa pemisahan Singapura dari Malaysia. Malah seperti tidak ada pelajaran yang dapat diambil dari pristiwa malang itu. Selogan  "Malaysian Malaysia" masih kedengaran lantang sehingga ke hari ini kononnya atas dasar kebebasan bersuara yang juga dijamin oleh perlembagaan yang sama dalam perkara 10. 


Akta Keselamatan Dalam Negeri yang seketika dahulu gah dengan fungsinya sebagai pelindung kini tumbang akibat kelemahan kerajaan dalam berhadapan dengan serangan persepsi oleh mereka yang sentiasa mencabar perlembagaan. Hakikatnya, kerajaan bukanlah pihak yang sesuai untuk melindungi perlembagaan kerana tuntutan kepentingan politik yang memaksa mereka melakukan tindakan yang bersifat populist akhirnya menjadikan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang penting sebagai instrumen survival perlembagaan menjadi mangsa akibat kelemahan menguruskan persepsi. 


Namun bukanlah suatu perkara yang menjadi pilihan untuk membentuk kuasa berkecuali sebagai "Polis Perlembangaan" kerana Perlembagaan itu sendiri sebenarnya bergantung kepada keupayaan kerajaan mempertahankan dan menguatkuasakan undang-undang walaupun undang-undang itu sendiri boleh meragut popularitinya dikalangan rakyat. Jika kerajaan tidak mampu lagi berbuat apa-apa, adalah menjadi tangungjawab Institusi Raja menggunakan apa-apa peruntukan undang-undang untuk menzahirkan kuasa yang diberi perlembagaan bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu. Namun perkara ini jua tidak berlaku.


Oleh itu, kerajaan yang dipilih rakyat majoriti terpaksa bertanggungjawab penuh untuk melindungi perlembagaan atas apa pun kos yang perlu diambil. Sikap kerajaan yang terikut-ikut dengan mainan politik pembangkang sehingga menggugat keluhuran perlembagaan adalah satu perkara yang mengecewakan. Kerajaan seolah-olah baru mengenali sikap pembangkang sehari atau dua hari dan sering terperangkap dengan kebijaksanaan mereka mempolitikkan segala sesuatu tanpa sempadan. Pembangkang mungkin tidak pernah mengenali sempadan dalam berpolitik tetapi kerajaan yang berkuasalah sepatutnya bertanggungjawab meletakkan sempadan yang jelas untuk memelihara keluhuran perlembagaan. Dalam hal ini Malaysia sepatutnya mencontohi Singapura yang tegas dalam menguatkuasakan undang-undang seperti Internal Security Act. Kerajaan Singapura berjaya mengawal displin setiap parti politik termasuk pembangkang demi menjaga kepentingan umum. Rakyat harus diberi kesedaran bahawa jika negara gagal dikawal oleh perlembagaan kelak mereka sendiri akan terpaksa menanggung rugi kerana fokus untuk memajukan negara sering terganggu kerana terlalu melayan politiking pelampau yang berniat jahat menghancurkan kerukunan negara. 


Sekiranya kerajaan menjadikan alasan kelemahan sokongan rakyat pada PRU 12 menjadi sebab ketumpulan penguatkuasaan, diharap jika rakyat beri kemenangan kepada BN melebihi majoriti 2/3 pada PRU 13, Kerajaan dapat mengembalikan ketegasan dan ketajaman penguatkuasaan seperti yang berlaku di era Tun Dr Mahathir.





Mungkin ini lah artikel pro pembangkang yang melemahkan kerajaan BN yang terlalu menghormati lawan


http://alhusseyn51.blogspot.com/2011/07/kerajaan-boleh-dituduh-menentang-agong.html



Kerajaan Boleh Dituduh Menentang Agong Jika Gagal Laksana Perlembagaan- Aziz Bari

Keadilan Daily


Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan boleh didakwa menentang Yang Dipertuan Agong, sekiranya gagal melaksanakan perlembagaan yang antara lain menjamin pilihan raya bebas dan kebebasan berhimpun.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah khas Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan aman Bersih, malam tadi.


“Kerajaan tidak boleh gunakan titah ini untuk kepentingan mereka. Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau mereka gagal lakukan apa yang dikehendaki perlembagaan, mereka boleh dituduh menentang Agong,” Ujar Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu.


Menurut Aziz, Titah baginda yang menyeru kedua pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian perlu difahami dalam konteks yang terkandung dalam perlembagaan.


“Agong tidak menggelar himpunan Bersih haram, baginda cuma titah demo tidak semestinya cara terbaik.


“Dan saya fikir baginda juga mengingatkan kerajaan,” Ujarnya dalam kenyataan khas kepada Keadilandaily.com.


Menurutnya, rakyat perlu akur bahawa baginda bertitah sebagai ketua negara dan dalam peranan itu, baginda tidak boleh menunjukkan sikap emosional.


“Mungkin ada bahagian titah itu yang kita tidak selesa tetapi kita harus letakkan diri kita di tempat baginda supaya faham kedudukan dan sensitiviti yang baginda perlu ambilkira.


“Perlu disedari apa yang dituntut bukan kepentingan Bersih tetapi kehendak dan semangat perlembagaan,” ujarnya lagi.


Ketika ditanya kemungkinan berlakunya darurat, ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan hal itu kepada polis minggu lalu, Aziz yakin perkara itu tidak akan berlaku.


“Darurat diisytihar oleh Agong selalunya atas nasihat kerajaan tetapi dalam senario sekarang, saya tak fikir kerajaan berani menasihatkan Agong isytihar darurat.


“Saya fikir ini peluang untuk Bersih mendesak tahanan dibebaskan serta merta. Begitu juga rampasan yang dibuat. Jika polis enggan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan malah engkar titah Agong,” kata merujuk enam individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.


Kata Aziz, tindakan polis yang sewenangnya menangkap mereka, tidak selaras dengan kehendak perlembagaan.


“Alasan yang mereka berikan tidak masuk akal. Mereka kata mereka ikut undang-undang. Soalnya apakah semangat dan tujuan asal undang-undang itu mereka pertimbangkan?


“Ramai yang terpinga-pinga dengan penggunaan ordinan darurat, tuduhan komunis dan lain lain.


“Apalagi tahun lalu Hishamuddin sendiri mengatakan yang Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan darurat.


“Pendeknya menteri dan polis tidak konsisten dalam hujah dan tindakan mereka,” katanya.