Thursday, May 24, 2012

Kroni UMNO dan Sifat Iri Hati orang Melayu

 


Memang salah satu agenda UMNO untuk mewujudkan ramai hartawan Melayu. Kalau sebut kroni memang kita akan rasa benci. Tetapi kalau tidak kerana amalan itu mungkin tiada langsung muka Melayu dalam 10 top ten orang Malaysia paling kaya. Syed Mohktar sendiri mengaku beliau kroni Muhyidin. Yang cemburu sebenarnya orang Cina. Orang Melayu tidak perlu cemburu sebab yang kaya tu bangsa mereka jugak. Susahlah kalau semua nak jadi kaya juga. Mustahil tu..
Kalau tidak gunakan sistem kroni mungkin semua projek kerajaan dibolot oleh taukeh Cina kerana memang tiada Orang Melayu yang ada kapasiti dan kebolehan mengatasi orang Cina. Jadi, ini sahaja cara nak bangunkan ekonomi orang Melayu. Sampai bila kita perlu bekerja dibawah orang Cina? Tetapi sayangnya, ramai orang Melayu sendiri yang tewas dengan permainan perasaan iri hati terhadap kejayaan bangsa sendiri. Ini sangat merugikan.
Hal menteri dan NFC tu memang sudah menjadi amalan. Malah Anwar Ibrahim sendiri telah menerima faedah berjuta-juta semasa masih berkuasa dalam kerajaan .. Ini adalah sebagai insentif dan tanggungjawab kepada mereka untuk memastikan setiap projek kerajaan dijayakan dengan sebaiknya. Tetapi ia dipandang sebagai rasuah dan rompakan terhadap kekayaan negara. Tugas sebagai seorang menteri bukanlah mudah. Mereka perlu bertungkus lumus siang dan malam sehingga terlalu sukar untuk mencari masa bersama keluarga. Oleh itu, insentif yang cukup kuat adalah sangat penting. Apabila mereka bermotivasi dan bekerja keras, negara jugak yang akan makmur dan maju. Rakyat yang akan mendapat manfaatnya seperti apa yang kita semua nikmati sekarang.
Namun jika mereka terbawa-bawa dengan agenda dendam peribadi bekas pemimpin UMNO yang bermasalah maka tidak hairanlah jika permainan sentimen iri hati ini akhirnya akan menyebabkan Melayu hilang segala-galanya dan tiada apa-apa yang dapat diwariskan kepada anak cucu mereka.
 
 

No comments:

Post a Comment