Inilah sifat orang melayu yang hebat dengan perasaan hasad dengki dan iri hatinya dari sekecil kecil perniagaan di warung hingga sebesar besar diversiti konglomerat. Bangsa lain sudah lama mengorak langkah mengatur strategi menutup segala peluang Melayu untuk maju meninggalkan mereka jauh kebelakang dalam keadaan masih menjatuhkan antara satu sama lain..
Dari zaman Kesultanan Melaka lagi faktor ini menjadi penyebab hancurnya kegemilangan ketamadunan Melayu. Dek kerana Irihati dan dendam jualah Qabil dan Habil bersengketa yang akhirnya berlakunya pertumpahan darah yang pertama sejarah manusia... Dendam dan Iri Hati juga menjadi punca Syaitan yang dahulunya penghulu Malaikat sanggup ingkar kepada Allah kerana iri hati dengan kemuliaan Adam. Dendamnya beribu tahun lamanya demi ikrar menyesatkan semua anak cucu Adam.

Dendam dan iri hati sangat besar kuasanya. Seperti tidak ada apa lagi yang boleh menghalangnya. Malah kesengsaraan dan kemelaratan hari pembalasan sedikit pun tidak menjadi perkiraan. Langsung tidak peduli dengan larangan dan ancaman. Hidup matinya telah dihambakan sepuas-puasnya kepada dendam kesumat. Begitu bahayanya kuasa yang ada pada dendam sehingga apa saja yang ada padanya akan dipertaruhkan demi kepuasan.
Sangat mudah untuk menghancurkan Melayu... Hanya dengan memainkan rekacerita dendam dan bayangan kemewahan orang lain pasti tercubit perasaan iri hati. Ketika itu katakanlah apa saja yang boleh memuaskan dendam dan iri hati, pasti mereka akan turuti walau terpaksa berkorban harta dan nyawa.. Inilah dia penghancur agama dan bangsa .. Malah penghancur ummat manusia dikerahkan beribu tahun kerana kuasa yang ada padanya.. Musnah lah mereka dengan permainan dendam dan iri hati! ...
No comments:
Post a Comment