Wednesday, May 9, 2012

Helah Yang Terbuka


Sangat menghairankan apabila difikirkan tentang segelintir mentaliti orang Melayu Islam di Malaysia ini, dalam keadaan kebenaran jelas terbentang depan mata pun masih sukar untuk mereka mengenalpasti yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri mereka sendiri. Permainan politik sentimen ternyata sangat  merbahaya dan kini ia telah meninggalkan bekas yang hampir mustahil untuk kembali kepada keadaan asal. Sebab itu kebanyakan negara yang prihatin tentang bahayanya jenayah permainan sentimen iaitu menghasut dan meniupkan api kebencian dan persengketaan telah lama menguatkuasakan peraturan yang cukup ketat dengan hukuman yang cukup berat.. Permainan sentimen kini telah menjadi senjata yang lebih besar kesan kemusnahannya berbanding peperangan secara convensional walaupun perlu mengambil masa yang begitu lama sebelum ia benar-benar dapat membuahkan hasil. Kini hampir keseluruhan negara Islam  tidak terkecuali Arab Saudi perlu berdepan dengan penentangan rakyat sendiri yang mana ia cukup merbahaya jika tidak mengambil langkah yang cermat dan tepat dalam menghadapinya. Hakikat bahawa tidak ada mana mana kerajaan di dalam dunia Islam ini yang boleh dikatakan sempurna dari segi keislamannya mahupun secara etikanya. Kerajaan impian yang terlalu ideal hanyalah satu ilusi dan layak sekadar propaganda semata kerana yang pasti ia tetap akan digantikan dengan kepimpinan manusia biasa yang tidak lepas dari cacat dan cela...Nah Malaysia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melihat situasi yang lebih kurang sama berlatarbelakangkan bandar yang cukup biasa dipandangan mata kita iaitu Kuala Lumpur. Sehingga kini masih ada lagi yang sanggup bertikam lidah menegakkan benang yang basah tentang apa bencana yang telah didatangkan oleh rusuhan jalanan tempohari. Mujur tidak ada nyawa yang melayang. Jika ada, sudah pasti ia tidak akan terbantut hanya untuk satu tarikh sahaja.bahkan berlanjutan untuk tarikh-tarikh seterusnya dengan siri pembunuhan demi siri  pembunuhan sebagai memenuhi pembalasan... 


Mufti dengan kebijaksanaannya menjadi pemutus bagi menguraikan pertelingkahan dikalangan ummah hanya mahu segala permasalahan dibicarakan  penuh dengan tertib adab Islamiah dan sikap ingin menyelesaikan masalah..

Adakah dengan terjerit jerit dijalanan dengan maki hamun itu cukup indah suasananya sama cantik dengan ahklak mulia yang telah ditunjukkan oleh Nabi  Junjungan Besar Muhammad Rasulullah? Sukar sangatkah kita membezakannya? Apakah lebihnya si pendabik diri mengaku lebih Islam dari orang lain sekiranya dengan sedar lagi sengaja mempamerkan perlakuan penuh biadab ..tetapi mengharap pula orang lain yang disumpah seranahnya tadi menerima kehendaknya. Tergamak menggambarkan Islam hanya sekadar pada pakaian luaran, gelaran Ustaz dan tok guru tetapi dengan wajah yang sungguh bengis, kata-kata yang sangat kotor dan kelakuan liar yang menggila... Sehingga Islam menjadi sesuatu begitu asing sampai tidak mampu mengenal yang mana satu keindahan dan ketenangan yang dibawanya dan yang mana satu pula kejelekkan nafsu amarah resmi syaitan.



Jika niat itu ikhlas berjuang untuk Islam, tidak ada itu kekotoran maki hamun…tidak ada itu kebiadapan kekerasan.. tidak ada itu kejelekkan fitnah menipu undi yang tak sudah sudah.. Pada akhirnya apa yang diperjuangkan hanyalah kebencian atas perkara yang direka-reka… Sampai kesudah bukti langsung tak mampu dibawa.. hanya sekadar persepsi lemah, sangkaan dan agak agak semata…Sanggup buat apa saja selagi ia mampu memberi harapan untuk merebut kuasa dan tahta pinjaman..


Bila mana apa yang dirancangkan menjadi sebaliknya.. Mulalah mencanangkan helah untuk menutup kebuasan nafsu seolah olah yang tadi cukup biadap dengan maki hamunnya tiba tiba saja menjelma seperti malaikat yang suci bersih daripada dosa... Mana dia yang buas leka menghidu tahta sampai terlupa akan kehebatan imej walinya dan tercabut segala lilitan dikepala?...  


Alangkah malangnya kita yang dikurniakan mahkota geliga dibantu dengan pancaindera dari yang Mahakaya tidak mampu untuk menyingkap helah yang tirainya telah hampir keseluruhannya telah rebah dan terbuka.. Masih lagi terbelenggu dengan mainan sentimen si penggila kuasa kayangan .. Apa lagi yang boleh diperkatakan ...Kebenaran telah disangka pembohongan dan yang bohong itu pula dijunjung menjadi kebenaran...

Helah itu Allah telah buka sekian lama... Hanya si pemilik hati yang dijernihkan dengan iman sahaja mampu untuk memantulkan cahaya kebenaran...


No comments:

Post a Comment