Friday, March 4, 2011

Iman Coklat



Iman Coklat - Siapa yang tidak pernah merasai coklat? tetapi bagi ku jika diberi pilihan antara coklat dan vannila pasti aku akan pilih vannila ..terpulanglah pada citarasa masing masing.. Namun coklat tetap dominan sebagai perasa yang digemari ramai.. Semua orang tahu apa rasa coklat? keluarlah coklat itu dalam bentuk apa saja sekali pun termasuklah minuman, kek , ice cream .. anda pasti tahu untuk membezakannya dari perasa perasa lain..

Nah sekarang apa pula kaitannya dengan Iman? ade kaitan kah dengan siri drama TV Ustaz Coklat? Baru sebentar tadi kamu terangguk anguk dan merasai disaliva secara diam diam kelazatan rasa coklat.. Malah membaca perkataan coklat itu saja mampu untuk merangsang selera...Jadi soalan ku sekarang jika kamu tahu rasa coklat .. AdaKah kamu tahu apa rasanya Iman?..

Sudah ku tamatkan pengajian ku dari tadika hingga ke hujung dan sudah tidak terkira sesi ceramah dan usrah ku hadiri .. Namun malang jarang sekali dibincangkan akan apa rasa nya Iman.. Ustaz biasanya akan merujuk bahawa iman itu menjadi dinding kepada seseorang dari melakukan dosa.. Orang yang beriman akan tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan dan ujian... Orang yang beriman akan patuh dalam mentaati perintah Allah.. Tetapi pernahkah kita merasai nikmat iman? Nikmat? Samakah rasa nya dengan Coklat? Jika Ustaz ditanya tentang iman.. maka sudah pasti kita bermula dengan definasi, keterangan, rukun dan akhirnya kita ditinggalkan sendirian untuk melengkapkan baki jawapan untuk dicari dalam diri sendiri..

Kita akan menghargai sesuatu jika kita tahu apa nilainya .. Jika nilai untuk RM 50 sudah pasti nilainya kita semua tahu dan nilai RM 1 tak sama rasanya dengan RM50.. Apatah lagi jika RM 1 Juta.. Perasaan kita rupanya berubah mengikut tinggi rendah nilai yang kita fahami.. Jika di dalam poket kita ada RM 1 Juta sudah pasti perasaan kita akan sentiasa berdebar debar dan akan menganggap semua orang disekeliling kita ingin mencurinya dari kita..   Namun pernahkah kita menghargai iman? Iman itu ada dalam setiap diri kita yang mengaku akan ke esa an Allah akan tetapi kehadirannya bergantung kepada nilai yang kita letakkan pada nya..

Pernahkah kita berasa Insaf dan menyesal akan dosa dosa kita tatkala melihat jenazah dikebumikan.. Ketika mendengar Talkin dibacakan.. Ketika itu akan hadir perasaan yang  sangat hebat ..seram dan takut.. Seolah olah kita telah menggantikan tempat Si mati di dalam tanah itu dan talkin tadi sebenarnya ditujukan untuk kita.. Menyedari peristiwa ini kelak lambat laun akan menimpa kepada diri sendiri ..Kemuraman itu tiba tiba dihimpit dengan sempitnya liang lahad.. Lemas nya kegelapan .. Lalu .. air mata jernih menitis laju ...mengenangkan beban dosa yang tidak tertanggung akan dibawa bersama dalam kesengsaraan ini..

Penyesalan demi penyesalan menyalahkan diri sendiri atas ke alpaan akan bertemunya hari derita ini .. Lalu hati bertekad sedalam dalamnya .. Akan ku tentang HABIS HABISAN nafsu yang MENIPU... Akan ku HARAMKAN diri ku dari diperdayakan lagi oleh syaitan DURJANA.. Akan perahkan tenaga dan masa menggunungkan amal penghapus dosa...   Adakah anda sedar bahawa perasaan hebat inilah "rasa" iman yang berada di kemuncak paling manis dan paling tinggi nilai nya sehingga memberi kesan yang mendalam.... Ini lah rasa iman yang dicari cari..

Namun "rasa" iman tadi tidak akan kekal lama di lubuk hati .. Ia hanya akan terus berada disitu jika empunya hati tahu untuk menghargai kehadirannya.. Takut akan kehilangannya .. Lalu menjaganya dengan sangat cermat dan penuh berhati hati..  Tapi sayang.. Perasaan hebat tadi beransur ansur hilang .. Nilai nya semakin menyusut dek godaan yang datang dari KIRI, KANAN, DEPAN, ATAS , BAWAH! Lantas hati yang bersinar tadi kembali suram dan kelam.. Itulah iman umat zaman akhir yang sifatnya tidak pernah tetap..
Iman itu harganya sangat tidak ternilai dan kehilangannya menempah kesengsaraan demi kesengsaraan di alam yang tiada penghujungnya. Kebanyakan manusia mungkin leka dan menggunungkan usaha siang malam untuk mendapatkan kehebatan dunia. Namun pencuri iman yakni syaitan bekerja siang dan malam untuk meragut iman dari hati manusia.  Kerana Syaitan tahu nilai iman yang ada dalam kalbu anak Adam. Iman itu  menjadi punca memisahkan antara mahkluk Allah yang mana taat dan yang mana derhaka.  Ia adalah anak kunci kepada Syurga Allah SWT...
Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment