Sampai bila kita hanya jadi seperti BURUNG KAKAK TUA...
(sempena hari turunnya AlQuran)
Burung Kakak Tua
Setiap hari dan setiap masa anak ku akan melontarkan suara penuh bersemangat secara berulang ulang kali hingga suaranya serak..Lagu rakyat untuk kanak kanak ini yang ku fahami hanya sekadar senda gurau antara nenek dan cucu yang sememangnya akrab serta manja.. Melodinya riang sehingga anak ku terlompat lompat setiap kali melontarkan lirik "let chum oh lala"..
Anak ku baru setahun lebih dan telah pun memahami arahan arahan mudah bahasa ibundanya sedikit demi sedikit.. Namun dalam menyanyikan lagu ini aku pasti sikecil ini tidak memahami apa yang di sebutkan - seperti Sang burung Kakak Tua.. Apa tidaknya berderai tawa nenek bila liriknya ditukar cucu " Nenek sudah tua.. hinggap di jendela" ..Nenek apa yang hinggap dijendela.. menakutkan..
Burung Kakak Tua
Sinonimnya perupamaan ini ditujukan kepada orang yang tidak memahami apa yang dikata.. Siapakah mereka agaknya?.. Adakah mereka orang gila? Atau ia hanya berlaku pada anak kecil yang belum mengerti byk perkara?.. Tetapi percayalah.. ramai diantara kita tidak perasan yang kita jua selalu sahaja jadi begitu..
Kita sering kali terlupa .. Ah mungkin kita sengaja buat-buat lupa .. Ataupun kita hanya ingat perkara yang kita suka. Kita hanya ambil berat perkara yang kita anggap berat.. Sedar tak sedar kita selalu sahaja membiarkan diri kita dalam keadaan seperti burung kakak tua yang berkata-kata namun tidak mengerti apa yang dikatakan..Bila masa ya?..
Anak kecil itu sangat cepat perkembangan nya.. Dari hanya tahu membebel hingga mampu menyanyikan lagu.. dari mengesut.. merangkak, berjalan dan berlari.. Jika berbasikal pula mereka tidak sabar sabar untuk mencabut tayar pengimbang kestabilan agar dapat berbasikal bebas seperti abang dan kakak mereka.. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita melalui hari demi hari ada kemajuan berbanding hari hari yang sebelumnya?
Burung Kakak Tua
Itu lah saya sifatkan kepada masyarakat Melayu kita berhubung sikap mereka terhadap Kitab Suci Allah Al Qur'an.. Sedari kecilnya kita diajar bermula dengan Muqaddam .. Kita belajar melontarkan suara melalui huruf demi huruf ..Memadankan nya dengan bunyi.. Bukan sekadar itu.. Tajwid menjadi aturan agar dapat membaca dengan sempurna dan kena dengan nahu asli bahasa Arab sebagai bahasa pilihan kitab Agung itu diturunkan .. Belum lagi alunan Tarrannum dan rentak ritma yang mempunyai nama dan sifat lontaran suara yang berbeza.. Sangat asyik lagi sempurna bunyinya malah dipuji oleh bangsa asal bahasa ibunda itu ..Mereka kagum dengan kebolehan orang Melayu.. Namun adakah kita masih lagi dikategorikan sebagai Burung Kakak Tua?
Alangkah terujanya kita apabila baru sahaja membeli senaskhah surat khabar. Malah ada yang belum membayar sudah terbelek-belek muka depan dan belakang.. Tak sabar-sabar ingin mengetahui apa berita sensasinya.. Apa lagi isinya.... Namun, apa pendapat anda jika surat khabar yang tinggal hanya berbahasa tamil atau cina? Adakah anda akan turut membelinya?.. Sudah pasti akbar yang kita tidak mampu untuk mengerti isinya tidak mempunyai apa-apa nilai bagi kita.
Bagaimana pula dengan Al Qur'an? Adakah kita akan biarkan diri kita terus jadi Burung Kakak Tua sehingga kita jadi nenek yang hinggap di jendela? Adakah kita akan terus biarkan isi Al Qur'an yang juga merupakan kata-kata pesanan dari Maha Pencipta ..lagi Maha hebat ..lagi Maha luas pengertiannya dalam Al Qur'an itu terus sepi dibiarkan begitu saja seperti ia tidak mempunyai nilai apa-apa?..
Oh tak mengapa kita baca Arabnya sahaja... dapat pahala juga... Aduhh tidak ada sedikit rasa terujakah kita untuk mengetahui apa isikandungnya?.. Seolah-olah Al Qur'an itu tidak ada nilai ..Diperlakukan seperti akbar Tamil dan Cina.. Bukan ditinggalkan sehari dua.. Ya Allah! bertahun lamanya !
Kita sanggup dan tidak kisah sedikit pun apa isinya.. Bukankah hidup dan mati kita kerana nya.. Bukankan ia menjadi penyelamat dan panduan kita yang mengaku Islam..Bagaimanakah kita ingin melaksanakan rukun Iman : Percaya kepada Kitab , jika kita tidak tahu apa maksudnya..
Bukankah ayat ayat yang Maha Pengasih ini semua untuk kita semua dan ini sebagai tanda kasih dan cinta Nya kepada kita ..tidak mahu kita tersilap langkah dan sengsara selamanya..
Oh tahu ya.. Bila ya.?. Part yang mana? Haa bila mendengar ceramah agama..! Oh ketika khutbah nikah .. Kita lebih rela menunggu Ustaz dan Khatib membacakan untuk kita? .. Kenapa tidak mahu membacanya sendiri.?. Tu novel tebal tebal boleh habis baca seminggu dua.. yang ini nak minta berapa puluh tahun hidup jadi orang Islam baru habis baca.. Eh boleh habis bacakah kalau hanya bergantung kepada Ustaz untuk bacakan kita? ..Yaa sampai Ustaz bacakan talkinkah baru kita nak baca..? Ya Allah maafkan hamba mu yang alpa ini yaa Allah.. Aku menyesal memperlakukan Kitab Mu sebegini rupa. Hinanya hambaMu ini ya Allah...
Ya Allah..YARHAMNA BIL QUR'AN... YA ALLAH RAHMATILAH KAMI SEMUA DENGAN AL QUR'AN.. ..
"(Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran."[14.52] IBRAHIM
No comments:
Post a Comment