ApaKah Pekerjaan Kamu? - Terasa bersalah pula membiarkan terlalu lama untuk mendapatkan jawapan.. jawapannya soalan yang perlu disediakan dengan jawapan. Namun jawapan tidak perlu dinyatakan, cukuplah sekadar berpusing difikiran. Bukankah fikir sesaat itu lebih baik dari langit dan bumi seisinya..Fikir yang dapat memancarkan illusi cerminan untuk muhasabah diri..
ApaKah Pekerjaan Kamu? - itu lah jawapannya makna soalan persoalan post yang nombor satu.. Jawapan nye mudah berasal dari bahasa Urdu.. Soalan yang selalu kite dengar bile jumpa kawan lama mahu pun baru.. Soalan yang sama juga yang akan ditalu oleh bakal pak mertua kepada bakal menantu.. Namun itu bukan maksud ku .. bukan jua nak ulas aplikasi frasa mahupun predikat soalan itu..
ApaKah Pekerjaan Kamu? - Nah sekarang sudah tahu apa maksudnya. Tunggu apa lagi!. Tanya lah diri mu sendiri.. Sila berikan jawapan seberapa banyak yang mampu.. Namun sekali lagi ya .. tak perlu bagi tahu aku..
ApaKah Pekerjaan Kamu? - Jawapan yang dicari bukan untuk dibangga dan bukan untuk dibanding.. Jawapan soalan ini sangat berat dan sangat penting..Kamu wahai insan yang bernyawa selagi bernyawa kamu akan terus bekerja.. dan setelah sampai suatu waktu.. Kamu akan ditanya apakah pekerjaan mu sepanjang waktu itu.. ApaKah Pekerjaan Kamu?....Kya Karthi Hei? .. salam perkenalan..
No comments:
Post a Comment