Bagaimana kebanyakkan manusia mati?.. Adakah seperti seekor tikus yang menemui perangkapnya?...
Sedarkah kita bahawa hari demi hari yang berlalu bagaikan daun yang gugur dari pohonan.di mana daun yang telah gugur itu tidak akan kembali ke dahan. Seorang demi seorang di sekeliling kita pergi tanpa sedikit pun memberi kesan yang boleh benar benar menyentakkan kita dari kelalaian dan terus bertangguh tangguh. Tidak ubah seperti lembu yang bakal dikorbankan, kita terus meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa mempeduli nasib kita yang pasti masanya akan tiba.
Kita harus bimbang kerana KEBANYAKKAN MANUSIA MATI SEPERTI TIKUS YANG MAUT DIPERANGKAPNYA.. Seperti seekor tikus yang sedang lapar lalu mati terjerat ketika ingin menjamah umpan, kebanyakkan manusia mati ketika sedang sibuk dan lalai dengan perkara yang mereka suka lakukan setiap hari..
Ingatlah saat saat gerun yang bakal kita laluinya sendirian.. Ketika harta kekayaan, pangkat, keluarga, sahabat dan taulan tidak berguna lagi ..Musnah dan Sirnalah segala kesenangan dan kenikmatan dunia yang selama ini kita sentiasa risau dan takut akan kehilangannya.. Mereka mengatakan kita telah meninggalkan Dunia...Padahal Dunia itulah yang telah meninggalkan kita..Kita berhadapan dengan “MAALIKI YAUMIDDIN” iaitu "Penguasa bagi Hari Agama” Pada hari itu Allah telah menampakkan kekuasaanNya. Maka tenggelamlah segala sembahan, penguasa, raja dan ketua dunia tidak mampu lagi berbuat apa-apa.
Kenapa di sebut hari agama? Kerana ketika hari itu, semua manusia yang dikumpulkan hanya ada satu agama ...iaitu agama Islam. Semua manusia ketika itu mempunyai iman yang sangat tinggi apabila telah melihat dengan yakin kebesaran kekuasaan Allah. Sayangnya, iman mereka ketika itu langsung tidak ada nilai lagi disisi Allah.
Iman yang Allah inginkan ialah ketika mereka masih hidup sebelum roh di sentap mata terbelalak melihat bengis wajah Malaikatulmaut lalu meninggalkan bisa yang amat sangat pada tengkorok.
Iman yang Allah inginkan ialah ketika manusia beriman ketika masih bernafas dengan rasa syukur, walaupun dikelilingi rakan rakan yang asyik memperkatakan kehebatan kereta harta dan wanita, mereka ini sentiasa memperkatakan kehebatan Allah, mentaati Rasulullah dan merindukan kampung Akhirat walaupun tidak pernah kelihatan. Wallahua'lam..