Fatamorgana..
Dulu yang aku tau hanya tajuk lagu nasyid. Tapi apabila umur sudah melepasi 40an ni barulah perkataan itu besar sungguh maknanya.
Diumur ini lah kita capai kemuncak dalam kehidupan. Dalam keadaan tubuh badan masih cergas dan pelbagai perkara yang pernah manjadi impian telah tercapai.. Namun begitu kita masih lagi tercari2 dan melihat jika ada target lebih tinggi dari apa yang kita sudah ada. Maklumlah impian yang dipasang dulu ketika masih mentah dan belum terdedah dengan bermacam lagi pesona dunia.
Disaat diletakkan sasaran yang baru dan lebih tinggi barulah aku sedari betapa besarnya makna perkataan FATAMORGANA. Dunia menyebabkan aku berlari mengejar perkara yang aku SUDAH TAHU kalau aku dapatpun aku tau ia akan berulang-ulang dan meninggalkan aku dengan pelbagai kesempitan.
Diumur ini sepatutnya kita telah sedar dan kembali perbetulkan fokus mengejar objektif kehidupan yang sebenar. Setiap hari yang dilalui diisi dan disusun atur aktivitinya dengan perkara yang amat bermakna seiring dengan kematangan umur. Sebaiknya ia sudah bermula sejak umur masih muda namun amalan tanpa kefahaman jauh beza penghayatannya.
Oleh itu apapun yang pernah kita lalui selama ini bukanlah perkara yang sia-sia.. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan jika kita sanggup buka hati dan akal fikiran untuk dalami pengajarannya. Jadikanlah seluruh kehidupan kita ini sebagai satu proses untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik. Yang lebih menghargai masa dan peluang kehidupan hari demi hari yang Allah berikan.
No comments:
Post a Comment