Friday, October 30, 2020

TIDAK USAH TERLALU TERUJA BELANJA WANG KWSP

 




Di Singapura, pemerintah tidak mahu menanggung kos kesihatan rakyatnya. Oleh itu sebahagian dari wang EPF diperuntukkan untuk perbelanjaan perubatan. Seorang sepupu saya terlantar koma di hospital selama setahun sebelum meninggal dunia. Bayangkan berapa saja yang tinggal dalam akaun EPF beliau. Kalau beliau masih hidup sudah tentu apabila pencen nanti beliau terpaksa bekerja direstoran Mc Donald seperti nasib kebanyakan warga emas di Singapura. 


Di Malaysia, ada juga yang mempersendakan PM apabila beliau risaukan tentang masa depan rakyat selepas mencapai umur persaraan. Nasib persara di Singapura amat jauh berbeza berbanding di Malaysia. Di Malaysia golongan yang sudah bersara menjadi sasaran syarikat pengiklanan TV, agen skim cepat kaya dan scammer. 


Tidak usahlah terlalu teruja menggunakan wang KWSP. Cukuplah akaun 2 sudah licin dibelanjakan. Kerajaan telahpun dan terus membantu sektor2 terjejas seperti pelancongan dan semalam panggung wayang bagi memastikan syarikat dapat terus membayar gaji pekerja.

No comments:

Post a Comment