Thursday, October 29, 2020

JANGAN LETAKKAN KEPERCAYAAN 100% KEPADA POLITIKUS

 




Orang politik memang tagihkan kepercayaan dari orang ramai. Kita beri undi maknanya kita amanahkan kuasa kepada dia untuk menentukan nasib kita. Apa akan jadi jika kita letakkan kepercayaan 100% kepada mereka?


Dah berapa ramai tinggalkan Anwar? Macam mana pula dengan Mahathir? Kini Najib pula.. Kenapa Najib pun ditinggalkan? Kisah mereka sama saja.. Semua disebabkan oleh hilang kepercayaan atau hilang kredibiliti. Yang masih kekal bersama pemimpin2 ini ialah golongan yang meletakkan kepercayaan 100%. Mereka tidak kisah sama ada pemimpin mereka ni betul atau tidak.. Mereka yakin pemimpin mereka mempunyai sebab tersendiri, ada kebolehan luar biasa dan tahu apa yang mereka buat. Oleh itu tidak perlu PERSOAL dan tanya kenapa. 


NAJIB DITINGGALKAN PENYOKONG HARDCORE?


Penyelesaian luar mahkamah dengan bayaran 300 JUTA oleh Riza Aziz anak tiri Najib adalah petanda bermulanya hilang percaya saya kepada NAJIB. Kalau betul dana perfileman anak Rosmah ni bukan dari 1MDB kenapa perlu pulangkan? Patut jangan bayar satu sen pun. Tetapi mungkin Riza Aziz tidak sanggup diheret oleh Mahkamah lebih lama dan tak perlu mempertahankan kes seperti Najib maka dia bayar juga. Atas tindakan ini maka tidak salahlah jika orang ramai buat kesimpulan bahawa dana perfileman Riza Aziz memang ada kaitan dengan 1MDB. Adakah Rosmah mendesak Najib untuk bantu dan beri modal anaknya berniaga? Macam biasa dengar sikap Rosmah yang lebih dominan dari suaminya dalam membuat keputusan. 


Keduanya komen peguam termasyur yang mengendalikan kes Najib selepas Najib disabitkan bersalah oleh Mahkamah. Kata beliau "Najib terlalu percayakan orang". Jelas sebenarnya melepaskan tanggungjawab adalah cara mudah untuk mengelakkan diri dari menerima kesan buruk atas sesuatu perbuatan. 


Hakim juga dapati Najib tidak melakukan apa2 tindakan apabila diberitahu keanehan yang berlaku dalam akaun beliau. Sebagai PM dan Menteri Kewangan sudah tentu beliau cukup arif tentang undang2 pengubahan wang haram yang cukup ketat. Adalah sepatutnya beliau memantau secara dekat status keluar masuk wang dalam akaun beliau agar beliau tidak terdedah kepada sebarang tindakan undang2. Tetapi itulah...Mengaku cuai lebih baik dari mengaku bersalah.. 


Ini sedikit pencerahan saya agar tidak ada lagi yang tuduh saya yang bukan2.. Kononnya kerana saya kecewalah.. berdendam lah.. Semua itu tiada kaitan langsung. Semua tindakan saya adalah berdasarkan analisis dan minat saya terhadap isu2 politik buat sekian lama. Ia menjadikan kita lebih kritis dalam berfikir dan lebih matang dalam menilai sesuatu isu. 


Dan adalah hak masing2 dalam meletakkan stand kita untuk sesuatu isu. Lain orang lain cara pembacaan dan pengamatannya. Ada yang memang tiada masa nak baca kes2 mahkamah ni saya tau.. Tapi mungkin latarbelakang kerja saya menjadikan pembacaan kes mahkamah ini sama lazatnya seperti membaca novel. 


No comments:

Post a Comment