Tuesday, March 29, 2016

KITA TIDAK MAHU SEGELANGGANG DENGAN MAHATHIR



Sayapun ada mak ayah yang sudah tua.. Saya sentiasa mendoakan agar mereka berdua dipanjangkan umur dan terus sihat.. Jauh disudut hati rasa hiba apabila memikirkan hakikat waktu bersama mereka didunia ini semakin suntuk... 

Apabila melihatkan susuk tubuh Dr Mahathir yang melambangkan usianya ditambah pula dengan ucapannya yang tidak sebernas dulu.. Saya fikir biarlah dia puaskan hati dia bercakap semahunya.. Jika kita sudah matang dan berfikiran waras.. Kita tidak seharusnya berada di gelanggang yang sama..

Wednesday, March 16, 2016

MEREKA DILAHIRKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI





Tahukah anda, Lee Hsien Loong anak kepada Lee Kuan Yew memang telah disediakan untuk menjadi Perdana Menteri sejak kecil lagi? 

Lee mempunyai 3 orang guru Bahasa Melayu peribadi bagi memastikan beliau fasih menggunakan bahasa itu dan tidak kekok untuk bercampur gaul dengan masyarakat melayu termasuklah pemimpin-pemimpin negara nusantara yang mengelilingi Singapura. 

Tidak hairanlah beliau dipilih sebagai Perdana Menteri sebagai calon yang cukup sempurna. 

Hal ini menyebabkan beliau mempunyai banyak persamaan dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Ke 2. 

Najib Tun Razak sejak umur belasan tahun diminta oleh ayahandanya melawat dari kampung ke kampung untuk membiasakan dirinya bercampur gaul dengan masyarakat sungguhpun beliau ketika itu adalah merupakan anak kepada pemimpin utama negara.

Kini mereka berdua berganding bahu membentuk hubungan dua hala secara collective hingga dikatakan ia telah mencapai ditahap yang paling baik dalam sejarah hubungan 2 negara berjiran itu.

Saturday, March 12, 2016

SEMUANYA KERANA MUKHRIZ PERLU JADI PM



ADUHAI..Semuanya kerana anak... Satu negara huru-hara dengan serangan fitnahnya.. Patutlah DS Najib tenang saja.. Akhirnya terpaksa jua berterus terang.. 

Hal ini telah dinyatakan oleh Lokman Noor Adam sejak hari pertama serangan Mahathir lagi.. Mahathir mendambakan harapan agar dapat melihat anakandanya itu paling tidak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau menutup mata. 

Anak merupakan segala-galanya bagi setiap kita yang bergelar ibu bapa. Kita mengharapkan yang terbaik dengan segala kemampuan yang kita ada untuk memastikan kejayaan anak2 kita. Namun harus diingat anak jua adalah ujian buat kita semua. 

Rasulullah sendiri diuji apabila kesemua anak lelakinya meninggal dunia sungguhpun beliau sangat berkeinginan agar mempunyai anak laki2 untuk menyambung kerja dakwah Baginda. 

Hakikatnya kita perlu terima hatta Kekasih Allah pun dikecewakan kerana ujian dan takdir dari Ilahi. Inikan pula seorang bekas Perdana Menteri yang masih mempunyai pengaruh cukup besar. 

Ternyata ujian ini amat sukar bagi Mahathir untuk menerimanya setelah mengatur perancangan buat sekian lama. Sangkaan beliau bahawa Najib akan memberi keistimewaan kepada Mukhriz dengan menggunakan kuasanya melalui pintu belakang ternyata meleset. 


Beliau sanggup melakukan apa saja hingga maruah serta kehormatan beliau sebagai bekas Perdana Menteri yang amat disegani menjadi cagaran.

Wednesday, March 9, 2016

MENZALIMI PEMERINTAH





Kedua-dua ayat ini berada berdekatan dalam satu surah. Ayat 6 dan ayat 12 surah Al -Hujurat ini merupakan jawapan bagi mengatasi sengketa politik yang semakin menggila dikalangan umat Islam. Seorang Islam yang tulen imannya tidak akan berkompromi dalam mematuhi anjuran Allah seperti yang terkandung dalam 2 ayat ini.

"Pemerintah zalim" bukan asing namun menzalimi pemerintah dengan fitnah serta adu domba adalah bukti kehidupan kita telah jauh daripada agama.


Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):6 - Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.


Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):12 - Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.


Monday, March 7, 2016

MH370: JENAYAH DILENGAHKAN



#MH370 adalah JENAYAH yang sengaja dilengahkan siasatannya. Modus operandi menghilangkan bukti cukup klasik digunakan bagi menangani perhatian berskala besar dari seluruh dunia terhadap kes misteri ini. 

Dunia penerbangan melalui zaman kegelapan secara tiba-tiba setelah berdekad unggul dengan pelbagai kejayaan dan penciptaan paling terkehadapan. 

Jenayah tetap jenayah namun yang membimbangkan pihak yang terlibat bukanlah dari kumpulan pemberontak IS mahupun kartel dadah Kolombia. Hakikat ini menjadikan kehidupan diatas awan terus menjadi bahan peledak mangsa sengketa antarabangsa.

Tuesday, March 1, 2016

RASUAH JENAYAH YANG TIDAK WUJUD



Kita sudah sekian lama menggunakan perkataan RASUAH.. Namun sehingga kini maksud RASUAH sering berubah-rubah dan mempunyai pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Tahap toleransi pun berbeza-beza.

Baru sebut perkataan HADIAH, PENGHARGAAN, PEMBERIAN maka persoalan RASUAH lemas dalam menelek isi dalam perut dan membongkar misteri dalam hati, yang mana perihal niat dan keikhlasan ini hanya berkitar antara mahkluk dan penciptanya.

Lalu penguasa yang terkilan mencipta teori rekaan menzalimi ribuan jiwa, bebas menginaya sesiapa saja mengikut pelbagai tafsiran.

RASUAH adalah jenayah yang TIDAK WUJUD. Yang wujud hanyalah kecuaian, khianat, tidak amanah, langgar peraturan dan penipuan.

Hadiah itu halal, Pemberian itu baik, Perhargaan itu membina insan. Yang haram itu memakan sumber dari hasil penipuan dan upah untuk khianat kepada negara.