Adat itu adalah kebiasaan. Sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang. Adat itu juga sering dikaitkan dengan amalan yang diwariskan oleh generasi sebelumnya. Ada adat yang mampu bertahan turun temurun. Ada juga yang dilupakan dan berkubur bersama zaman.
Ibadat pula adalah amal yang diwahyukan dan diajarkan oleh Pesuruh Allah. Ibadat mempunyai nilai yang dijanjikan Allah dan bakal ditebus untuk mendapatkan faedah yang berkekalan diakhirat kelak. Istimewanya ibadat berbanding adat ialah ia adalah medium perhubungan yang menemukan antara hamba dan Pencipta. Ia langsung tidak ada kaitan dengan kewajipan seseorang untuk meneruskan perbuatan orang tuanya semata mata. Ia dinilai dari segi sejauh manakah seseorang itu mampu mengikhlaskan hatinya dan memberikan sepenuh tumpuan menghubungkan hatinya dengan Maha Kuasa.
Ketika hilang segala faktor yang mengganggu keikhlasan. Yang ada hanya Allah dan diri kita.. |
Acap kali berlaku tanpa kita sedari kebanyakkan amal yang sangat besar nilainya ini kita lakukan seperti hanya sekadar memenuhi syarat. Urusan duniawi seringkali mencerobohi Takbiratul Ihram merampas masa yang sedikit dan cukup berharga itu.
Habis semua segala yang lupa akan mampu diingati semula, memori lampau diimbau satu persatu, anganan menjadi sihartawan mahupun bertemu kekasih idaman... Pencipta Sekalian Alam lalu menjadi Murka kerana hamba durhaka tiada langsung memberi ruang untuk mengingati Penciptanya, tiada langsung perhatian untuk si Pemberi rezkinya, tiada langsung rasa takut kepada Pemutus nasib untung dan ruginya. Lalu amal ibadah yang telah menjadi adat tadi dicampakkan kembali dari langit kemukanya seperti kain buruk yang tidak bernilai.. Malang kain buruk itu hanyalah perkhabaran dalam Al Quran. Ianya bersifat ghaib dan tidak mungkin dirasainya kecuali bagi mereka yang sedar dan menyesal...

Sujud adalah puncak kelazatan iman dalam solat. Detik yang paling hampir antara hamba dan Penciptanya. Kedudukan selayaknya seorang hamba kepada Pencipta. |
Apabila kita beribadat kerana selain daripada Allah... Iaitu kerana mahu dipertontonkan kepada orang lain, hanya kerana ingin meneruskan kebiasaan, hanya amalan yang diperturunkan, hanya memenuhi permintaan ibu dan ayah.. hanya ingin memperkatakannya di facebook dan twiter.. hanya kerana tidak mahu disisihkan manyarakat .. hanya kerana tidak mahu dilihat ganjil oleh jiran-jiran.. hanya untuk menarik orang lain memuji dan mengagumi kebaikan kita.... Apa gunanya.. Helah ini langsung tidak memberi sedikit manfaat atas tujuan asal ibadah itu diwahyukan .. Helah ini hanya menipu diri sendiri dan meninggalkan kita kelak berseorangan di dalam kubur bersama amal yang banyak namun tiada nilai disisi Allah. Amal yang tidak memberi kesan kepada jiwa hanya meninggalkan sengal dan bisa pada anggota badan. Amal yang kalau dia tinggalkan hanya mengundang rasa takut dan risaunya kepada mahkluk sekelilingnya.. Tidak ada langsung rasa takut dan kesalnya atas perbuatan mempermainkan Allah..
Bagaimana sifat taat dan derhaka berlaku dalam solat? |
Ingatlah mulai dari sekarang, ibadah itu tujuannya adalah untuk kita menghubungkan hati kita dengan Allah sedekat-dekatnya. Malah lebih dekat dari kerongkong kita sendiri. Denganya kita mampu merasa Allah itu sentiasa bersama kita dan mendengar gerak hati kita.. Lalu amal perbuatan kita lebih mudah untuk menepati kehendaknya. Amal perbuatan yang menyukakan Allah dan terus melakukannya dengan harapan agar Allah suka kepada kita dan ketika itu nikmat iman akan senantiasa menemani kita .. Hubungan Istimewa antara hamba dan Penciptanya akan berkekalan hingga ke Syurga
No comments:
Post a Comment