Thursday, August 16, 2012

Ustaz Nasya : Rapatkan SAF!

Meneliti kenyataan penuh Ustaz Nasya yang juga bekas Timbalan Presiden PAS sudah semestinya mampu menjernihkan semula pemikiran sebahagian besar umat Islam di Malaysia tentang betapa pentingnya usaha untuk merapatkan saf demi mempertahankan agama yang kita anuti ini melampaui sebarang sempadan ideologi dan fahaman politik.


Suasana santai dan mesra di apit oleh ulama besar di Masjidil Haram. Adakah ia bakal mengubah landskap politik negara kita? Ramai rakan seangkatan PAS tidak senang dengan keadaan ini seolah-olah ia merupakan satu dosa besar.

Ada yang mungkin sibuk berkira-kira pihak manakah yang akan lebih mendapat manfaat apabila sekeping gambar beliau bersama Perdana Menteri terpangpang didada-dada akhbar. Namun suasana santai dan mesra dua tokoh politik dari dua parti umat Islam terbesar negara itu lebih-lebih lagi diapit oleh ulama tersohor di Tanah Suci Mekah memberikan perspektif baru kepada landskap politik negara. Ia memecahkan dinding sengketa dan perbalahan antara umat Islam yang seringkali menggusarkan mereka yang sangat mencintai perpaduan Islam.

Teringat kembali soalan saya kepada Dato Sri Mustafa Mohamed apabila berpeluang menyertai sekumpulan pelajar matrik UIA PJ ke jamuan Iftar di kediaman rasmi beliau sekitar tahun 1999, "Sebagai seorang pelajar dan juga gologan remaja yang tidak mengerti dengan konflik yang berlarutan sekian lama antara UMNO dan PAS, saya melihat keadaan ini satu yang amat merugikan kepada kekuatan bangsa dan agama kita. Dimanakah titik pertemuan yang bakal menyatukan kita semua?" . Menteri yang sangat mesra rakyat ini kemudiannya menyatakan bahawa ia terpulang kepada cara pembawakan pimpinan parti dalam mencorakkan halatuju pengikutnya.


Pengaruh Ustaz Nasya sangat signifikan dalam PAS dan beliau semakin disisihkan oleh PAS kerana sering menganjurkan dialog penyatuan ummah dengan pemuda UMNO seketika dahulu.

Adalah amat penting tidak kira bagi parti PAS atau pun UMNO mempunyai pemimpin yang berjiwa besar dan meletakkan rasa cinta kepada agamanya melebihi segala-galanya. Pemimpin yang tidak akan sekali-kali mengorbankan prinsipnya demi sedikit kelebihan dan keselesaan dunia. Pemimpin yang berani menyatakan pendiriannya walaupun terpaksa menentang arus. Munculnya pemimpin sebeginilah yang akan menyelamatkan dan menyatukan umat Islam.

Semoga sinar di penghujung Ramadhan ini memberi harapan baru untuk Islam yang lebih kuat dan gemilang... Amiiin ..





Penjelasan Nasharudin

NASHARUDIN Mat Isa kelihatan ceria sejurus tiba dari Jeddah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Ibadat: Nikmat atau hanya sekadar Adat..



Adat itu adalah kebiasaan. Sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang. Adat itu juga sering dikaitkan dengan amalan yang diwariskan oleh generasi sebelumnya. Ada adat yang mampu bertahan turun temurun. Ada juga yang dilupakan dan berkubur bersama zaman.

Ibadat pula adalah amal yang diwahyukan dan diajarkan oleh Pesuruh Allah. Ibadat mempunyai nilai yang dijanjikan Allah dan bakal ditebus untuk mendapatkan faedah yang berkekalan diakhirat kelak. Istimewanya ibadat berbanding adat ialah ia adalah medium perhubungan yang menemukan antara hamba dan Pencipta. Ia langsung tidak ada kaitan dengan kewajipan seseorang untuk meneruskan perbuatan orang tuanya semata mata. Ia dinilai dari segi sejauh manakah seseorang itu mampu mengikhlaskan hatinya dan memberikan sepenuh tumpuan menghubungkan hatinya dengan  Maha Kuasa.


Ketika hilang segala faktor yang mengganggu keikhlasan. Yang ada hanya Allah dan diri kita..

Acap kali berlaku tanpa kita sedari kebanyakkan amal yang sangat besar nilainya ini kita lakukan seperti hanya sekadar memenuhi syarat. Urusan duniawi seringkali mencerobohi Takbiratul Ihram merampas masa yang sedikit dan cukup berharga itu.

Habis semua segala yang lupa akan mampu diingati semula, memori lampau diimbau satu persatu, anganan menjadi sihartawan mahupun bertemu kekasih idaman... Pencipta Sekalian Alam lalu menjadi Murka kerana hamba durhaka tiada langsung memberi ruang untuk mengingati Penciptanya, tiada langsung perhatian untuk si Pemberi rezkinya, tiada langsung rasa takut kepada Pemutus nasib untung dan ruginya. Lalu amal ibadah yang telah menjadi adat tadi dicampakkan kembali dari langit kemukanya seperti kain buruk yang tidak bernilai.. Malang kain buruk itu hanyalah perkhabaran dalam Al Quran. Ianya bersifat ghaib dan tidak mungkin dirasainya kecuali bagi mereka yang sedar dan menyesal...

Sujud adalah puncak kelazatan iman dalam solat. Detik yang paling hampir antara hamba dan Penciptanya. Kedudukan selayaknya seorang hamba kepada Pencipta.

Apabila kita beribadat kerana selain daripada Allah... Iaitu kerana mahu dipertontonkan kepada orang lain, hanya kerana ingin meneruskan kebiasaan, hanya amalan yang diperturunkan, hanya memenuhi permintaan ibu dan ayah.. hanya ingin memperkatakannya di facebook dan twiter.. hanya kerana tidak mahu disisihkan manyarakat .. hanya kerana tidak mahu dilihat ganjil oleh jiran-jiran.. hanya untuk menarik orang lain memuji dan mengagumi kebaikan kita.... Apa gunanya.. Helah ini langsung tidak memberi sedikit manfaat atas tujuan asal ibadah itu diwahyukan .. Helah ini hanya menipu diri sendiri dan meninggalkan kita kelak berseorangan di dalam kubur bersama amal yang banyak namun tiada nilai disisi Allah. Amal yang tidak memberi kesan kepada jiwa hanya meninggalkan sengal dan bisa pada anggota badan. Amal yang kalau dia tinggalkan hanya mengundang rasa takut dan risaunya kepada mahkluk sekelilingnya.. Tidak ada langsung rasa  takut dan kesalnya  atas perbuatan mempermainkan Allah..

Bagaimana sifat taat dan derhaka berlaku dalam solat?

Ingatlah mulai dari sekarang, ibadah itu  tujuannya adalah untuk kita menghubungkan hati kita dengan Allah sedekat-dekatnya. Malah lebih dekat dari kerongkong kita sendiri. Denganya kita mampu merasa Allah itu sentiasa bersama kita dan mendengar gerak hati kita.. Lalu amal perbuatan kita lebih mudah untuk menepati kehendaknya. Amal perbuatan yang menyukakan Allah dan terus melakukannya dengan harapan agar Allah suka kepada kita dan ketika itu nikmat iman akan senantiasa menemani kita .. Hubungan Istimewa antara hamba dan Penciptanya akan berkekalan hingga ke Syurga




Tuesday, August 7, 2012

Misbun & Lee Chong Wei : HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR




Antara guru dan anak murid.. Seperti ayah dan anak..

Mereka berdua bukanlah panglipulara yang bisa menyulamkan  kisah rasa suka duka, pahit getir untuk tatapan umum. Namun kita dapat menggambarkan betapa apa yang mereka lalui dalam menggapai cita-cita itu menyimpan seribu satu kisah yang meruntun jiwa.

Di dalam kekalutan integrasi negara yang semakin terpisah, mereka berdua mendakap erat ibarat seorang "anak dan ayah". Walaupun datang dari  bangsa dan agama yang berbeza, ia tidak menghalang mereka dari terus berkongsi ilmu, pengalaman dan usaha demi satu impian. Ketulenan keikhlasan yang lebih dari sekadar seorang guru yang mahukan kejayaan anak muridnya adalah punca mereka berdua mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Diantara mereka tidak wujud perbezaan ideologi. Tiada langsung sentimen perkauman. Agama pun bukan menjadi sempadan. Mereka hanya fokus kepada sukan yang mereka cintai. Mereka membina matlamat yang jelas. Mereka sibuk merangka usaha hari demi hari untuk mencapainya. Keikhlasan perhubungan mereka ini menjadikan mereka lebih kuat dan lebih yakin. Saling menghormati. Saling menghargai.

Bukan sekadar tanggungjawab dan kepentingan sendiri.. Mendidik dengan penuh ikhlas tanpa mengira bangsa dan agama..


Pengalaman Misbun memudahkan Chong mengharungi onak dan duri sebagai pemain badminton tersohor di dunia.



Ikatan antara jurulatih dan pemain sangat penting untuk mengurus bukan sahaja dari segi taktikal dan fizikal.. tetapi yang lebih penting ialah kekuatan mental.

Kisah mereka berdua wajar dikongsi kerana ia merupakan sesuatu yang sangat besar nilainya dalam pembentukan negara majmuk berbilang kaum seperti Malaysia. Jelas gandingan mereka yang telah mencipta fenomena serta memusnahkan segala sempadan yang selama ini membelenggu perpaduan rakyat. Siapa saja yang cuba memperlekeh semangat juang  mereka akan tersungkur ditentang segenap pihak walau terpaksa mengakui kerosakkan yang dibawa idiologi ketaksuban segelintir rakyat Malaysia. 

"The Giant Killer" : Beberapa anak buahnya pernah memegang gelaran nombor satu dunia..

Walau bagaimanapun, hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat Malaysia amat jauh sekali dilihat seperti Misbun dan Chong Wei. Lihat saja betapa hebatnya perhubungan mereka berdua setiap kali lensa kamera merakam gelagat Chong Wei sebaik sahaja meraih kemenangan seperti di pentas akhir All England. Beliau meluru keluar gelanggang dan memeluk Misbun seperti anak kecil. Masyarakat Malaysia?..Jauh .. Oh jauh sekali..


Tidak salah memelihara tradisi. Asalkan tidak mengasingkan diri dan menggugat perpaduan

Masyarakat Malaysia semakin ingin memperluaskan jurang tetapi dalam masa yang sama sanggup berpura-pura intim demi memenuhi kepentingan bangsa sendiri. Sejak sekian lama mereka telah diasingkan melalui institusi pendidikan yang menjadi asas pembangunan masyarakat. Kononnya mereka ingin mengekalkan budaya dan tradisi keturunan mereka, namun hakikatnya sikap kekitaan yang melampau pula sering disuburkan.

Mereka tidak berpeluang untuk bercampur dengan bangsa lain di aliran vernakular masing-masing. Jauh sekali untuk memahami dan menghargai sikap keterbukaan dan toleransi oleh kaum bumiputra. Ruang kosong yang tinggal ini dipenuhi dengan sikap berprasangka dan kekitaan yang melampau sebagai balasan.

Extremist ini telah lupa dengan asal usul mereka dan malah mereka tidak mempedulikan nasib kaum bumiputra yang selama ini mengalu-alukan kedatangan mereka. Mereka mengheret sebilangan besar dikalangan mereka dengan perjuangan extremist mereka. Tanpa mereka sedari bahawa mereka sebenarnya membawa bangsa mereka berada di jurang kemusnahan kerana enggan untuk berpijak dibumi yang nyata. Mereka semakin jauh tersisih dari bangsa-bangsa lain yang perlu ditewaskan dengan helah "Hak Kesamarataan" demi memenuhi matlamat mereka.



Persefahaman akan terbentuk apabila kita selalu bersama untuk mencapai cita-cita

Di mana sikap saling bantu membantu untuk maju? Mengapa perlu bersikap tamak haloba dan pentingkan diri sendiri? Apakah mereka ini senantiasa bersedia untuk mengambil kesempatan keatas sikap terlalu baik bumiputra terhadap mereka?

Saling berterima kasih, Saling terhutang budi dan saling hormat menghormati.. Adakah kita mampu mewujudkan persefahaman yang tulen dan ikhlas?

Adakah kejayaan yang dibawa Misbun dan Lee Chong Wei akan menjadi kenyataan sekirannya sikap pentingkan diri sendiri ada dalam lubuk hati mereka berdua? Ayuh rakyat Malaysia.. Jangan biarkan virus extremist merosak dan mengancam generasi masa depan.

Mansuhkan semua sekolah vernakular. Gantikan dengan mekanisma baru untuk memelihara budaya dan tradisi mereka. Tiada sesiapa pun berhak mengasingkan rakyat Malaysia dalam apa-apa lapangan kemasyarakatan, apa lagi dalam institusi pendidikan yang menjadi asas pembentukan generasi masa hadapan.

Terimalah negara ini seadanya.. Di sini cukup segalanya...Yang kurang diantara kita hanyalah persefahaman dan kasih sayang.
Tuntutan perpaduan mengatasi kepentingan sesuatu kaum.



http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2012/8/5/sports/11800574&sec=sports

Misbun: Win or lose, nation should be proud of Chong Wei’s achievement


UKAY PERDANA: Datuk Misbun Sidek looks as though he has lost some weight during this Ramadan month but his passion for badminton and admiration for his former singles player Lee Chong Wei have not diminished at all.
Yesterday, he spoke highly – and with a sense of pride – of Chong Wei’s accomplishment in reaching his second consecutive men’s singles final in the Olympic Games by setting up a repeat showdown against four-time world champion Lin Dan of China today.
In Beijing, under the tutelage of Misbun, Chong Wei became the first Malaysian to reach the final but went down to Lin Dan in a lopsided match.
<b>Those were the days:</b> Misbun Sidek and Lee Chong Wei during their time together as mentor and student. Those were the days: Misbun Sidek and Lee Chong Wei during their time together as mentor and student.
Chong Wei has trained under many coaches but was with Misbun the longest as both enjoyed “a father and son” relationship.
“Chong Wei had so many things going against him heading into the London Games. He endured physical pain because of his injuries and heartache due to his family problems. He has had to deal with tremendous mental strain after dropping from the world number one ranking just before the Games and all the high expectations,” said Misbun.
“But he has taken it all in his stride to reach the final of an Olympic Games once more. It is simply outstanding. It speaks volumes of a man with a strong determination. He has made everyone proud, including his former coaches. And the nation should be proud of him ... whatever the outcome tomorrow (today).”
“If he continues to show this kind of drive and maintains his focus in training, I won’t be surprised if he remains a genuine title contender at the next Olympic Games (in Rio in 2016).”
This is the first time Misbun has spoken openly about Chong Wei since walking out on his blue-eyed boy and the national team 18 months ago.
He left the Badminton Association of Malaysia (BAM) on a sour note, citing unhappiness over several decisions made by the national body.
He has kept himself busy by coaching juniors under the joint programme between Nusa Mahsuri and the Youth and Sports Ministry – and spending a lot of time fishing.
However, he has never stopped monitoring Chong Wei’s progress and he rates the Malaysian’s chances of winning the country’s first Olympic gold medal as “50-50”.
“In Beijing four years ago, Chong Wei did not expect a strong fight from Lin Dan, having just beaten him at the Thomas Cup Finals two months earlier. Lin Dan’s sudden transformation derailed Chong Wei’s plans and paralysed his movements ... he just could not find his game,” said Misbun.
“This time it will be different. Chong Wei’s motivation is stronger and he is baying for Lin Dan’s blood. He is self-motivated ... I saw his strong desire in the way he outplayed China’s Chen Long in the semi-finals.
“Chong Wei has come a long way. He has set new standards and winning the silver at the last Olympic Games was a breakthrough. Now, he has a chance fulfil his dream – and help himself to the pot of gold waiting for him.
“His success will be a great satisfaction for me, knowing that I have been his friend before. We have met a couple of times since I left and, hopefully, he remembers all the advice I have given him and give Lin Dan a run for his money.”
Asked if he regretted not being with Chong Wei in London, Misbun said: “No, I have no regrets. I have neither influenced nor interfered with his training since I left. He has done well to raise his game even higher. He is more calm and composed now and I hope he will be able to fulfil the vision that we had together – to win the country’s first gold medal.”