Tuesday, November 8, 2011

Masa untuk diri sendiri...

Masa untuk diri sendiri



Masa kita sudah terlalu banyak dihabiskan untuk orang lain sampai tiada masa langsung untuk diri sendiri. Saban hari dikejar dengan pelbagai urusan dan dihimpit dengan pelbagai kerenah manusia disekeliling sebelum rebah kepenatan.
Esok bangkit saja dari tidur, upacara melayan orang lain telah menunggu dan sekali lagi orang lain itu jua yang di utamakan lagi dan lagi. Jangan salahkan orang lain kerena mereka tetap berada di situ tetapi kita yang sentiasa mencari mereka dan membiarkan sepi tanpa dipeduli masa untuk diri sendiri.. Ya kitalah yang memilih untuk menghabiskan kesemua masa yang kita ada untuk orang lain dan secara tergamaknya tidak meninggalkan sedikit pun masa untuk diri sendiri.
Alangkah baiknya jika kita mampu untuk adil kepada diri sendiri dan menunaikan tanggungjawab yang besar ini dengan penuh cermat dan tidak pernah leka!.. Jika ada pun diantara kita meluangkan sedikit masa yang ada untuk diri sendiri, masa yang sedikit itu bagaikan sering cuba untuk terlepas dari genggaman. Yang lebih parah, pada zahirnya sahaja kelihatan tetapi isinya tetap untuk orang lain..
Apa yang dimaksudkan dengan masa untuk diri sendiri itu?
Masa untuk diri sendiri yang aku maksudkan adalah masa yang benar-benar memberi makna kepada masa hidup kita keseluruhannya...
Masa yang bakal diletakkan segala pengharapan kepadanya apabila anak, Isteri, harta dan sahabat handai langsung tidak lagi mampu untuk mempertahankan kita..
Masa yang manjadi perbendaharaan tak ternilai dan bakal menebus diri kita dari kesengsaraan dan kemelaratan yang tidak berkesudahan.  
Masa yang sedikit ini lah yang akan kita ungkit-ungkit dan dijerit-jerit dihadapan Mizan Rabb apabila dibentangkan masa lain yang panjang penuh dengan noda dan nista..
Masa yang dulu kita bakhil dan sempit untuk Nya..
Malah ada masa yang dipersembahkan hanya sekadar untuk melepaskan syarat, pura-pura dan untuk mendapat pujian manusia..Tak kurang juga masa yang nampak pada zahirnya penuh fokus namun sebenarnya dipadatkan dengan angan-angan dan cita-cita lekanya kepada kehidupan dunia..
Lalu dimanakah itu masa yang sebenarnya yang layak untuk menjadi punca kebergantungan untung nasib yang bakal dipertaruhkan?
Setiap saat masa kehidupan dunia ini sangat berharga kerana sungguhpun masa hidup ini sangat singkat, namun kesilapan yang belaku padanya akan menyebabkan kesengsaraan melampau di kehidupan akhirat yang sangat panjang...

No comments:

Post a Comment