Wednesday, November 9, 2011

Kita tiada pilihan lain..

Kita tiada pilihan lain..



Sejak dari kecil kita sering diberikan dengan pelbagai pilihan... Walaupun kebanyakan perkara seperti pakaian, makanan  dan lain-lain keperluan ditentukan oleh ibu dan ayah, namun sedikit demi sedikit kita mencampuri urusan ini dan mula membuat pilihan untuk diri sendiri..
Si kecil dalam membuat pilihan, tidak banyak bezanya berbanding pilihan dari kanak-kanak lain seumurnya.. Ini kerena  jiwa mereka masih bersih dari dipengaruhi oleh kekotoran dunia yang penuh dengan helah dan tipu daya. Apabila ditanya kepada mereka siapakah yang ingin memasuki syurga? Sudah pasti tidak akan ada yang terkecuali mengatakan "Ya! Saya ingin ke syurga!" ..  
Apakah keupayaan untuk memilih ini suatu kelebihan atau kekurangan kepada kita? Setujukah anda jika saya katakan soalan memilih antara Syurga dan Neraka ini sebenarnya tidak langsung memberikan kita peluang untuk memilih?
Sebelum diberikan pilihan kita sudah pasti akan cuba untuk mengenali dan memahami terlebih dahulu pilihan-pilihan yang ada sebelum dibuat perbandingan. Mungkin ada banyak jenis pilihan yang memberi kita peluang untuk memilih, namun wujudkah peluang untuk memilih jika perkara yang akan dipilih hanya melibatkan syurga dan neraka..
Ramai manusia yang tidak mampu memahami mengapa neraka itu digambarkan dengan sifat yang cukup dasyat dan menggerunkan... Malah dikatakan dalam Al Quran bahawa neraka itu seburuk buruk tempat untuk kembali.. Disebut pula janganlah ahli neraka itu mengharapkan sekadar  satu siksaan, malah harapkanlah siksaan yang banyak... Neraka itu langsung tidak sesuai untuk didiami.. Neraka itu tempat yang sempit dan busuk .. Jika dibukakan hatta satu lubang neraka sekecil jarum sekalipun pasti akan hangus dunia ini keseluruhannya.. Belum lagi diperihalkan jenis siksaan yang tidak tergambar dasyatnya.. Ahlinya dihina .. Muka mereka diseret ke tanah sebelum dicampakkan ke dalam lembah-lembah yang sempit. Perut mereka pula hanya dipenuhi dengan buah Zarqum dan nanah..
Apabila datang berita tentang naraka, bukan soal suka atau tidak suka yang dibicarakan..dan bukan juga yakin atau tidak yakin dipertikaikan..
suka atau tidak...
yakin atau sangsi...
Neraka hanya akan menunggu penghuninya seperti mana yang telah ditetapkan oleh Penciptanya ..
Hakikatnya ... neraka langsung bukan pilihan bagi sesiapapun yang sudah mengenalinya..
Kita tidak pernah diberikan pilihan lain selain daripada terpaksa akur, patuh, taat dan tunduk kepada Penciptanya..
Pencipta tidak pernah mengharapkan kebinasaan kepada mahkluk ciptaannya.. malah sebenarnya mahkluknya itulah yang tidak mempedulikan kebinasaan yang berpunca daripada pilihannya..

No comments:

Post a Comment