Wednesday, July 15, 2026

AI JIMATKAN MASA, KERANA MASA SEMAKIN SUNTUK

 

 


 Pelbagai teknologi telah dicipta untuk menambahbaik kualiti kehidupan manusia. Namun tanpa sedar Pencipta bagi segala pencipta teknologi mungkin telahpun mempunyai alasan untuk setiap teknologi yang diciptakan. 

Jika manusia sebelum ini memerlukan masa berbulan-bulan dilautan untuk merentas benua, kini masa dipendekkan kurang dari sehari dengan penciptaan pengangkutan udara. 

 Jika manusia sebelum ini memerlukan masa berhari-hari untuk mendapat perkhabaran orang jauh, kini orang jauh seperti mengikuti kita dimana-mana dengan penciptaan komunikasi 5G. 

Belum lagi penciptaan pelbagai mesin memudahkan manusia menguruskan kehidupan. 

Namun jika diteliti teknologi yang paling bernilai dan memberi manfaat besar kepada kehidupan ialah  teknologi yang dapat MENJIMATKAN MASA. 

MASA adalah unsur paling utama dalam kehidupan. Tanpa masa, kehidupan tidak wujud. Setiap manusia diberikan masa untuk diisi mengikut kepentingan masing-masing. Namun Maha Pencipta yang memiliki MASA lebih tahu perkara apakah yang patut diisi bagi setiap saat manusia miliki. 

Penciptaan AI khususnya dikhuatiri dapat menggantikan manusia dalam beberapa jenis profesyen. Namun itu bukanlah tujuan utama ia diciptakan, manfaat AI paling besar ialah peranan ia dalam MENJIMATKAN MASA. Internet sudah lama ada dalam kehidupan manusia, cuma gabungan antara Internet dan AI menjadikan manusia dapat menyelesaikan segala macam kerja dalam tempoh yang singkat. Segala persoalan dalam kehidupan manusia termasuk hakikat kehidupan akan bertemu dengan jawapan dalam seminit dua. 

Pencipta bagi segala pencipta mahukan..

Manusia segera menyelesaikan urusan keperluan kehidupan agar mereka ada lebih banyak masa untuk mencari kebenaran.

Dalam mencari kebenaran pun manusia tidak perlu mengambil masa terlalu lama kerana segalanya ada didalam poket sendiri, tidak perlu jauh mengembara. 

Manusia tiada lagi alasan kononnya terlalu sibuk mengurus kehidupan dunia. Segalanya kini telah dipermudahkan dan hasil kerja sangat memuaskan sungguhpun tidak mengambil masa terlalu lama.  

Manusia kini mempunyai lebih banyak masa untuk digunakan tepat dengan tujuan asal ia diciptakan iaitu untuk mendapat keselamatan dan kesejahteraan di kehidupan seterusnya. 

Kerana apa saja manusia usahakan di dunia ini akan tetap ditinggalkan malah akan binasa. Oleh itu mewajarkan masa semata-mata untuk kehidupan sementara adalah kejahilan tanpa alasan. 

 

 

No comments:

Post a Comment