Masih segar rasanya para penceramah , Ustaz2 buat road tour di sokong Jabatan Agama, berforum membincangkan tentang BAHAYA SYIAH. Sehari dua ini dikala peperangan masuk minggu kedua apabila desas desus kematian Natanyahu semakin kedengaran, rupanya dah 3 kali Trump memujuk Iran untuk terima gencatan senjata, NAMUN Iran menolak dengan memberi alasan tidak lagi mahu mempercayai TRUMP setelah berkali-kali dikhianati. Masa untuk memberi mesej jelas agar tiada lagi sesiapapun dibelakang hari terdetik rasa untuk mengulangi Perang yang dibuat tidak semena-mena. Gencatan sejata hanya memberi peluang musuh untuk bernafas sebelum kembali menyerang. Begitulah keberanian yang meleburkan ego sebuah negara yang sentiasa menjadikan aset-aset pertahanannya sebagai sebab untuk dinobatkan sebagai pemilik kuasa ketenteraan terhebat didunia. Berbanding Iran, perbandingan ini sentiasa diulangi dalam Al Quran untuk menguji keimanan kita terhadap kekuasaan Allah berbanding kekuasaan mahluk yang diciptaNya. Jelas langkah Iran untuk tetap meneruskan perang hingga ketahap HANCUR adalah sebagai memenuhi tuntutan didalam Al Quran. Iran sebuah negara majoriti SYIAH yang dileparkan tuduhan setaraf SESAT rupanya amat memuliakan Al Quran dalam setiap polisi pemerintahannya termasuk ketika perang
No comments:
Post a Comment