Friday, December 5, 2025

Selepas Sejarah.. Adakah agama kita pun telah di "PROGRAM" oleh Mat Saleh?

 

Jijik rasanya melihat buku teks sejarah sekolah yang masih meratib kisah baik si penjajah seolah-olah guru-guru di sekolah sekian lama mengajar di bumi merdeka masih menghambakan diri terus menipu anak bangsa kononya tok nenek mereka bodoh dan kolot, menadah ketibaan orang putih untuk menikmati kemajuan, padahal ditinggalkan terus miskin dan lemah setelah habis kekayaan tok nenek dijarah. Tidak mahu jejak keji mereka dikesan, saki baki kebodohan dipergunakan agar kehadiran mereka tanpa diundang ini diagungkan. 

Permainan mereka terus berlangsung sungguhpun dunia kini mempunyai geopolitik yang berbeza. Tetapi agendanya masih sama. Ya tujuan mereka datang dahulu buku teks kita kata kerana rempah dan lada hitam. Sebenarnya mereka datang adalah untuk meneruskan agenda perang salib. Dari keruntuhan empayar Uthmaniah dek sogokan negara bagi bangsa arab, hingga memberi sokongan terhadap penganut agama hindu untuk menamatkan pemerintahan Islam di Delhi, mereka tidak pernah berhenti mencaturkan dunia demi permusuhan mereka terhadap Islam. 

Mereka mengkaji Al Quran yang didakwa menjadi punca kekuatan ummat itu. Mereka yakin sekiranya orang Islam dapat dijauhkan dari menghayati kitab suci agama itu sudah pasti mereka boleh dengan mudah menundukkan umat Islam yang semakin ramai. Mereka melihat perpecahan umat Islam sebagai peluang untuk melemahkan mereka. Mereka cipta Islam Moderate agar dengan mudah mereka melabelkan kumpulan lain sebagai ancaman kepada keamanan dan extremist. Umat Islam terus jadi seperti lembu yang tidak melawan sedangkan lembu yang lain satu per satu sedang dikorbankan. Dahulu lembu yang dikorbankan mungkin dibawa kentempat lain. Tetapi kini lembu dikorbankan dihadapan lembu yang lain dari celik mata hingga tutup mata. Rupanya lembu akan bertukar singa jika tahu ada rupanya ayat dalam Al Quran untuk berperang membela saudara seagamanya. 

Bahayanya Al Quran tetapi zaman ini orang putih tak perlupun rampas Al Quran dari tangan orang islam. Cukuplah segala sistem pembelajaran dari kecil hingga dewas diprogramkan. Dari kecil hingga besar hanya tahu membaca arabnya saja. Jika ada pun kelas agama hanya sentuh perkara terpilih sahaja. Dah dewasa di masjid2 masih lagi belajar membaca walaupun dipanggil mengaji sungguhpun langsung tidak dikaji.  Jika petik dari terjemahan pula akan disergah kerana tidak rujuk guru padahal umur sudah hampir setengah abad masih tidak tahu isi kandungan AlQuran. Kononnya baca terjemahan tanpa berguru akan sesat padahal lebih ramai diluar sana sesat kerana guru berbanding al Quran. 

Al Quran lah punca hidayah tetapi dilayan seperti kitab pengganas yang boleh merosakkan pemahaman. Begitulah teruknya kita telah diprogramkan jadilah kita umat Islam yang bodoh seperti lembu yang bangga diterima barat kerana kesederhanaannya. Isunya bukan saja berkisar tentang pertahanan tetapi isu sosial dan ekonomi pun tidak berpandukan AlQuran. Tidak ada bezanya kita seperti umat zaman dahulu yang mengambil sebahagian dan sebahagian lagi ditinggalkan. Yang amat dikesali golongan pendidik dan alim ulama turut menjadi sebahagian dari program melembukan umat Islam ini.