Sunday, December 11, 2016
INILAH WAJAH MALAYSIA MODEN
Inilah Wajah Malaysia Moden yang kita nantikan buat sekian lama..
Bagi yang pernah keluar negara, jaringan pengangkutan yang cekap khususnya sistem train akan menjadi tajuk utama dalam memperbandingkan antara negara kita dengan negara yang dilawati.
Tidak seperti negara-negara Eropah yang sudah memiliki sistem train buat sekian lama, negara-negara di rantau Asia khususnya mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang menjadikan sistem train lebih dari sekadar membawa manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.
GAYA HIDUP MODEN
Di Paris sebagai contoh stesen-stesen Metronya tidak mempunyai kemudahan tandas. Tiada kemudahan escalator pada banyak stesen sama seperti di London. Ini kerana negara-negara ini antara yang terawal memiliki sistem train di dunia.
Di Asia, negara-negara yang baru merangka sistem train ini berpeluang mengambil kira faktor-faktor keselesaan, keselamatan, kelestarian penggunaan tenaga, perancangan bandar masa hadapan dan kegiatan ekonomi setempat.
Di Singapura yang memulakan sistem MRT pada 1985, stesen-stesen MRT mereka disambungkan dengan pusat membeli belah bawah tanah. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke gedung membeli belah, kewujudan pusat membeli-belah seperti NU Sentral yang menyambungkan KL Sentral dengan Monorail adalah salah satu contoh kegiatan ekonomi yang boleh diwujudkan melalui jaringan pengangkutan moden ini.
Di negara maju seperti Switzerland tidaklah dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Namun jaringan pengangkutan awam yang cekap, selesa dan moden menjadi mengukur keunggulan gaya hidup rakyat negara itu berbanding negara-negara lain di dunia. Ini kerana stesen-stesen train ini menjadi tumpuan utama rakyat pada setiap hari. Ia menjadi laluan kehidupan mereka selain pejabat dan rumah.
Pengalaman bersesak dalam jem dan tidak ketentuan masa untuk sampai ke destinasi bakal menjadi sesuatu yang amat perit untuk diingati selepas ini. Di tambah dengan lebuhraya "jalan potong" berTOL yang berlapis-lapis di Kuala Lumpur seolah-olah ada pihak yang sengaja menghalang perluasan jaringan train moden ini hingga ia menjadi isu kemarahan penduduk bandar setiap kali piliharaya.
Pengambilalihan pentadbiran kerajaan oleh Dato Seri Najib Tun Razak seumpama membayar segala hutang-hutang kerajaan yang sepatutnya telah lama dinikmati oleh rakyat tetapi dilengah-lengahkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Negara bakal menyaksikan lebih banyak perubahan significant dalam gaya hidup moden rakyat dengan termetrainya perjanjian High Speed Railway hasil hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.
Friday, December 2, 2016
ORANG YANG CAPAI IMPIANNYA SETIAP HARI
Saya percaya kawan-kawan masing-masing menyimpan impian tersendiri. Sungguhpun saban hari umur semakin meningkat namun angan-angan untuk mencapai cita-cita tidak pernah terpadam.
Ada yang impikan kehidupan yang bebas dari masalah kewangan.. Mempunyai mahligai yang mewah dan selesa.. Menelusuri lebuhraya dengan jentera moden dan bergaya menjadi kebanggaan bersafar ke mana-mana.. Mengembara ke serata pelusuk dunia sekerap yang mungkin.. Diangkat disanjung dan diingat jasanya dikalangan orang ternama..
Peluang untuk menggapainya menuntut kesabaran dan pengorbanan. Perlu bersedia jika ditakdirkan ia terus lenyap bersama masa. Realiti kehidupan menghambat impian jauh kesuatu sudut yang suram.
Namun sedarkah kita ada sebahagian kecil manusia yang TERPILIH menjadikan impiannya sebagai kenyataan pada SETIAP HARI. Bahkan peluang untuk menggapai cita-cita agungnya muncul sekerap 5 kali sehari.
Mereka tidak putus-putus bersyukur setiap kali berjalan pulang ke rumah membawa kenangan indah yang penuh ketenangan. Mereka merayu agar terus dipilih untuk datang kembali hingga tidak sedar air jernih mengalir perlahan di pipi.
Kerana mereka bimbang jika mereka berada ditempat lain sewaktu panggilan berkumandang, mereka tidak akan mampu lagi untuk mengingati saat-saat indah ketika berada di rumah Allah. Ketika itu mereka pasti sedang dihambat oleh jutaan impian lain yang tidak menjanjikan apa-apa selain perasaan gagal dan kecewa hingga menutup mata.
Thursday, December 1, 2016
MUSUHI PEMIMPIN RAKYAT YANG RUGI
Pemimpin adalah pilihan rakyat. Rakyat tiada pilihan lain selain bersama2 pemimpin memperbaiki kualiti kehidupan mereka.
Bukan mencari sebab bermusuh dengan pemimpin yang mana akhirnya rakyat yang akan rugi kerana pemimpin hilang semangat untuk berkhidmat.
Subscribe to:
Posts (Atom)