Tuesday, July 12, 2016

POLITIK MEMANGSAKAN



Berpolitik maknanya Berpihak.. Memilih untuk bersama salah satu pihak yang bertelagah mendedahkan seseorang kepada risiko menjadi sasaran pihak lawan.

Apatah lagi sekiranya pihak lawan yang dimaksudkan merupakan MAJIKAN atau orang atasan yang berupaya menggunakan kuasanya. Ada yang disekat kenaikan pangkat dan gaji, ditukarkan tempat kerja, dilucutkan keistimewaan, dikenakan tindakan displin dan yang paling kejam dipecat dari perkhidmatan.

Siapapun yang melakukan hal di atas ini bagi saya mereka adalah seorang yang zalim dan melampau. Masakan kebebasan seseorang yang diiktiraf haknya untuk berpihak dalam sebuah negara demokrasi tertakluk kepada pendirian politik majikan?

Hak pekerja untuk mendapat layanan sama rata tanpa mengira perbezaan pendirian politik selagi tidak menjejaskan prestasi kerja perlu dipertahan setiap warganegara. Penyalahgunaan kuasa untuk memangsakan, menginaya, menghina sehingga hilang matapencarian yang menjadi punca tempat bergantung ahli keluarga dan tanggungan adalah jelas satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

No comments:

Post a Comment