Friday, July 29, 2016
LEMBU KORBAN MASIH ASYIK MENGUNYAH
Keamanan dan kemakmuran bukanlah milik kita buat selamanya. Untuk mendapatkannyapun perlukan recikkan darah dan keringat orang tua kita yang serba kekurangan.
Hatta bank yang berusia 100 tahunpun bisa tersungkur hanya kerana angkara seorang pegawainya. Inikan pula sebuah negara yang masih muda dengan kebanyakkan rakyatnya naif dalam memahami betapa pentingnya mempertahankan apa yang mereka nikmati selama ini.
Negara ini tempat kita dibesarkan dan membina kehidupan. Namun, entah berapa kali kita perlu meletakkan kehidupan sendiri sebagai pertaruhan sebelum berjaya dicengkam kuasa asing hanya kerana mahu melunaskan dendam individu tertentu.
Kita masih keliru dalam meletakkan keutamaan hingga kita tidak lagi mempedulikan masa depan anak2 kita yang masih tidak mengerti apa-apa. Menafikan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini untuk terus diwarisi mereka.
Demi perkara yang kita panggil perjuangan kebenaran namun langkahnya sumbang mengkhianati segala prinsip, menuruti hati amokkan mereka yang dihajatkan.
Ingatlah negara kita senantiasa dalam radar musuh yang mengaku polis dunia. Sikap kita tidak ubah seperti Lembu Korban, masih enak mengunyah dihadapan kawan yang bertarung nyawa menanti darah berhenti mengalir. Kisah kehancuran Iraq, Syria, Libya dan yang terbaru Turki mungkin bagi kita tidak ada bezanya dengan filem perang hebat yang menjadi hiburan keluarga ketika berehat pada hujung minggu.
Kita masih asyik mencari sebab untuk bercakar sesama sendiri dan menjadi lemah. Sanggup pula membuka pintu kota kepada musuh yang sekian lama menanti diluar sambil menghunus pedang. Pedang yang kita sangkakan hanya akan memakan mangsa amukkan kita, padahal darah anak isteri sendiri yang diidam-idamkan.
Sunday, July 24, 2016
MAHATHIR LEBIH BAHAYA DARI ANWAR IBRAHIM
Antara Mahathir dan Anwar Ibrahim, Mahathir adalah lawan Najib yang lebih BAHAYA kerana pengaruh dan jaringan kenalan beliau di dalam dan luar negara cukup kuat untuk digunakan bagi melawan Najib.
Tidak seperti Anwar, Mahathir masih mendapat penghormatan sebilangan orang Melayu termasuk dikalangan pembesar negara yang lain kerana jolokan negarawan ulung yang dinikmatinya sejak sekian lama.
Keadaan ini menyebabkan sukar bagi Najib membuat serangan balas seperti berpencak dengan keadaan tangan terikat. NAMUN Najib perlu berusaha agar beliau dan musuh beliau dapat berpencak di atas gelanggang yang sama rata. Melucutkan kekebalan musuh sebelum boleh serangan dioptimumkan ke tahap yang sebenar.
PERANAN JAMBATAN NERAKA DALAM POLITIK
Kita tahu cabaran wajib mereka yang berpolitik ialah dijatuhkan oleh lawannya dengan pelbagai cara termasuk cara paling kotor iaitu fitnah.
Amat malang bagi mereka yang tidak terlibat dalam politik tetapi sanggup menjadi jambatan menyempurnakan hajat sipengfitnah untuk menewaskan lawannya.
Mereka inilah yang patut kita gelarkan sebagai Jambatan Neraka..
Wednesday, July 20, 2016
KISAH DARI LADANG SEMBELIHAN NAJIB RAZAK
Dunia media sosial ini sudah tepu dengan mainan propaganda hingga kita tidak dapat membezakan yang manakah pujian yang tulen atau sekadar kisah yang dianyam untuk menaikkan imej pemimpin di mata rakyat.
Melalui kisah yang didedahkan Muhammad Azri bahawa Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak secara tidak disengajakan menjadi watak yang sangat kritikal dalam mengelakkan tercetusnya konflik berskala besar atau pertembungan 2 kuasa besar dunia atau lebih dramatik permulaan PERANG DUNIA 3 yang selama ini dijadikan mainan senario dunia khayalan pertempuran maya.
Kisah yang tidak dijangka apabila dunia mengunci mulut membantutkan langkah membiarkan pihak yang bertelagah saling menuding jari, Manusia yang bernama Najib Bin Razak memberanikan diri melangkah masuk di tengah-tengah ladang sembelihan manusia. Dikala negara sugul meratap tragedi MH17, hanya peranan sebagai wakil kerajaan pemilik syarikat penerbangan menjadi perisai.
Keistimewaan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila wakil pemberontak yang menguasai kawasan nahas hanya mahu berunding dengan Najib Razak.. Bukan OBAMA.. Bukan Vladimir Putin..
Di situlah punca babak kerakusan kuasa besar meluaskan pengaruh dipintas dan di buntukan. Watak yang tidak pernah dijangkakan muncul ditengah-tengah pentas merencatkan keghairahan pelakon-pelakon berpakaian penuh berlumuran darah dari terus keluar mengambil tempat di hadapan pentas.
Namun dimanakah Najib Razak kini sekembalinya beliau dari pentas dunia? Siapakah yang boleh kita ibaratkan seperti sang kera yang menerima sekuntum bunga...?
Zulhairi Fetani
Monday, July 18, 2016
LRT STAR & PUTRA PEKONG MAHATHIR
Sejak kecil lagi saya sudah menggunakan pengangkutan MRT kerana saudara mara ramai di Singapura..
Walaupun Kuala Lumpur sudah mempunyai LRT setelah 14 tahun MRT Singapura beroperasi, saya yang ketika itu masih menuntut tetap bangga..
Cuma saya hairan mengapa ada LRT STAR & LRT PUTRA yang masing2 jaga satu line laluan? Kalau zaman tu ada media sosial mungkin saya dah tahu.. Tetapi rahsianya hanya terungkai 16 tahun kemudian..
Tun Mahathir terpaksa membahagikan projek rakyat itu kepada 2 taikoon untuk menjaga hati mereka. Rakyat hanya redha dengan kesulitan setiapkali perlu menggunakan kedua laluan LRT itu untuk sampai ke destinasi..
Tuesday, July 12, 2016
POLITIK MEMANGSAKAN
Berpolitik maknanya Berpihak.. Memilih untuk bersama salah satu pihak yang bertelagah mendedahkan seseorang kepada risiko menjadi sasaran pihak lawan.
Apatah lagi sekiranya pihak lawan yang dimaksudkan merupakan MAJIKAN atau orang atasan yang berupaya menggunakan kuasanya. Ada yang disekat kenaikan pangkat dan gaji, ditukarkan tempat kerja, dilucutkan keistimewaan, dikenakan tindakan displin dan yang paling kejam dipecat dari perkhidmatan.
Siapapun yang melakukan hal di atas ini bagi saya mereka adalah seorang yang zalim dan melampau. Masakan kebebasan seseorang yang diiktiraf haknya untuk berpihak dalam sebuah negara demokrasi tertakluk kepada pendirian politik majikan?
Hak pekerja untuk mendapat layanan sama rata tanpa mengira perbezaan pendirian politik selagi tidak menjejaskan prestasi kerja perlu dipertahan setiap warganegara. Penyalahgunaan kuasa untuk memangsakan, menginaya, menghina sehingga hilang matapencarian yang menjadi punca tempat bergantung ahli keluarga dan tanggungan adalah jelas satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.
Friday, July 1, 2016
ABAIKAN AGAMA JIKA TIDAK BACA TERJEMAHAN ALQURAN
Sekiranya penguasaan bahasa ARAB dititik beratkan sama seperti bagaimana masyarakat MELAYU mahu anak2 mereka lancar membaca Al Quran dengan tajwid yang betul, mereka mungkin tidak perlu bergantung kepada terjemahan Al Quran.
WALAU BAGAIMANAPUN hal itu tidak berlaku..
Ternyata kebanyakan masyarakat MELAYU langsung tidak faham bahasa ARAB. Oleh yang demikian, jika mereka tidak bergantung kepada TERJEMAHAN untuk memahami agama, maka mereka sebenarnya telah mengabaikan agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)