Wednesday, June 29, 2016
BILAKAH KITA TERASA TERLALU BODOH DENGAN DOSA?
Kisah TAUBAT paling bersejarah sepanjang penciptaan Manusia ialah kisah TAUBAT Nabi Adam. Dalam doa TAUBAT Nabi Adam yang turut direkod dalam AlQuran Baginda mengaku menzalimi diri sendiri... Menginaya diri sendiri.. Memangsakan diri sendiri..
Penyesalan dalam doa Banginda tidak dapat disembunyikan lagi. MANA ke tidaknya.. Nilai Buah Larangan di taman syurga yang ditelan tidak langsung dapat dibandingkan dengan kesengsaraan akibat kemurkaan Allah hingga tercampak keluar dari syurga.
Buah larangan entah ke mana hilang nikmatnya, janji syaitan untuk kekal selamanya di syurga apabila memakannya usah diungkap lagilah. NILAI buah larangan ketika bertahun Baginda merayu keampunan Allah hanyalah satu kejahilan, kebodohan dan kegagalan diri sendiri hingga terlalu mudah ditipu oleh Syaitan.
Begitu jua dengan NILAI kenikmatan dunia yang kita tinggalkan larangan Allah semata-mata untuk mendapatkannya.. Ia bakal menghantui kita buat selamanya di alam kesudahan.. Ketika itu telah luputlah segala keindahan dari dosa yang dilakukan.. Ketika itulah baru kita terasa terlalu BODOH kerana terpaksa menerima akibat dari dosa yang sia-sia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment