Wednesday, June 29, 2016

BILAKAH KITA TERASA TERLALU BODOH DENGAN DOSA?



Kisah TAUBAT paling bersejarah sepanjang penciptaan Manusia ialah kisah TAUBAT Nabi Adam. Dalam doa TAUBAT Nabi Adam yang turut direkod dalam AlQuran Baginda mengaku menzalimi diri sendiri... Menginaya diri sendiri.. Memangsakan diri sendiri..

Penyesalan dalam doa Banginda tidak dapat disembunyikan lagi. MANA ke tidaknya.. Nilai Buah Larangan di taman syurga yang ditelan tidak langsung dapat dibandingkan dengan kesengsaraan akibat kemurkaan Allah hingga tercampak keluar dari syurga.

Buah larangan entah ke mana hilang nikmatnya, janji syaitan untuk kekal selamanya di syurga apabila memakannya usah diungkap lagilah. NILAI buah larangan ketika bertahun Baginda merayu keampunan Allah hanyalah satu kejahilan, kebodohan dan kegagalan diri sendiri hingga terlalu mudah ditipu oleh Syaitan.

Begitu jua dengan NILAI kenikmatan dunia yang kita tinggalkan larangan Allah semata-mata untuk mendapatkannya.. Ia bakal menghantui kita buat selamanya di alam kesudahan.. Ketika itu telah luputlah segala keindahan dari dosa yang dilakukan.. Ketika itulah baru kita terasa terlalu BODOH kerana terpaksa menerima akibat dari dosa yang sia-sia.

Wednesday, June 15, 2016

TAMATNYA ZAMAN PENJAJAHAN KRONI MAHATHIR



Di suatu hari nanti, apabila generasi akan datang bertanyakan kepada kita tentang apakah ZAMAN yang paling penting di mana kita boleh mengaku dan berbangga kerana dapat hidup dan menjadi sebahagian dari mereka yang turut menjadi saksinya..

Maka kita katakanlah Kita Bangga dapat hidup di zaman tamatnya PENJAJAHAN KRONI MAHATHIR terhadap negara kita.

Dan Najib Razaklah wira bagi seluruh rakyat ketika itu meraikan kejayaan demi kejayaan syarikat milik kerajaan. Satu pencapaian yang tidak pernah terjangkau setelah sekian lama dikhianati pemimpin agung yang paling lama memerintah dan paling korup! Menyalahgunakan kuasa demi keuntungan peribadi.


Monday, June 13, 2016

BERIKAN HANYA SATU CELA DALAM HIDUP NAJIB



Apabila Najib mengatakan bahawa beliau tidak pernah menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi, ia adalah pengakuan yang cukup berani..

Umum tahu sudah berapa lama beliau berada dalam kerajaan.. Malah status beliau sebagai anak kepada Perdana Menteri pun memberi banyak kelebihan untuk beliau memanfaatkannya demi kepentingan peribadi.

Musuh beliau mempunyai setiap ketika dari sepanjang tempoh hidup Najib Tun Razak untuk dibongkar hatta SATU kisah jika ada kelakuan beliau yang boleh dilihat sebagai menggunakan kedudukan demi keuntungan peribadi.

#najibrazak

#RespectMyPM

Saturday, June 11, 2016

SOLAT 8 ATAU 20 RAKAAT?



Cara mengamalkan agama Islam di Malaysia ini cukup mudah.. Buat apa yang disuruh.. Tinggalkan apa yang dilarang.. Bila tiba bulan puasa isu biasa ialah semua masjid negeri diarah solat terawikh 20 rakaat...

Tahukah anda wahai orang Islam di Malaysia.. agama kita bukan sekadar itu.. Jika itulah urusan kita dalam agama maka tidak hairanlah agama ini sukar untuk berkembang di Negara ini.

Tahukah anda wahai orang Islam di Malaysia umat Islam zaman dahulu kala dengan 2 rakaat solat mereka boleh menarik bantuan Allah secara terus.

Kita masih berentap lagi banyak solat lagi banyak dapat pahala.. Kita menjadikan solat tidak lebih dari keghairahan sesebuah kilang untuk mencapai target pengeluaran mereka.. Padahal kita tahu jika produk yang dihasilkan tidak menepati kehendak PENCIPTA jangan harapkan bantuan ketika hidup di dunia, katika saat tercabut nyawapun belum tentu nama Allah yang kita sebut.

Monday, June 6, 2016

KE MANA PERGI MASA KITA?



Saya sempat bekerja di kilang elektronik ketika tunggu keputusan SPM.. Mereka kerja berjam2 lamanya hingga tidak berpeluang melihat matahari. Saya fikir jika mereka semua menghabiskan jumlah masa yang sama untuk mengkaji pelajaran di sekolah dulu pasti paling cikaipun mereka boleh sambung belajar jadi doktor gigi di Ireland. Selebihnya penuhkan Havard dan Oxford. 

Saya juga berfikir jika kita semua mampu untuk menghabiskan masa melayari FACEBOOK sama jumlahnya untuk digunakan bagi membaca AlQuran, sudah pasti ramai diantara kita dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dari sekarang sudah mampu menghafaz isi Al Quran dan mengadaptasikan ia secara total dalam kehidupan, masyarakat dan Negara.