Thursday, February 25, 2016

PEMBERSIHAN UMNO




KONFLIK adalah perkara biasa. Berlaku dalam mana-mana organisasi. Yang membezakannya ialah masa yang diambil untuk menguruskan konflik. Lebih cepat selesai lebih baik. Konflik yang berlarutan hanya merugikan banyak pihak dan memperlahankan produktiviti.

KONFLIK wujud apabila ada lebih dari satu kepala yang mahu buat keputusan untuk semua. Sebab itu wajib bagi kita melantik seorang ketua apabila ada 3 orang atau lebih dalam satu kumpulan manusia.

KONFLIK akan berpanjangan apabila KETUA tidak mempunyai kuasa dominan. Sebaik sahaja kuasa dominan itu dapat dikembalikan, konflik akan berakhir.

#kekalnajib

Kudrat CHEDET tidak seperti ANWAR




Dah lama tak jenguk CHEDET.CC .. Dulu memang selalu jugak singgah.. Siap tinggalkan komen panjang lebar.. Manalah tahu dapat peluang jumpa Chedet living lagend..

Tapi hari ni tergerak nak melawat sebab nak tahu versi chedet pasca pemberontakan.. Lagu chedet sudah banyak berbeza..

Dulu banyak kata-kata hikmat dan buah pengalaman untuk dikutip.. Harini penuh dengan persoalan dan tuduhan tanpa menyenaraikan bukti sebagai sokongan.

Terbaru lagu chedet amat sayu keluh kesal menyalahkan diri sendiri dalam masa yang sama menyindir bekas rakan karib yang mengkritik chedet.

Soalan saya..

Mengapakah chedet mahukan kegagalan itu terus diwarisi dengan membuat perkara yang tidak  membantu pentadbiran sedia ada?

Kenapa sanggup menyusahkan diri chedet yang makin uzur dan tidak terurus untuk menumbangkan seorang rakyat yang ada SELURUH kuasa ditangannya?

Adakah chedet tidak takut jika dibandingkan dengan Anwar dari GAYA seorang pejuang jalanan berkuasa menarik burung yang sedang terbang ?  Pemberontakan rakyat terhebat dalam sejarah negara pun masih belum mampu untuk menumbangkan chedet yang mempunyai kuasa seperti Najib hari ini..

Chedet memang seorang yang selalu menunjukkan kehebatan sungguhpun diumur yang penuh kesukaran..

Namun kehebatan NAJIB bukanlah satu perkara yang boleh diperkecilkan apatah lagi beliau kini PERDANA MENTERI, bukan sama seperti menteri- menteri yang boleh chedet tukarkan portfolionya sesuka hati..

Thursday, February 18, 2016

ISU 1.5 JUTA BANGLADESH: Tak tak faham tapi ramai komen




Saya hormati rakan2 yang berhempas pulas menentang kemasukan lebih ramai pekerja asing dinegara ini. Mereka bersuara atas kesedaran melindungi hak rakyat terbanyak dalam mendapatkan pekerjaan.

Namun harus dibahaskan dengan tepat yang tidak menafikan keperluan ekonomi negara terhadap tenaga dari luar dan mengukur kelemahan serta kesilapan anak tempatan yang turut menjadi penyumbang kepada kebanjiran warga asing ini.

Saya lihat masalah yang sepatutnya menjadi fokus ialah penguatkuasaan yang longgar serta polisi pembukaan beberapa sektor pekerjaan yang lebih menguntungkan majikan dalam memastikan kos operasi mereka kekal rendah.