Sunday, January 24, 2016
SENTIASA BERDOA AMALAN KEKASIH ALLAH
Oleh Zulhairi Fetani
Dari sebelum dan selepas makan, masuk tandas dan keluar tandas hinggalah sebelum dan selepas bangun tidur. Rasulullah bersungguh-sungguh mengajarkan kita bahawa kehidupan itu TIDAK boleh berpisah dengan DOA. Solat itu sendiri adalah DOA. Orang yang tidak berDOA dalam kehidupan adalah seperti menobatkan dirinya sama seperti TUHAN.
Sedangkan agama yang dibawa Rasulullah adalah agama perhambaan menafikan hatta kudrat yang ada pada manusia, apatah lagi apabila mereka dalam ketakutan dek bahaya, kerisauan atas ajal yang menunggu diluar pintu rumah mereka.
Jalan kehidupan yang sentiasa misteri, kebimbangan dari waktu silam yang menyekat gerak geri. Tanpa DOA maka jadilah kita seperti manusia yang telah mensia-siakan kehidupan sungguhpun masih belum dicampakkan ke dalam api neraka.
Bagaimana besarpun kepastian seseorang itu atas kemusnahan terhadap dirinya selepas mati, selagi mulutnya tidak pernah berhenti berDOA, Allah lebih tahu betapa BESAR kasih sayangNya kepada mereka yang sentiasa berDOA. Kerana berDOA itu adalah amalan kekasihNya dari bangkit hingga tidur ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment